DIA #17

282 14 0
                                    

"Adik! Ada parcel untuk adik ni!" Aku pantas berlari untuk mendapatkan parcel tersayang. Aik, kejap! Sejak bila aku ada beli barang online? Hadiah hari jadi daripada member lama ke? Tapi, birthday aku dah lepas.

Hazim menghulurkan satu kotak yang berbalut dengan bubble wrap dan plastik JnT. Aku membawa bungkusan itu masuk ke dalam bilik. Pintu bilik aku tutup rapat.

Aku menggunakan sebilah gunting untuk membuka plastik itu. Kotak yang berwarna coklat dan bercorak teddy bear aku pandang. Dari siapa ni? Mana dia tahu yang aku suka teddy bear?

Penutup kotak aku buka setelah membaca basmalah. Takutlah pula kot-kot ada barang yang tidak elok ke di dalam kotak ini. Aku ambil langkah berjaga-jaga je.

Kotak itu berisi satu buku seperti journal, beberapa kertas kecil dan satu kad yang berwarna putih. Aku membaca perkataan yang tertulis atas kad itu.


Dear Afreen Humaira,

I'm sorry if what I said hurts your heart. I really didn't mean to. When you have this card, it means that you've got my box. Yes, I gave you that. I want to say sorry again if I ever hurts you during our friendship.

You must be wondering about who is half of my soul after Nadia, right?

The answer is you. You're half of my soul. I really can't afford losing you. But now, we're strangers. I understand. And, my half heart has missing.

Now, you can see the old me that you've asked me before because you're annoyed with the new me. The cold Nadeem. The shy Nadeem. The silent Nadeem. But now, it's worse. And you will not see happy Nadeem anymore until I die.

Thanks for being such a good friend to me. Thanks for always make me feel comfort. Thanks for making me feel that I still worthy in this life.

After this, you will not see me in Malaysia. Cause I want to search for my own peace and passion.

Good luck for your future, Afreen Humaira. I hope you will achieve everything that you want in this life. May Allah ease you. Aamiin!

Your ex-friend,
Nadeem Qawi Abdul Malik.



Tanpa sedar, air mataku menitik di atas kad itu. Ya Allah, adakah aku terlalu kejam kepada Nadeem kerana terus memutuskan persahabatan kami? Berdosanya aku dengan dia, Ya Allah!

Nadeem, aku minta maaf.

Aku yang salah.























"Kau macam mana sekarang, Afreen?" soal Zara kepadaku.

"Aku macam ni lah. Haritu, aku dapat tawaran dari UM untuk sambung bidang perubatan." balasku. Zara merenung aku. Pelik.

"Sejak bila kau minat perubatan, Afreen?" soal Zara lagi. Kali ini, Maryam dan Rehana turut memandang wajahku. Ingin menunggu jawapan.

"Sejak tahun lepas."

"Kau serius ke, Af? Tak menyesal? Kau bukan nak jadi arkitek ke dulu?" Zara masih lagi menyoal aku. Aku hela nafas pasrah.

"Itu dulu, Zara. Kau pulak macam mana? Asik tanya aku je dari tadi." Aku gulingkan anak mata. Zara sengih lalu mencuit lengan Maryam. Mula lah mereka berbual dalam bahasa isyarat yang hanya mereka sahaja yang mengerti.

"Zara dengan Khaliq dah official." ujar Maryam setelah lebih kurang 50 saat mereka saling mencuit.

"WHAT???" Terbeliak biji mata aku. Nasib baik tak meloncat keluar.

"Jangan lah terkejut sangat, Af. Aku dengan Khaliq serasi apa..... kan bakal kakak ipar?" Maryam kelihatan pasrah. Mesti dia tak sangka yang rakan rapat sendiri akan jadi adik ipar. Mohon tabah la, Maryam.

"Kakak ipar tengkorak hang! Habislah aku kena layan seekor lagi beruk lepas kau kahwin dengan Khaliq." ujar Maryam mengundang tawa aku dan Rehana. Zara pula sengih.

"Reha, kau buat apa pulak sekarang?" soal aku kepadanya. Sedari tadi, dia hanya memasang telinga perbualan kami bertiga.

