DIA #8

331 21 0
                                    

Hari demi hari, hubungan aku dengan Nadeem semakin baik. Dia juga tampak lebih selesa berbual dengan aku berbanding sebelum ini. Aku tumpang bahagia dengan perubahan dirinya.

Aku termenung memandang sunset dari tingkap dorm aku. Aku dan sunset memang tak dapat dipisahkan bak kata Rehana. Mungkin sebab sunset ialah healing terbaik aku.

Matahari yang tinggi perlahan-lahan hilang menyebabkan langit semakin gelap. Warna oren kemerahan juga mula pudar diganti dengan biru malam.

~Suaveeee~

Aku mencapai iPhone aku lalu meletakkan di tepi telinga. Jangan marah aku kenapa ringtone phone aku macam tu. Ini semua sebab Maryam yang pergi tukar dua hari lepas. Katanya, trend terkini tiktok.

"Assalamualaikum adik." ujar suara tua itu iaitu ibuku, Azreen. Ibuku memang memanggilku dengan nama adik kerana aku merupakan anak bongsu dari dua beradik. Dan yang paling manja juga.

"Waalaikumussalam ibu." sapaku lembut.

"Adik okay? Macam mana dengan sekolah?"

"Adik okay je ibu. Sekolah pun semua okay." balasku.

"Yang cuti sebelum SPM tu nak ibu ambil atau along kamu?" Aku meletakkan tangan di dagu. Ingin berfikir sejenak.

"Along lah. Ibu duduk je rumah tunggu adik balik." Yes. Kalau along, boleh aku suruh dia singgah McD, lepas tu Starbucks dan macam-macam lagi.

"Okay, adik. Adik jaga diri tau. Belajar sungguh-sungguh. Jangan lupa rehat."

"Baik ibu. Bye! Love you so much."

"Bye." Panggilan ditamatkan. Aku letak semula iPhone di tempat asalnya kemudian melemparkan pemandangan ke langit malam.

"Afreen, cukup-cukuplah dengan jiwang kau tu. Baik kau pergi mandi cepat. Kita nak prep malam dah lepas ni." ujar Maryam. Dia memang selalu tak senang duduk bila nampak aku bahagia. Ada je benda nak kacau.

"Yam, kau kacau aku lah." Aku mengeluh.

"Kacau tak kacau. Sebelum warden sebat punggung kau, baik kau pergi mandi sekarang." ujar Maryam tegas. Aku mengheret kaki malas masuk ke tandas.

Kacau betullah Maryam mak tiri aku ni!



















Aku dan Maryam duduk di bangku court bola keranjang untuk menonton perlawanan akhir antara KTeM dan Kolej Amal Maarif. Zara dan Rehana tidak sertai kami kerana mereka kata ada study group nak kena buat. Aku dan Maryam pun okay je.

Sejak bulan ni, para pelajar tingkatan lima semuanya sibuk mengulangkaji pelajaran dan membuat study group. Rasanya, cuma aku, Maryam dan geng budak nakal je yang rileks terlebih. Macam A lurus dah ada dalam tangan pula.

Aku bersorak apabila melihat Nadeem dan rakan sepasukannya masuk ke dalam gelanggang. Dia melambaikan tangan kanan dan aku membalasnya.

Aku menoleh melihat wajah Maryam yang malu kerana Khaliq melompat dan terkinja seperti beruk di tengah court. Tabah jelah dapat adik kembar bengong macam tu.

Wisel ditiup menandakan perlawanan bermula. Aku mula menumpukan perhatian kepada perlawanan yang agak sengit ini. Apabila pasukan KTeM dapat satu mata, pasukan KAMa juga akan dapat satu mata. Pening kepalaku menonton perlawanan yang sengit ini.

"99-98. Pemenangnya jatuh kepada......... pasukan KTeM!!!" Pasukan KTeM bersorak gembira. Mereka berpelukan sesama sendiri tanda terharu. Aku dan Maryam bergerak ke arah mereka.

