DIA #10

317 21 3
                                    

Aku melemparkan pandangan ke luar tingkap sementara menunggu perhimpunan pagi bermula. Sejak semalam, aku lebih banyak mendiamkan diri. Lawak hambar Zara yang selalunya akulah orang yang paling kuat ketawa apabila mendengar pun langsung tidak memberikan kesan terhadap aku.

Aku perasan Maryam menukar tempat duduknya dengan seseorang tetapi aku hanya buat tidak endah. Hati yang terluka ini lebih penting daripada wajah crush aku yang hensem tu. Ceit! Sempat lagi puji si Nadeem tu.

"Afreen, am I the one who make you feel sad?" soal Nadeem di sebelah aku. Aku pekakkan telinga. Membiarkan kata-kata Nadeem sepi tanpa jawapan. Nadeem hela nafas berat.

"I know this look on your face. Are you jealous?" Nadeem tersengih sambil merenung aku. Aku masih lagi tidak melayan pertanyaan dia.

"Listen here, Afreen. Perempuan yang aku borak tu ialah adik aku. Atau lepih tepat, kembar Nafees." Wajah aku pantas berpaling memandang muka yang beriak kosong itu. Kembar Nafees? Dia ada kembar?

"Yes. Mesti kau tak tahu kan, sebab diorang tak rapat kat sekolah. Nafees buat kembar dia macam stranger. Sebab tu dia datang jumpa aku semalam. Nak mengadu." Aku tersenyum nipis. Kesian Nadeem kena jadi orang tengah adik kembar dia.

"Still lagi nak jealous ke?" soal Nadeem.

"Mana ada aku jealous. Aku cuma tak ada mood." nafi aku. Dari jauh aku nampak Maryam dan Zara sedang tertawa kepada aku. Siot punya member.

"Okay. Aku faham. Perempuan memang tak nak kalah." Nafees senyum senget sehingga menampakkan barisan giginya yang tersusun kemas.

"Deem, asal kau tak bagitahu aku yang kau couple dengan budak ni?" sampuk Khaliq. Fattah juga turut berada di sebelahnya.

"Kepala hangguk kau. Aku member je dengan dia." balas Nadeem. Dia bangun dari duduk lalu pergi ke tempatnya semula. Sempat lagi dia menghadiahkan senyuman semanis madu kepadaku. Argh! Seriously, I can't hate him.

"Oh my god, Afreen! You guys look so cute together!" ucap Maryam.

"Sumpah aku tak pernah nampak dia cakap banyak. Tapi, bila dengan kau, dia bertukar 360 darjah. Can't you see it? He likes you, Afreen." ujar si professor cinta, Zara.

"Dia baru je cakap yang aku member dia do." balasku.

"Jangan putus harapan, Afreen. Kau masih lagi ada peluang selagi Nadeem belum berpunya." Zara cuba memberi semangat kepada aku. Aku perlahan-lahan mengangguk.

Yep. Aku masih ada peluang.


















Selama beberapa bulan kami tinggal di kolej, akhirnya kami diberi peluang untuk pulang ke rumah masing-masing sebelum peperiksaan SPM bermula. Walaubagaimanapun, kami tidak wajib pulang. Ini bermakna ada juga sebilangan kecil pelajar tingkatan lima yang masih tinggal di kolej.

Aku mengemas beg pakaian untuk dibawa pulang ke rumah. Sebuah beg galas dan satu beg yang berisi baju kotor aku siapkan.

Maryam, Zara dan Rehana juga mengemas beg mereka. Kami memang dah plan awal-awal untuk balik. Boleh berjumpa dengan keluarga dahulu sebelum berperang dalam dewan exam.

Nampak scary kan perkataan berperang tu. Actually, dia bukan nampak, dia memang scary pun. Astaghfirullah, melalut teruk ni.

Aku duduk di birai katil sambil memandang rakan-rakanku yang sibuk mengemas. Maryam dari tadi kecoh mencari cable iPhonenya. Entah tupai mana yang rembat pun tak tahu. Nasiblah, Maryam belum meletus seperti gunung berapi lagi.

"Weh! Mana cable aku ni?!" soal Maryam. Habis begnya yang sudah siap dikemas, bersepah semula akibat diselongkar.

"Woi bengap. Kau tak nampak ke cable yang terjuntai ni? Lain kali cari guna mata, bukan pakai kepala lutut kau tu." balas Zara sambil tangan memegang satu cable yang bertag nama 'Maryam anak Kash'.

Maryam merampas cable itu dari tangan Zara dan kemudian sambung mengemas semula. Riak wajahnya yang masam sudah bertukar ceria dalam sekelip mata. Memang betul lah kata orang, disebabkan satu hal yang kecil, perempuan boleh badmood seminggu.

