DIA #16

282 18 0
                                    

Nadeem

Afreen, kau nak cakap apa semalam?

Nadeem, boleh kita jumpa?

Boleh. Kat mana?

Aku tak kisah.

So, kita jumpa kat tasik lah. Okay?

Okay.

Pukul berapa?

Sekarang.

Aku pantas bersiap memakai pakaian yang selesa untuk berjumpa dengan Nadeem. Tasik yang dimaksudkan itu ialah Tasik Maharaja (author main reka). Terletak tidak jauh dari rumah kami berdua.

Aku betul-betul bertekad. Hari ini, aku akan memberitahu perasaan aku kepada Nadeem. Tak kisah lah ada apa halangan sekalipun, aku tetap akan beritahu dia hari ini.

Aku menuruni anak tangga dengan laju. Along yang berada di ruang tamu memandang aku pelik.

"Adik! Nak pergi mana?" soal Hazim.

"Along, tolong hantar adik ke Tasik Maharaja." ujarku sambil buat muka kesian. Dia hela nafas berat. Tak pasal-pasal kena jadi driver tak berbayar lagi.

"Nak buat apa pergi sana?" soal along setelah kami berdua masuk ke dalam perut kereta.

"Jumpa kawan." Aku tayang gigi. Along menghidupkan enjin kereta lalu ia meluncur laju di atas jalanraya. Tanganku menggigil kecil tanda gementar. Mampu ke lidahku meluahkan kata-kata nanti?

Aku keluar dari kereta setelah sampai di tepi tasik. Along pula hanya menunggu di dalam kereta kerana aku akan mengambil masa sekejap sahaja.

Sebuah bangku yang masih tiada siapa duduk aku hampiri. Sementara menunggu kehadiran Nadeem, aku hanya termenung memandang tasik itu.

Petang-petang begini agak ramai juga kanak-kanak dan ibu bapa yang membuat aktiviti di sini seperti berjoging, bermain di taman dan lain-lain.

"Afreen." sapa Nadeem. Aku menyuruh dia duduk di sebelahku. Kami berdua termenung seketika sebelum Nadeem membuka mulut.

"Kau nak beritahu apa kat aku semalam?" Aku pandang wajahnya.

"Kalau aku beritahu ni, kau jangan marah tau." Nadeem sengih.

"Kau nak cakap apa kat aku ni sampai aku nak marah kau?" Nadeem ketawa kecil.

"Nadeem, I'm serious." Nadeem berhenti ketawa. Matanya tepat merenung anak mataku.

"Sebenarnya......... sebenarnya........"

"Go on, Afreen." Nadeem setia menunggu aku habiskan ayat ku.

"Nadeem, aku suka kau." Riak wajah Nadeem berubah. Dia berpaling ke arah lain. Aku hela nafas berat.

"Kau serius, Afreen?" soal Nadeem. Aku perlahan-lahan angguk kepala. Dia garu tengkuk yang tidak gatal.

"Aku tahu, kau akan ingat aku main-main. Tapi, aku serius Nadeem. Aku dah suka kau lama. Sejak tingkatan tiga. Kau jangan salah faham. Aku bukan rapat dengan kau sebab aku suka kau. Tapi, aku serius suka berkawan dengan kau." terang aku. Riak wajah Nadeem kosong. Sangat sukar untuk aku tafsir sama ada dia suka aku juga atau tidak.

DIAWhere stories live. Discover now