DIA #24

291 22 1
                                    

Aku ternganga, terkedu, terperanjat, teruja dan bermacam ter lagi setelah melihat kediaman Nadeem. Sebuah banglo dua tingkat yang terletak di hujung kawasan perumahan orang kaya.

Aku pantas berlari masuk ke dalam rumah itu. Rahangku sekali lagi terjatuh setelah melihat keindahan interior design rumah itu. Seperti rumah impian aku! Ohmaigad!

"Nadeem, is this really your house? Awak tak salah rumah kan?" Aku menyoal Nadeem. Tiba-tiba rasa ragu-ragu pula dengan Nadeem ni. Dah la tak pernah nak beritahu kerja dia kat aku. Hmph!

"Yes, penguin. Takkan saya nak bawak awak pergi rumah saudara saya pulak." Nadeem merangkul pinggangku sambil mata tidak henti menatap wajahku.

Tanganku menutup mulut. Teruja.

"Saya nak tour rumah ni!!" Aku pantas berlari sekeliling rumah itu. Dari utara turun ke selatan pergi ke timur dan akhir sekali barat. Eh eh merapu dah ni!

Aku terbongkang di atas sofa. Kepenatan setelah berlari keliling rumah yang besar ini seperti orang jakun. Nadeem sengih. Dia dari tadi sibuk mengangkat beg bagasi untuk dibawa masuk ke dalam rumah.

Nadeem berdiri di muka pintu. Matanya meliar mencari susuk tubuhku. Mesti dia ingat aku dah sesat dalam rumah ni kan?

"Nadeem! Saya kat sini lah!" Aku membuat isyarat 'mari' kepada Nadeem. Dia terus berjalan mendekati aku.

"Sorry. Saya tak nampak pulak awak yang ketot ni." Tangan kanan naik mengusap ubun-ubunku. Aku tayang muka bengang. Suka hati dia je kata aku pendek. Dia lah yang terlebih tinggi. Aku tak salah.

Perempuan mana pernah salah. Kan?

"Awak tinggal sini seorang diri ke?" Nadeem angguk kepala. Peluh di dahiku dia lap dengan sapu tangan miliknya. Hashtag Nadeem dan sapu tangan tidak dapat dipisahkan.

"Macam mana awak kemas rumah sebesar alam ni seorang diri?" soal aku lagi. Nadeem hanya melayan segala persoalanku.

"Saya panggil maid setiap hujung minggu. Mereka lah yang tolong kemas. Tapi, sekarang saya dah ada wife. So, awak kena tolong saya kemas sama-sama. Okay?" Aku buat gaya thumbs up. Nadeem bangun dari duduk lalu berdiri tegak. Dia menundukkan sedikit kepalanya lalu hulur tangan kepadaku.

"Let's go, my sweet penguin." ujar Nadeem. Aku tercair dan hampir terjatuh mendengar suara serak basahnya.

"Kita nak pergi mana?"

"Saya tolong tunjukkan bilik kita. Risau awak sesat pulak nanti." Aku menyambut huluran tangan Nadeem. Kami berjalan beriringan ke bilik utama.































Aku menyiapkan sarapan pagi iaitu jemput-jemput atau nama inggerisnya, welcome-welcome. Nadeem pula sibuk je duduk di dapur untuk membantuku. Dia bukan tolong apa pun, tolong tengok adalah.

Aku memasukkan bawang dan udang kecil ke dalam campuran jemput-jemput lalu mengacaunya. Alamak! Aku tepuk dahi. Terlupa pula si ikan bilis yang masih ada dalam peti sejuk.

"Platypus. Tolong ambilkan ikan bilis dalam peti sejuk." Nadeem memandangku sebelum pergi ke depan peti sejuk. Pintu peti sejuk dibuka lalu matanya dikecilkan untuk mencari ikan bilis.

"Dekat mana, penguin? Saya tak nampak lah." Aku pandang wajah Nadeem. Baru aku teringat yang suamiku ini rabun. Mesti lupa nak pakai contact lens kan? Tak pun spek mata.

Aku berjalan ke peti sejuk itu.

"Kenapa tak pakai spek mata? Awak kan rabun." ujarku. Aku tunduk kepala sedikit lalu mencapai bekas tipuware lut sinar yang berisi ikan bilis. Tipuware ya, bukan Tupperware.

DIAWhere stories live. Discover now