DIA #12

309 25 1
                                    

Aku bersiap memakai sehelai kemeja labuh berwarna beige dan sehelai seluar berwarna perang gelap. Minyak wangi berjenama Victoria Secret aku semburkan sedikit pada tubuhku.

Usai itu aku mencapai sebuah tas tangan kecil lalu menuruni tangga menuju ke ruang tamu. Mataku dijamu dengan pandangan yang sangat indah iaitu Hazim yang sedang terkangkang sambil makan coco crunch di hadapan TV.

Aku buat tidak endah akan dia. Memang inilah selalunya pemandangan aku setiap kali pulang ke rumah. Kadang aku rasa, abah perlu kahwinkan along ni cepat-cepat supaya perangai dia tu behave sikit.

Aku pergi ke rak kasut untuk memilih kasut yang bersesuaian dengan outfit ku pada hari ini. Mohon maaf, saya bukan budak ood atau sood eh.

"Kawan adik dah sampai ke?" soal ibuku.

"Belum lagi ibu. Dia tengah dalam perjalanan." balas aku. Ibu tersenyum ke arahku lalu menghulurkan sejumlah wang.

"Ambil ini. Nanti buat belanja makan ya?" Aku menyambut wang itu.

"Thank you, ibu." Aku keluar dari rumah. Punggung dilabuhkan di atas sebuah bangku kecil untuk menyarungkan kasutku.

Hazim keluar dari rumah lalu berdiri tercegat di sebelahku. Mulutnya dimuncungkan seperti budak berumur lima tahun yang protes sebab tak dapat makan aiskrim. Ataupun, along aku nak cendol kot.

"Kau apahal Jim?" soal aku. Dia masih berdiri tegak. Matanya tajam merenung anak mataku.

"Kau nak pergi dating eh dengan member lelaki semalam tu?" Dengan automatik, aku tersedak dan terbatuk. Hazim merenung aku. Ingin mendapatkan jawapan dari mulutku.

"Mana adalah. Ada adik Nadeem tu sekali. Kita orang tahu batas lah." balasku. Itupun sebab Nadeem whatsapp aku pagi tadi kata yang adik kembar dia ikut sekali.

Pin! Pin!

Tepat pada masanya, kereta Audi Nadeem diparkir di hadapan pintu pagar rumahku. Nadeem keluar dari kereta lalu meletakkan sebelah tangannya atas bumbung kereta.

"Ibu! Humaira pergi dulu!" Aku melangkah ke arah Nadeem. Nadeem dengan spek mata hitamnya kelihatan sangat tampan.

"Afreen, jangan tenung saya macam tu. Isteri saya je yang dibenarkan untuk tenung saya begitu." Kata-kata Nadeem buat aku alihkan pandangan memandang jalan tar. Haa! Kan dah malu.

"Cepatlah abang! Kami tak sabar nak pergi funfair ni!" laung kembar Nafees. Aku masih lagi tidak mengetahui namanya.

Nadeem dan aku masuk ke dalam perut kereta. Nadeem duduk di tempat pemandu dan aku pula duduk di sebelahnya.

Dalam perjalanan, Nafees dan kembarnya yang banyak memeriahkan suasana. Sekejap ikut menyanyi lagu yang didendangkan di radio. Sekejap menari pula. Aku pula yang pening kepala melihat gelagat mereka.

Nadeem seperti biasa dengan riak wajah kosongnya. Mungkin dah terbiasa dengan suasana meriah sebegini.

"Alright guys. We are here." Kami berempat serentak keluar dari kereta. Kepalaku didongakkan memandang ferris wheel yang besar dan tinggi itu. Gosh!

Nadeem menanggalkan spek mata hitamnya lalu diletakkan atas papan pemuka kereta. Jelaslah mata dia yang separa sepet dengan iris mata hazelnya. Sumpah hensem.

"Qawi, aku gerak dengan Qas dulu. Kau jalan dengan Afreen tu tau." Nafees berjalan masuk ke dalam funfair itu dulu bersama Naira Qaswa. Kembarnya yang sudah tidak sabar untuk bermain permainan di situ.

Nadeem memandang aku lalu mengisyaratkan supaya aku mengikut dia. Aku pun terus berjalan di sebelah dia. Tidak terlalu jauh dan rapat sangat dengan tubuh dia yang tinggi lampai bak tiang itu.

DIAWhere stories live. Discover now