DIA #15

292 18 1
                                    

Aku melihat pantulan imej tubuhku pada cermin. Sesekali aku memuji kecantikanku sendiri. Bak kata pepatah, masuk bakul angkat sendiri. Yelah, kalau nak tunggu orang lain puji kita, lambat lagi.

Aku memakai kemeja berwarna putih, seluar jeans palazo berwarna biru cair dan tudung shawl putih. Sesuai untuk menutup aurat dan menepati tema hari graduasiku iaitu warna putih, biru serta hitam. Aku berasa sangat teruja kerana sudah hampir sebulan tidak berjumpa dengan rakan-rakanku serta Nadeem. Entah kenapa dia hanya diam membisu. Mungkin mahu menjaga ikhtilat kot. Stay positive, Afreen!

"Adik! Dah siap belum tu? Nak berjanggut aku tunggu kau." laung Hazim dari tangga. Aku cepat-cepat mencapai beg tanganku lalu berlari menuruni tangga. Hish. Kacau line lah along nih. Baru nak berangan bersiap macam anak raja.

Aku masuk ke dalam perut kereta. Along, merangkap pemandu tak berbayar aku pada malam ini sudah berada di dalam kereta. Wajahnya masam mencuka. Mohon tabah, Hazim. Perempuan memang siap lambat.

"Nasib baiklah aku ni abang yang baik. Kalau tak, lama dah aku masuk bilik lepas itu tidur." bebel Hazim. Aku pekakkan telinga. Malas mahu mendengar bebelannya. Mata aku tumpu pada skrin iPhone.

Ting!

Aku menekan kotak notifikasi itu.


Nadeem

Sorry, Afreen. Aku tak dapat datang.

Kenapa? Hari graduasi kot, Nadeem.

Sorry, Afreen 😞


Aku menekan butang 'off' pada iPhone setelah Nadeem sudah tidak online. Aku melemparkan pandangan ke luar tingkap kereta. Entah mengapa, hatiku rasa sakit sangat tanpa kehadirannya. Aku sedar aku bukan sesiapa untuk merasa begitu, tetapi aku benar-benar terkilan bila Nadeem tidak datang. Rasa kosong. Sunyi.

"Adik! Adik!" Aku tersedar dari lamunan. Rupa-rupanya kami telah sampai ke dewan yang ditempah khas untuk hari graduasi.

"Adik okay?" soal Hazim. Aku mengangguk walau jauh di sudut hatiku, aku menangis.

Yeah, I'm good. Good at hiding my tears.

Aku keluar dari perut kereta setelah bersalaman dengan Hazim. Aku masuk ke dalam dewan itu bersama beberapa orang rakan setingkatanku yang lain. Hati yang sakit aku biarkan. Sekarang, aku hanya perlu menikmati waktu-waktu yang indah ini sebelum semua orang berlalu mengikut haluan masing-masing.

"Afreen!" laung Maryam sambil melambaikan tangannya kepadaku. Aku terus melangkah ke arahnya dan memeluk erat tubuh itu. Zara dan Rehana juga berada di situ. Zara sedang melantak makanan yang dihidangkan manakala Rehana hanya duduk diam. Typical Zara.

"Zara, kau tak reti tunggu orang jemput kau makan ke?" soal aku kepadanya. Hampir saja aku tidak mahu mengaku dia rakan rapatku. Malu woo!

"Lepak lah, Af. Aku tengah lapar ni. Lepas ni nak kena dengar orang berucap pulak. Kau tahu tak betapa lamanya aku kena tahan lapar?" Aku gulingkan anak mata. Zara memang tak nak kalah.

Aku toleh kepala memandang Rehana dengan penampilan barunya iaitu berpurdah. Mataku tidak dapat berkelip melihat wajahnya. Sungguh cantik dan menyejukkan mata. Aku tumpang bahagia dengan dia sekarang. Memang dari dulu lagi Rehana mahu berpurdah, tetapi pihak sekolah tidak benarkan.

"Afreen, kenapa pandang aku macam tu?" soal Rehana. Aku nampak dia sedang malu.

"Kau cantik, Rehana. Serius cantik." pujiku ikhlas dari hati. Beruntung betul bakal suami Rehana kerana dapat beristerikan wanita yang solehah. Aku harap aku juga dapat menjadi seperti dia. Aamiin!

DIAWhere stories live. Discover now