DIA #21

281 19 2
                                    

Aku menatap lukisan yang berada di dalam sebuah frame. Lukisan yang dilukis mengikut gaya abstrak itu sungguh menarik perhatianku. Aku mengalihkan pandangan kepada lukisan yang tergantung di sebelahnya pula.

Sebuah nota kecil yang tertampal di bawah lukisan itu aku baca.

1/4/2022
"If you love something, let it go. If it comes back to you, it's yours forever. If it doesn't, then it was never meant to be."

Aku tersentuh dengan kata-kata itu. Seperti perasaan yang sedang aku rasakan sekarang. Tarikh yang tertulis di situ juga kebetulan ialah dua hari selepas aku meluahkan perasaan kepada Nadeem. Memori itu tidak akan aku lupakan. Ia akan sentiasa mekar dalam ingatanku.

Aku berjalan ke lukisan di sebelahnya pula. Seorang lelaki yang diwarnakan dengan warna hitam sedang membawa beban yang banyak di bahunya. Mulutnya pula tetap tersenyum walaupun banyak beban yang ditanggung.

"tetap kuat, walaupun dalamanmu sakit."

Ya. Aku sakit. Sakit kerana cintaku ditolak. Sakit kerana aku bertepuk sebelah tangan. Sakit kerana aku terlalu menaruh perasaan sehinggakan ia memakan diriku sendiri.

Lukisan ketiga aku tuju.

"semesta memaksaku melepaskan mu, tapi semesta pula yang selalu punya cara untuk mengingatkan ku padamu."

I still can't forget him.

"menyembunyikan perasaan seolah tak memiliki rasa suka, itu sudah menjadi kebiasaan."

I fake my smile.

"jujur saja aku yang sekarang tak pandai mendekati orang baru, mudah bosan. dan pada akhirnya yang ku inginkan ternyata masih saja dirimu."

Only him.

Aku tersentak. Kakiku pantas melangkah pergi ke tandas wanita. Aku perlu membasuh muka yang telah dibasahkan dengan air mata. Sapu tangan yang diberikan Nadeem, aku keluarkan dari tas tangan. Pili air aku buka sedikit untuk membasahkan kain itu.

Aku menekap kain itu di bawah kelopak mata. Agar tidak kelihatan sembab.

Sudah lima tahun kejadian itu berlalu. Dan, dalam masa lima tahun itu jugalah aku masih tidak mampu untuk move on. Walaupun hatiku masih rasa sakit itu, tetapi jauh dalam sudut hati aku berharap agar dia mampu terima aku.

D. Who are you?


























"Afreen, mak long merayu! Tolong maafkan Mikail. Dia tak sengaja buat macam tu. Mikail pun dah janji dengan mak long yang dia tak akan berkasar dengan Afreen lagi." rayu mak long. Aku buat tidak endah akan rayuan itu. Lantak lah nak merayu melutut sampai keluar air mata darah sekalipun aku tak akan terima.

Abah aku sendiri pun tidak pernah berkasar atau naik tangan kepadaku walaupun seberat apa kesalahan yang aku lakukan. Baru dikatakan sepupu, dah berani nak naik tangan. Belum lagi kalau jadi suami.

Nauzubillah.

Abah dan ibu hanya memandang aku. Langsung tidak berniat ingin masuk campur. Kerana mereka tahu, apa yang Mikail lakukan memang salah.

"Mak long tak patut minta maaf dekat Afreen. Mikail yang salah. Biar dia sendiri yang minta maaf. Dia bukannya bisu pun." ujar aku dingin. Mataku langsung tidak memandang wajah Mikail. Buat sakit hati aku je.

Mak long mencuit bahu Mikail. Menyuruh anak terunanya membuka mulut untuk meminta maaf.

"Afreen, saya tahu saya salah. Saya tak dapat kawal. Boleh awak maafkan saya? Paling kurang pun bagilah saya peluang kedua untuk tebus salah saya...." ucap Mikail bersama wajah kesian yang dibuat-buat. Dia ingat aku akan terkesian? Ini Afreen Humaira lah. Ego setinggi langit ke tujuh.

DIAWhere stories live. Discover now