DIA #18

262 16 0
                                    


Lima tahun kemudian.......

Aku keluar dari kereta Honda Civic. Kereta ini ialah hadiah hari jadi yang ke-22 oleh ayah. Aku melangkah masuk ke dalam rumah setelah mengucapkan salam. Kalau tak bagi salam, risau aku kena halau balik pulak.

"Makcu!!!" Terkedek-kedek anak buahku, Hariz Izril berlari ke arahku. Aku meletakkan tas tanganku di lantai lalu mendukung tubuh kecil itu. Hariz ialah anak kepada abang Hazim dan kak Intan, isterinya.

"Hariz dah makan?" soalku pada anak kecil yang berumur tiga tahun itu.

"Dah! Mama suap Ariz!" Hariz menjerit kecil. Aku senyum melihat budak kecil itu. Pipi dia aku cubit kerana geram.

"Hariz, biar maksu salam mak tok dulu." Hariz cebik bibir. Pelukan pada tubuhku dieratkan seperti tidak mahu lepas. Aku membuat isyarat 'tidak mengapa' kepada kak Intan.

Ibu yang sedang sibuk dengan lukisan yang baru dibeli aku hampiri. Tangan tua itu aku cium. Kedua belah pipinya juga aku kucup.

"Lukisan apa ni, ibu?" soal aku. Tubuh Hariz aku letakkan di bawah kerana dia sudah meronta-ronta mahu dilepaskan. Itupun sebab kena umpan lollipop dari Hazim.

"Lukisan ini ibu baru beli tau. Jangan usik. Buruk nanti lukisan kesayangan ibu ni." Aku gulingkan anak mata. Sejak bulan lepas lagi, ibu tiba-tiba minat lukisan yang dilukis oleh seorang pelukis terkenal masa kini. D tak silap nama dia.

Ibu menggantungkan lukisan itu pada dinding. Dia menatap lukisan itu sambil tersenyum manis. Jiwang pulak ibu ni.

"Ibu dah kenapa ni?" soalku. Pelik.

"Ibu terharu lah Arshad belikan lukisan ini untuk ibu. Ibu nak sangat jumpa dengan pelukis ni." ujar ibu. Aku memegang kedua bahu ibu lalu merenung lukisan itu. Tulisan D yang ditulis di hujung lukisan itu aku tenung. Beautiful.

"Assalamualaikum." Suara seseorang memberi salam membuatkan aku menoleh. Aku memandang wajah ibu sebelum ibu pergi ke muka pintu. Siapa pulak yang datang ni?

"Waalaikumussalam, along." Ibu memeluk tubuh kakak sulungnya merangkap mak long aku. Aku hanya melihat mereka dari jauh.

"Jemputlah masuk." Mak long dan anaknya masuk ke dalam rumah. Mereka duduk di ruang tamu manakala aku sudah bergerak ke dapur.

"Adik, kenapa tak duduk depan layan mak long? Mereka dah lama tak jumpa adik." Aku geleng kepala. Segelas air aku capai lalu diteguk untuk menghilangkan nervous.

Sebab apa? Sebab anak mak long tu pernah crush kat aku dulu tapi aku reject. Waktu tu aku syok kat Nadeem. Jadi, aku takutlah kalau mak aku nak kahwinkan aku dengan anak mak long.

"Along pergi depan dulu tau." Aku membiarkan Hazim berlalu ke ruang tamu. Aku meletakkan tas tangan ke atas— eh jap. Tas tangan? Alamak! Tertinggal kat sebelah sofa. Aku tepuk dahi.

Aku menjenguk mereka yang berada di ruang tamu. Abah sudahpun berada di situ. Sedang seronok berborak dengan pak long. Abang Hazim dan Intan pula sibuk melihat telatah Hariz. Ada saja benda yang dia nak cakap.

Aku duduk semula di atas kerusi. Penat lah pulak jenguk jenguk macam tu. Dalam hati aku berdoa, agar mereka datang bukan untuk masuk minang tapi cuma menghilangkan rasa rindu.

