DIA #7

331 24 5
                                    

Pejam celik pejam celik, National Singing Competition sudah menjelma. Aku berkali-kali menggosok tanganku yang sejuk agar hilang debaran di hati.

Aku, Nadeem dan Sir James turun dari kereta kepunyaan sekolah. Kami bertiga terus melangkah ke kaunter pendaftaran untuk mengesahkan kehadiran kami. Sir James merangkap guru pembimbing kami mendaftarkan nama aku dan Nadeem di dalam pertandingan ini.

Aku memerhati segenap ruang dewan besar yang mula dipenuhi dengan peserta yang datang dari sekolah yang berbeza. Ada peserta yang tersenyum senang dan ada juga muka yang seperti aku iaitu nervous.

"Rileks, Afreen. Stay confident." bisik suara garau Nadeem kepadaku. Perasaan nervousku mula berkurang. Aku angguk kepala sambil mendongak memandang wajah Nadeem yang tenang.

He looks like a cool boy.

"Nombor pertandingan kamu ialah sepuluh. Kamu berdua boleh duduk di tempat duduk yang disediakan sementara menunggu giliran." terang Sir James kepada aku dan Nadeem. Kami serentak berkata faham.

Aku mengambil tempat di sebelah Nadeem dengan sebotol air sebagai sempadan di tengah-tengah. Sir James pula sudah pergi berbual dengan guru lain di luar dewan.

"Excuse me. Boleh awak ke tepi? Saya tak ada ruang lah nak duduk." ujar seorang perempuan kepada aku. Jantungku mula berdegup kencang. Seperti yang aku pernah katakan, nak bertentang mata dengan Nadeem pun sudah buat aku gila inikan pula duduk bersebelahan.

Aku perlahan-lahan mengangkat punggungku untuk duduk di sebelah Nadeem. Dia tampak seperti tidak kisah. Matanya fokus menatap skrin iPhonenya.

Tiba giliran kami, aku menggigil kecil. Nasib baik Nadeem ada untuk menenangkan aku.

"Just breath, Afreen. You don't need to worry about our performance. We will do great." ujarnya sambil merenung anak mata aku.

"Okay. Thanks." balasku malu-malu.

'Shy-shyton lah pulak kau ni Afreen.'

"Afreen, Nadeem, it's your turn now." ujar Sir James teruja. Dia sempat berpesan kepada kami supaya sentiasa tenang dan bayangkan kami sedang membuat persembahan tanpa penonton.

Dengan lafaz basmalah, aku melangkah ke tengah pentas bersama Nadeem. Hope everything goes well.

"Oh my god! You all did very great!" Sir James memeluk tubuh Nadeem erat manakala aku hanya tayang senyum senang. Sir James buat thumbs up kepadaku bermaksud nyanyian aku sebentar tadi sangat bagus.

"Thanks sir." ujarku.

"Let's wait for the result bro and sis!" Aku berjalan membuntuti Sir James dan Nadeem.

Dewan besar itu mula dipenuhi dengan para peserta dan guru pembimbing apabila majlis penyerahan hadiah akan berlangsung tidak lama lagi.

"Don't worry. Kalau korang tak menang pun, sir tetap bangga dengan persembahan korang tadi." ucap Sir James cuba mengurangkan tekanan aku dan Nadeem.

"Dengan ini tibalah majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang." ucap pengacara majlis.

"Tenpat ketiga jatuh kepada......... SMK Tasik Besar!!" Bunyi tepukan gemuruh mula bergema di seluruh ruang dewan itu.

"Tempat kedua jatuh kepada........ Nelson International School!!!" Aku tunduk kepala memandang lantai. Nampaknya, tidak ada peluang untuk aku menang dalam pertandingan ini.

"Don't lose hope, Afreen." bisik Nadeem tenang.

"Tempat pertama National Singing Competition jatuh kepada............." bunyi drum kedengaran.

DIAWhere stories live. Discover now