DIA #22

282 28 2
                                    

Hazim masuk ke dalam bilikku. Dia berjalan menghampiri aku yang sedang termenung di luar beranda sambil hirup udara segar.

Aku pandang wajah Hazim. Wajahnya tampak ceria. Tangannya menghulurkan aku dua buah kotak berwarna merah. Aku tayang muka pelik. What are these?

"Apa ni?" soal aku kepada Hazim.

"Buat kali yang ke lima, adik along dilamar. Masih nak tolak ke? Ke nak tengok dulu siapa?" perli Hazim. Aku menjelingnya tajam.

Pelik. Selalunya orang yang datang melamarku hanya membawa satu kotak cincin. Tapi, kali ini orang itu membawa dua buah kotak.

"Siapa yang datang?" soal aku sangsi. Mataku dikecilkan sambil merenung along tajam bak helang.

Hazim melangkah turun ke tingkat bawah  sambil melaung, "Turun lah kalau nak tahu! Bye."

Aku pantas mengikut langkah Hazim turun ke tingkat bawah. Nasib baiklah tudung bawal hitam memang sudah tersarung di kepalaku.

Rahangku terjatuh setelah melihat jejaka yang sedang duduk di atas sofa. Iris mata hazelnya tepat menikam anak mataku. Aku.... terpana.

Is this how he proved his love?

Aku duduk atas sofa bersebelahan abah. Abah hanya mendiamkan diri. Menunggu jawapan 'ya' atau 'tidak' dari mulutku. Wajahnya nampak biasa. Seperti reda jika aku menolak. Aku tarik nafas sedalamnya lalu hembus.

"Humaira terima, abah." Abah dan ibu serentak mengucapkan syukur. Hazim pula sudah melakukan fist bump dengan Nadeem.

Wajah Nadeem kelihatan sangat ceria. Tidak lekang senyuman manis dari bibir merahnya. Aku tunduk memandang lantai. Rasa malu terus menyerbu setelah Nadeem tersenyum kepadaku.

Mak! Abah! Adik nak kahwin!

Ibu menyarungkan cincin pemberian Nadeem ke jari manisku. Aku menunjukkan jari yang dihiasi cincin perak itu kepada Nadeem. Dia hanya tersenyum.

Satu lagi kotak berwarna merah itu pula berisi rantai yang mempunyai loket berbentuk 'love'. Tetapi, ibu tidak menyarungkan rantai itu ke leherku kerana ada Nadeem di situ. Tak pasal-pasal dia nampak leher aku nanti. Jadi free show pulak kang!

Aku berjalan keluar dari rumah kerana Nadeem ingin berbual sedikit denganku. Aku membuntuti dia keluar rumah. Kami duduk di bawah pondok.

"I know you have so many questions to ask me. Kenapa bagi cincin dan rantai? Kenapa melamar kau? Bukan ke kau tak suka aku? But, all I can say is I will answer that after we get married." Nadeem senyum. Aura dinginnya langsung hilang digantikan dengan aura ceria dia.

"Kenapa kau tolak cinta aku lima tahun lepas?" soal aku. Kepala didongak untuk memandang wajah Nadeem. Siapa suruh dia ni banyak sangat makan tiang? Kesian tengkuk aku lenguh nak mendongak. Hashtag selamatkan tengkuk Afreen.

"Sebab waktu tu aku tak ada kerja, Afreen. Takkan aku nak bagi kau makan kertas exam pulak. Lagi satu, waktu tu aku tak jelas dengan perasaan aku sendiri." balas Nadeem.

"Nadeem, boleh aku tanya kau satu soalan personal?" Nadeem pandang wajahku lalu mengangguk.

"Kenapa bukan parents kau yang datang melamar? Selama aku kenal dengan kau, aku tak pernah jumpa parents kau." Dia terdiam.

"Maaf sebab aku tak pernah kenalkan kau dengan mereka. Esok aku bawak kau jumpa mereka. Okay, penguin?" Aku tayang muka bengang. Kenapa penguin? Aku ni sepatutnya diberi gelaran kucing sebab terlalu comel.

"Alright, platypus." Aku sengih. Nadeem ketawa kecil.

"Penguin and platypus. Such a cute nickname for us." Nadeem senyum senget.

DIAWhere stories live. Discover now