DIA #6

386 24 1
                                    

Aku menongkat dagu sambil mendengar ucapan panjang lebar oleh Cikgu Zeyra, guru matapelajaran Bahasa Melayu. Sesekali aku tersengguk namun dikejutkan semula oleh Maryam.

Aku melentokkan kepala ke atas bahu Maryam yang empuk bagaikan bantal kekabu. Walaupun badannya kurus tetapi bahunya tetap menjadi bantal aku. Nasib lah kau Maryam. Siapa suruh duduk sebelah aku!

Mata aku terus segar bagaikan kena kejutan setelah melihat Nadeem pergi ke meja guru dan berlalu keluar dari kelas. Riak wajahnya kosong tidak berperasaan.

"Yam, Nadeem tu pergi mana?" soal aku. Maryam memandangku dengan pandangan yang tajam bak helang. Mungkin dia geram dengan aku sebab aku asyik bercakap pasal Nadeem je.

Bukan salah saya.
Siapa suruh lelaki tu curi hati saya.

"Pergi tandas la kot? Mana aku tahu." balas Maryam acuh tak acuh. Mata aku yang segar sudah kuyu semula. Aku mula melentokkan semula kepala ke bahu Maryam.

"Af, kau pergi tandas sekarang. Basuh muka kau tu. Biar segar sikit." Aku mengangguk lalu meminta kebenaran Cikgu Zeyra untuk ke tandas.

Setibanya di hadapan tandas, aku ternampak susuk tubuh Nadeem yang melangkah ke arah bertentangan dari kelas kami iaitu..... bilik muzik?

Aku yang sudah seperti detektif upahan mengikutnya dari belakang secara senyap. Kalau dia tahu, mesti dia fikir yang aku intip dia.

'Kau memang intip dia pun sengal.'

Aku membiarkan kata-kata yang bermain di dalam otak sengal ku sekarang ini. Fokus utama aku ialah untuk mengetahui Nadeem buat apa di situ.

Nadeem masuk ke dalam bilik muzik. Dia nampaknya mencapai sebuah gitar classic berwarna coklat gelap yang terletak elok di tempatnya.

Nadeem melabuhkan punggung di atas salah satu kerusi di situ sambil gitar diletakkan atas pehanya. Bersedia untuk memetik gitar.

"Sewindu sudah
Ku tak mendengar suaramu
Ku tak lagi lihat senyumanmu
Yang s'lalu menghiasi hariku
Sewindu sudah
Kau tak berada di sisiku
Kau menghilang dari pandanganku
Tak tahu kini kau di mana
Ternyata belum siap aku
Kehilangan dirimu
Belum sanggup untuk jauh darimu
Yang masih s'lalu ada dalam hatiku..."

Suaranya yang merdu bertukar sayu. Dia berhenti seketika seperti tidak sanggup untuk meneruskan nyanyiannya.

"Tuhan, tolong mampukan aku
'Tuk lupakan dirinya
Semua cerita tentangnya yang membuatku
S'lalu teringat akan cinta yang dulu hidupkanku..."

Aku menyambung nyanyiannya sambil melangkah masuk ke dalam bilik muzik itu. Wajahnya yang jelas terkejut cuba dikawal. Dia terus memetik gitar itu mengikut rentaknya.

"You have such a very nice voice, Nadeem." pujiku ikhlas. Dia tersengih. Gitar diletakkan semula di tempatnya.

"You too, Afreen." ujarnya membuatkan pipiku memerah.

"Kau pandai nyanyi sejak bila?" soal aku.

"Sejak keluar dari perut mak aku, terus aku pandai nyanyi." Aku gulingkan mata mendengar loyar buruknya.

"Sejak lima tahun. Aku selalu nyanyi dengan kakak aku. Kau pulak?" ujar Nadeem.

"Aku wakil sekolah untuk pertandingan nyanyian sejak darjah tiga sampai sekarang kot." ujarku bangga. Nadeem tarik senyum nipis.

"Ye eh? Tak pernah nampak pun."

"Memang lah. Kau asyik sibuk dengan buku Teme je." balasku. Dia memandang aku pelik. Aku ada terlepas cakap ke?

"Dari mana kau tahu?" soalnya sangsi.

"Err-"

"Wow! Amazing! I think I've found a perfect partner for you, Nadeem." Sir James mencelah perbualan aku dan Nadeem. Aku sudah pelik. Partner apa dia ni?

DIAWhere stories live. Discover now