"Yey! Aku menang, Shaf!" Khaliq berlari ingin memeluk Maryam manakala Maryam berlari menjauhkan diri daripadanya. Takkan dia nak peluk tubuh Khaliq yang basah lencun akibat peluh tu pulak. Busuk!

"Congrats Nadeem! Gempak lah kau!" ujarku.

"Thanks, Afreen. Aku tak sangka pulak yang kau akan datang." balasnya sambil senyuman tidak lekang dari bibir merahnya.

"Ofkos, aku akan datang. Support cru- team sendiri kot." Ups! Hampir tersasul pulak lidah aku ni.

"Alright. Esok aku belanja kau dekat koop. Kau pesan je apa-apa lepas tu sebut nama aku."

"Okay lah kalau macam tu. Orang nak belanja memang aku tak boleh tolak." balasku tak tahu malu. Ehek!

"Wait here. Aku nak bagi kau something." Nadeem berlari masuk ke restroom meninggalkan aku terpinga-pinga sendiri. Aku memandang Maryam yang pasrah dipeluk oleh Khaliq. Haha. Mohon jauhkan aku dari Maryam lepas ni.

"Afreen." Aku toleh kepala. Nadeem sedang memegang sehelai baju yang aku pasti kepunyaan dia. Anak matanya tajam merenung anak mata aku.

"This shirt is for you. Aku dah perasan lama dah yang kau selalu tengok tournament aku. Tak ada satu pun yang missed. So, ini jelah satu hadiah penghargaan yang aku boleh bagi tanda terima kasih." Nadeem tersenyum nipis. Baju itu dihulurkan kepadaku.

"Seriously kau perasan? Aku ingat aku dah menyorok sebaik mungkin dah." kataku. Mata aku larikan daripada memandang dia. Rasa rama-rama terbang pulak dalam perut aku. Auch!

Aku mengambil baju itu dari tangannya lalu dipeluk erat. Akhirnya, aku dah boleh flex baju ni kat abang aku. Hahahaha!

"Af, Deem, pandang sini!" Kami automatik menoleh.

Klik!

Bunyi gambar ditangkap. Aku mendengus geram lalu mengejar Maryam yang sudah membuka langkah seribu terlebih dahulu.

"MARYAM!! BURUK LAH MUKA AKU!!!"




















"Oh my god, Af! You're very lucky! Kau nak tahu, ada senior sebelum ni cuba pikat hati Nadeem tapi kena reject. But look at you, you got the newest basketball shirt from Nadeem!! Argh!!!" jerit Zara. Aku sedari tadi tersenyum bangga. Entah berapa banyak rama-rama yang sedang bermain di dalam perutku.

"One more thing, aku cakap ni bukan pasal nak bagi kau harapan ke apa tapi, Khaliq pernah cerita dekat aku. Dia kata sesiapa yang dapat hadiah daripada salah seorang group budak nakal tu bermakna yang dia suka kau. So it means, Nadeem likes you!!!" Kali ini, Zara dan Maryam pula serentak menjerit. Nasib baik aku sempat menekup telinga ku sebelum arwah.

"Congrats, Af! Tapi, jangan sesekali couple. Lebih baik kau suruh dia masuk minang kau cepat sebelun ada orang kebas." sampuk Rehana. Aku, Zara dan Maryam tercengang melihat wajah Rehana. Aku cepat-cepat menutup mulut ku semula. Risau pula ada lalat yang sempat bertelur.

"Ohmaigad! Syarifah Rehana binti Syed Rohan berpihak dengan kita. This is so unbelievable!" Maryam dan Zara menjerit lagi. Mungkin kami dah boleh menang anugerah dorm terbising kot.

"Alamak! Dah pukul 11. Good night guys! Sleep well! Semoga Afreen mimpikan Nadeem dalam tidurnya." ujar Maryam lalu menutup suis lampu dorm.

"Aamiin!" balas Zara dan Rehana serentak.

Aku membaringkan tubuh ke atas katil. Gambar aku dan Nadeem yang baru di airdrop oleh Maryam aku tatap.

This is the best day of my life!!















okay. Nadeem agak sweet ya. hashtag nadeem author punya.

DIAWhere stories live. Discover now