DIA #5

408 30 4
                                    

"Untuk projek science pada kali ini, setiap kumpulan saya yang akan tentukan ahlinya. Jadi, semua boleh susun empat meja satu kumpulan." Arahan Cikgu Zaid diterima baik oleh semua pelajar kelas 5 Azalea. Kami semua terus bangun dari duduk lalu menyusun meja dengan susunan yang ditetapkan.

"Baik. Saya akan sebutkan nama pelajar mengikut kumpulan ya. Zara..........." Semua pelajar mula duduk di tempat kumpulan yang diberikan.

"Untuk kumpulan empat, Afreen, Nadeem, Fakhri dan Aliya." Aku terkejut mendengar nama Nadeem turut disebutkan dalam kumpulanku. Aku mengambil tempat bersebelahan Aliya.

Usai Cikgu Zaid mengagihkan kumpulan kepada semua pelajar, beliau menyuruh kami semua berbincang tentang eksperimen apa yang kami ingin lakukan.

Aku hanya berdiam diri. Cuma membalas dengan 'oh' 'okay' sahaja. Nadeem sedari tadi menayang muka dinginnya.

Cikgu Zaid memberi kami semua enam pilihan eksperimen. Jadi kami semua perlu memilih dengan betul agar tidak menyesal di kemudian hari.

"Afreen, aku rasa kita pilih yang nombor empat lah. Kau setuju?" soal Kim kepadaku. Dari tadi hanya dia dan Aliya yang bertikam lidah ingin memilih eksperimen yang mana, manakala aku dan Nadeem menyepi.

"Aku ikut korang je." balasku. Kim sudahpun tersenyum ceria.

"Cikgu! Saya locked nombor empat!" ujar Kim tanpa rasa malu. Aku menepuk dahi dengan sikapnya. Matilah aku satu kumpulan dengan budak hyper nih.

"Mana boleh! Aku dah cop yang tu dulu!" Khaliq membantah kata-kata Kim. Maka, bermulalah perang mulut antara dua ekor monyet itu. Aku memandang sayu Maryam yang sudah pasrah dengan perangai adik kembarnya. Aku membuat pergerakan mulut 'sabarlah' kepadanya.

"Fakhri dan Khaliq. Cukup! Saya tak suruh kamu berdua pilih lagi." Kim dan Khaliq duduk semula ke atas kerusi. Sempat lagi mereka membalas jelingan sebelum aku melihat Khaliq dicubit oleh Maryam.

"Aku pilih nombor enam." ujar Nadeem setelah lama menyepi.

"Ada siapa nak bantah?" Kim menyoal aku dan Aliya.

"Tak." balasku dan Aliya serentak.

"Okay. So, kita pilih nombor enam." Kim menayang senyuman lebarnya lalu menepuk bahu Nadeem perlahan.

"Baik. Ketua kumpulan boleh datang ke hadapan untuk memberitahu pilihan anda kepada saya." ujar Cikgu Zaid.

"Siapa ketua kumpulan kita?" soalku. Aliya angkat bahunya tanda tidak tahu.

"Biar aku lah jadi ketua memandangkan aku paling bijak dekat sini." ujar Kim dengan penuh keyakinan. Kadang-kadang, aku insecure dengan keyakinan dia yang mengalahkan model antarabangsa ni.

"Eh! Nadeem lagi bijak lah daripada kau." balas Aliya mengundang kemarahan Kim.

"Aku tak bijak." balas Nadeem.

"See. Biar aku yang bijak ini mengetuai kumpulan kita." ujar Kim lalu berlalu ke Cikgu Zaid. Aku mengusap belakang badan Aliya yang mendengus geram.

"Aku rasa nak cincang je mamat poyo tu." ujar Aliya. Aku yang tidak tahu mahu membalas apa hanya tersengih. Memang bohong lah kalau tiada siapa rasa nak sepak Kim si mamat sewel tu.

"Alright guys. Petang ni pukul dua setengah kita jumpa dekat pondok tepi surau untuk bincang pasal projek ni. Jangan lambat tau." ucap Kim. Aku mengangguk faham lalu kembali ke tempat duduk asalku kerana matapelajaran Science sudah tamat.

"Uuuuuuu~ satu kumpulan dengan crush!" usik Maryam. Aku pantas menyiku perutnya. Mulut dia ni memang nak kena cili betul.

"Auch! Sakitlah!"

DIAWhere stories live. Discover now