DIA #9

289 21 0
                                    

Waktu rehat pada hari ini aku isi dengan menikmati seketul ayam goreng makcik kantin yang paling sedap di Asia Tenggara. Aku pun kadang-kadang pelik, apalah bahan yang makcik tu letak kat ayam tu sampai dia jadi sedap macam ni.

Mungkin sebab air tangan kot? Kan.

Aku berjalan ke koperasi sekolah yang terletak di blok sebelah kelas aku bersama Rehana. Maryam dan Zara tidak habis lagi menikmati nasi lemak mereka. Sebab itulah aku ajak Rehana teman aku.

Aku beratur di dalam barisan untuk menunggu giliran. Mataku tertancap pada susuk tubuh seorang wanita. Aku rasa dia ialah junior aku kot. Mungkin. Tapi, muka dia nampak familiar gila.

"Saya nak aiskrim crunch satu dan aiskrim kitkat satu." ujarku. Gadis itu mengambil aiskrim yang berada di dalam peti lalu memberikan kepada aku.

"Semuanya RM6.00."

"Nanti mintak dekat Nadeem tau sebab ni dia yang belanja." Aku sengih.

"Oh! Akak lah yang abang Nadeem kata tu. Okay." balas gadis itu. Aku mengucapkan terima kasih kepadanya lalu berjalan kembali ke kelas.

Plastik aiskrim aku buka lalu aku menggigit terus aiskrim itu. Rehana yang melihat aku makan sebegitu membuat muka peliknya. Yeah. Aku lain dari yang lain.

"Tak ngilu ke gigi kau makan macam tu terus?" soal Rehana kepadaku. Aku menggeleng kepala. Aiskrim crunch itu aku makan sehingga tinggal batangnya sahaja.

Sampai sahaja di kelas, Maryam dan Zara merenung aku sambil bibir tidak habis tersengih. Aku pun pelik. Dah kena sampuk hantu sengih ke minah dua ekor ni?

"Korang ni apahal? Kena sampuk ke?" soal aku kepada mereka berdua.

"Aku rasa crush kau suka kau lah." ujar Maryam. Aku bukanlah tidak suka dengan kata-katanya tetapi dia seperti buat aku berharap. Kalau berharap tapi tak dapat, kang tak pasal aku broken pulak.

You look so broken when you cry,
One more and then I'll say goodbye.

Sudah la melalut tu Afreen Humaira oi!

"Asal kau cakap macam tu pulak? Dia beritahu kau ke?" Aku pantas melabuhkan punggung lalu memandang wajahnya tanda berminat.

"Tengok ni." Sehelai kertas sticky note kecil dihulurkan kepada aku. Aku membaca tulisan tangan yang tertera di atas kertas itu.

Hey Afreen,
Meet me at the usual spot at five. Please don't be late.

Nadeem

Pipiku tanpa sedar sudah memerah setelah membaca nota kecil itu. Tapi dia buat aku tertanya juga. Kenapa dia nak jumpa aku? Aku ada study group ke dengan dia? Ke dia nak kata dia suka aku? Pelbagai soalan bermain di fikiran aku sekarang.

"Nampaknya, member kita ni ada date lah petang ni." ujar Maryam mahu mengusik. Zara pula menyambut dengan bunyi uuuuuu~. Aku hanya sabar menahan anggota badan daripada cepuk budak dua ekor ni. Busybody betul!

"Kau nak aku ikut sekali tak? Boleh la aku sebagai cameraman tak berbayar ambil gambar bahagia kau. Nanti boleh simpan untuk kenangan terindah di KTeM. Lepas itu, kau boleh cerita dekat cucu cicit kau pasal love story kau dengan Nadeem. Aww! So sweet!" ujar Maryam panjang lebar.

"Yam, aku bukan pergi majlis kahwin la bengap. Date pun bukan. Ini just perjumpaan member rapat gitu!" balas aku. Maryam dan Zara masih tersengih memandang aku.

Aku buat tidak endah akan mereka. IPad Air yang tersimpan bawah meja aku keluarkan untuk persediaan kelas yang seterusnya.

Yang paling penting sekarang, aku kena jumpa dia petang ni. Gosh! Aku berdebar gila!




















DIAWhere stories live. Discover now