"Ayah aku dah setuju nak benarkan aku belajar di sekolah pondok. Aku nak lebih mendalami ilmu agama sebab aku sedar aku masih jahil." Aku senyum ke arahnya. Ya Allah, baik betul kawan aku yang seorang ini.

"Kau nak hafal Quran ke?" soal Zara. Rehana angguk kepala.

"Good luck, Rehana! Semoga berjaya. Nanti kalau dah pandai, ajarlah kami pulak." ucap aku.

"Betul betul. Ajar aku jugak!" sampuk Maryam.

"Aku pun! Aku pun!" ucap Zara pula. Rehana senyum senang melihat telatah kami.

"Okay okay. Nanti aku ajar korang semua."

"YEY!!" Aku, Maryam dan Zara bersorak gembira persis kanak-kanak lima tahun.

"Jom lah shopping! Tak pasal-pasal tutup pulak mall ni sebab kita asik borak je dari tadi." Kami berempat bangun dari duduk lalu memulakan misi membeli-belah.

Ya Allah, kau jagalah persahabatan kami agar kekal hingga ke syurgaMU.





















"Ibu, adik minta maaf. Adik tak boleh terima." ucapku sambil menunduk. Ibu menghela nafas berat. Mungkin sebal dengan sikapku yang masih tidak move on dari kejadian lampau.

Kotak cincin diambil lalu dibawa ke ruang tamu. Cincin itu diberi semula kepada pemberinya dengan maksud lamaran dia tidak diterima. Aku dengar mereka sambung berbual seketika sebelum keluarga mereka pulang ke rumah.

Aku masuk ke dalam bilik setelah pasti yang tetamu itu sudah pulang. Pintu bilik aku tutup rapat. Aku termenung memandang tingkap bilikku.

Sejak peristiwa aku direject oleh Nadeem, aku mula tawar hati dengan semua lelaki. Aku menanamkan satu ayat di mana lelaki semua sama. Tetapi, bukan Nadeem. Aku yang salah dalam hal itu.

Tok! Tok!

Hazim menjengukkan kepala sebelum berjalan ke arahku. Punggung dilabuhkan di sebelahku.

Kami berdua diam tanpa bicara. Hanya bunyi kipas yang kedengaran.

"Sampai bila adik nak macam ni?" Hazim memulakan sesi melembutkan hati aku yang sekeras batu dekat sungai.

"Sampai bila-bila." balasku acuh tak acuh. Hazim hela nafas berat. Matanya cuba memandang tepat anak mataku.

"Adik tak nak kahwin? Tak nak ada keluarga?"

"Tak nak."

"Kenapa adik terus tolak? Adik boleh kan cuba kenal siapa lelaki tu dulu. Tak fikir perasaan ibu dengan abah ke?" Soalan terakhirnya membuatkan hati aku rasa serba salah.

"Adik tak suka lelaki tu." balasku.

"Adik, takkan lah sebab satu lelaki, adik langsung tak nak buka hati adik untuk terima lelaki lain? Benda dah lepas, Humaira." Benda dah lepas? Ya. Memang dah lepas. Tapi, kesan daripada itu masih kekal hingga kini.

Walau luka itu sudah kering atau elok sekalipun, parutnya masih ada. Dan kekal.

"Senang lah cakap. Adik yang hadap semua ni." Aku memandang wajah Hazim. Air mata langsung tidak menitis. Kerana aku sudah penat menjadi Afreen yang kuat menangis. Afreen yang lemah.

"Okay. Kalau macam tu cuba cakap, apa yang adik hadap tu terlalu susah ke sampai sanggup kecewakan hati ibu dan abah?" Aku terkedu.

"Cukup, along. Adik tak nak cakap lagi pasal hal ini. Sesiapa yang nak masuk minang adik, suruh ibu dan abah tolak. Adik tak nak." Aku berlalu keluar dari rumah. Ingin mencari ketenangan.

Ya Allah, aku rasa bersalah pada kedua orang tuaku.

Ampunkan lah dosaku Ya Allah.

Aku banyak kecewakan hati mereka.

Ibu, abah, adik minta maaf.


























huwaaaaa !!! bye nadeem !!! 😭😭

DIAWhere stories live. Discover now