"Disebabkan aku yang jumpa cable kau, aku nak kau bawak nasi kandar khas dari Penang datang sini untuk aku." ucap Zara.

"Aku pun!" sampuk aku.

"Aku pun nak jugak!" Rehana turut mengangkat tangannya tanda mahu.

"Hmm yelah yelah. Nanti aku bawakkan." balas Maryam pasrah. Aku, Zara dan Rehana sudah bersorak gembira sambil berjoget kecil. Mana tak nya, Penang kan memang terkenal dengan nasi kandarnya. Jadi, sangat rugilah kalau anda semua tak cuba.

"Kau balik naik flight ke Yam?" soalku.

"Haah. Bapak aku suruh. Katanya, dia malas nak turun dari Penang nak ambil aku kat sini." balas Maryam.

"So, maknanya kau naik flight dengan Khaliq la eh? Tolong kirim salam aku kat dia tau." Aku dan Maryam serentak memandang Zara. Dia menayang muka awkwardnya lalu tersengih.

"Kirim salam? Kau suka dia ke do? Ya rabbi. Tak ada taste ke apa suka dengan Khaliq yang perangai macam anak syaitan. Dia bukannya hensem pun." ujar Maryam dipersetujui oleh aku. Daripada pemerhatian aku, Khaliq tu memang akan bawak bala. Astaghfirullah. Mulut!

"Chill sisters. It's just a joke." balas Zara.

"Kau jangan suka pulak dengan kembar aku tu. Dia tak layak dengan kau." ujar Maryam. Aku ketawa kecil. Kesian Khaliq kena kutuk dengan akak kembarnya.

"Dah la. Aku sebagai seorang yang sangat menjaga kesihatan muka, kena tidur awal. Good night lovely friends!" Zara menutup matanya dengan penutup mata lalu merebahkan badan ke atas katil. Aku juga turut mengikut jejak langkah Zara iaitu tidur.

"KORANG!! TUNGGU LA AKU! JANGAN LA TIDUR LAGI!!"



















Aku menyarungkan beg galas pada tubuh dan menjinjing sebuah beg yang berisi baju kotor. Sebelum kaki aku keluar dari sekolah ini, aku bersalaman bersama Zara, Maryam dan Rehana. Sebenarnya, ini semua drama. Kami cuti tiga hari dua malam je.

"Kau tak payah la nak drama sangat macam pergi tak balik balik pulak!" ujar Maryam. Aku dan Zara sama-sama tersengih. Baru ingatkan nak berdrama air mata palsu.

"Hati-hati naik flight tau, Yam." ujarku.

"Okay, Af. Suruh along kau bawak kereta biar elok sikit. Risau dia langgar bahu jalan lagi." Insiden dua tahun lepas bermain di fikiran aku iaitu semasa along aku terlanggar bahu jalan sebab bawak kereta macam nak terbang ke Rahmatullah.

"Okay, Yam. Bye! Aku dengan Zara gerak dulu." Aku dan Zara berjalan kaki menuju ke tempat menunggu di hadapan pintu pagar sekolah. Memang selalunya pelajar akan tunggu kehadiran penjaga di sini.

"Bye Afreen! Mak aku dah sampai." Aku melambaikan tangan ke arah Zara yang sudah selamat masuk ke dalam perut kereta. Kini, tinggallah aku dan beberapa orang lelaki.

"Hey, Afreen." tegur Fattah.

"Hey." balasku ringkas. Fattah duduk di sebelah aku.

"Lambat balik." ujarnya. Aku hanya tayang sengihan. Wahai along! Cepatlah sampai. Aku dah awkward tahap gaban dah ni.

"Woi! Blah!" ujar seseorang yang sangat aku kenali. Fattah bergerak ke tepi memberi ruang lelaki itu duduk di sebelah ku.

"Asal kau tak balik lagi? Bukan ke adik-adik kau dah balik?" soal aku kepada Nadeem.

"Yes."

"So?"

"Aku nak bawak kau balik. Jom!" Nadeem menarik beg galas aku menyebabkan aku terdorong mengikutnya.

"Aku balik dengan along aku lah!" Langkah kaki Nadeem terhenti. Dia mengerling jam tangannya.

"Sekarang dah pukul 12. Along kau mesti dah lupa pasal kau." Nadeem menarik aku semula ke sebuah kereta berjenama Audi.

"Masuk." arahnya.

"Tak nak." balas aku tak mahu kalah. Nadeem menghela nafas geram.

"Masuk sebelum aku angkat kau."

















uuuuuuu~~ jangan lupa vote lovely readers!

DIAWhere stories live. Discover now