"Humaira! Sini!" Aku berjalan malas ke ruang tamu. Anak mak long iaitu Ahmad Mikail memandangku sambil senyum nipis. Dia ingat dia Nadeem ke nak senyum nipis bagai. Hmph!

Aku melabuhkan punggung di antara ibu dan kak Intan. Di hadapanku pula ialah mak long, Mikail dan pak long. Aku senyum kekok.

"Cantik betul Afreen sekarang." puji mak long.

"Terima kasih." Saya cantik dari kecik lagi mak long. Bukan sekarang je.

"Hah along. Kamu cakap lah." ujar ibu. Aku memandang wajah ibu. Pelik. Penting sangat ke benda yang nak disampaikan? Kenapa aku kena ada kat sini sekali?

"Mak long datang ni sebenarnya nak masuk minang kamu, Afreen. Bagi pihak Mikail." Mak long tayang senyum manis. Sekotak cincin perak dihulurkan kepada ku. Aku terkedu. Lidahku kelu. Tak mampu untuk melontarkan kata-kata. Gosh!

"Mak long, saya—"

"Sabar. Mak long nak kamu fikir sehabis baik sebelum buat keputusan. Mak long harap sangat Afreen dapat terima Mikail sebagai bakal suami Afreen." Muka berharap ditayangkan padaku. Aku telan liur perit. Wajah abah dan ibu aku pandang.

Fikir atau tak fikir, aku tetap akan tolak juga.
Sebab aku belum bersedia.

"Along, abang, marilah kita makan dulu. Makanan dah siap dihidang." ajak ibu. Pak long, mak long, abah dan ibu bergerak ke meja makan. Hazim pula pergi menemani kak Intan untuk tidurkan Hariz. Budak kecil tu dah meraung.

Kini, tinggallah aku dengan Mikail. Dia pandang aku, aku pandang dinding. Tak pun, siling. Atau kipas.

"Afreen, boleh saya nak berbual dengan awak kejap. Tapi, kat luar lah." ujar Mikail. Aku perlahan-lahan mengangguk. Senang sikit aku nak beritahu dia yang dia kena reject. Hoho!

Aku berjalan ke pondok luar rumah. Aku duduk manakala Mikail hanya berdiri sambil tangan disilangkan pada dada.

Suasana sepi menemani kami buat seketika.

"Saya sebenarnya ikhlas cintakan awak, Afreen. Saya ikhlas nak jadikan awak permaisuri hati saya. Saya faham kalau awak tak terima. Tapi, saya mohon sangat-sangat. Tolong lah fikir betul-betul sebelum buat keputusan." ujar Mikail. Aku diam. Hanya membiarkan jejaka itu berkata-kata.

"Saya faham awak masih tersakiti sebab kena tolak dengan first love awak. Tapi, takkan lah awak nak tutup hati awak daripada terima orang selain dia atau yang lebih baik dari dia." sambung Mikail lagi.

"Mika, awak tak layak nak ungkit pasal dia. Awak tak kenal pun dia siapa. Siapa awak nak menilai dia?" Sepasang mataku tajam merenung wajah Mikail.

"Saya tak mudah buka hati saya untuk terima orang sebab saya takut. Takut terlebih berharap dan akhirnya tersakiti. Saya faham yang awak ikhlas. Tapi, ini hati saya. Hidup saya. Jadi, ia pilihan saya. Saya masuk dulu." Aku pantas melangkah masuk ke dalam bilik. Pintu bilik aku kunci.

iPhone aku capai. Nombor Maryam aku tekan.

Yam yam

Maryam, ada orang masuk minang aku.

Lagi?!

Hmm.

So? Kau tolak?

Mak dia suruh aku fikir.
Tapi, aku tetap akan tolak.

Jangan sedih sedih ya?

Tak. Aku tak sedih.
Aku dah biasa reject orang.

Hahaha! Menyempat lagi.
Afreen, aku ada dapat tiket free
pergi galeri lukisan. Aku nak ajak kau ni.

Kat mana?

Aidan Gallery of Arts.

Boleh lah. Bila?

Esok. Nanti aku ambil kau.

Okay Yam. Thanks.

Welcome Afreen.

Aidan Gallery of Arts?

Sounds familiar.

DIAΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα