DIA - special chapter.

342 19 1
                                    

Aku melangkah dengan teruja masuk ke dalam hotel lima bintang yang ditempah oleh Nadeem. Tanganku erat menggenggam tangan kasar Nadeem. Selama aku berkahwin dengan dia, aku tidak pernah tahu yang bapanya memiliki sebuah hotel lima bintang.

"Saya pergi ambil kunci bilik dulu ya?" Aku membiarkan Nadeem pergi ke kaunter check-in. Deria penglihatanku disaji dengan hiasan indah dan mewah hotel ini. Ini baru lobby, belum bilik hotelnya lagi.

"Mama! Besarnya tempat ni!" laung anakku, Naeem Azraqi gembira. Sedari tadi dialah orang yang paling teruja. Seronok dia berlari sekeliling kawasan lobby ini. Naqash Aydin, abang kembar Naeem hanya duduk di sebelahku. Diam.

Naqash Aydin bin Nadeem Qawi.
Naeem Azraqi bin Nadeem Qawi.

"Okay, let's go. Atuk sponsored us the most expensive room here." Aku menekup mulut. Teruja. Sungguh bertuah aku dapat keluarga mentua yang baik dan penyayang.

"Papa, I want pimming pool!" ujar Naeem sambil melompat kecil.

"Okay sayang. Let's go to our room first." Nadeem berjalan bersama Naqash manakala aku berjalan bersama Naeem. Buat kali yang entah ke berapa, rahangku terjatuh setelah melihat bilik hotel kami.

"Cantiknya bilik ni!" ucapku sambil mulut melopong. Cat bilik yang berwarna emas dan putih menambahkan lagi kemewahan bilik ini. Masuk saja ke dalam bilik, mata kami disajikan dengan ruang tamu yang luas dan dapur di sebelahnya. Terdapat dua buah bilik tidur juga di dalam bilik ini.

"Aydin dan Iqi, tidur dalam bilik ni okay?" Nadeem menunjukkan sebuah bilik yang mempunyai sebuah katil bersaiz Queen kepada si kembar itu. Naqash mengangguk faham manakala mulut Naeem sudah memuncung. Selaku adik, dialah yang selalu menjadi tukang kacau waktu romantik aku dan Nadeem. Sabar jelah!

"Iqi nak tidur dengan mama..." Naeem memeluk kaki Nadeem. Mata bulatnya sudah berlinangan air mata.

"Bagilah masa papa dating dengan mama. Can I?" Nadeem tundukkan badan bagi menyamai ketinggian mereka. Rambut pendek Naeem dibelai lembut penuh kasih sayang.

Aku geleng kepala melihat perangai si kecil Naeem. Naqash pula hanya diam. Walaupun baru berumur tiga tahun, tetapi dia lebih matang dan memahami.

"Yelah. Tapi, Iqi tak janji..." Iqi menunduk. Tubuh dihempaskan atas sofa. Tangan memeluk tubuh manakala mata melempar pandang ke arah lain. Mula lah nak merajuk budak kecik ni.

Nadeem mencapai satu remote control. Satu punat pada remote itu ditekan lalu langsir yang menutupi pintu gelangsar terbuka sendiri. Jelas menunjukkan sebuah kolam renang bersaiz sederhana di sebalik pintu gelangsar itu.

"Wahhhh!" ujar Naqash.

"Aydin mandi dengan papa jelah. Biar je Iqi merajuk kat situ." Nadeem meletakkan tangan ke atas bahu Naqash. Sengaja mahu mengusik si cengeng Naeem itu.

Naeem toleh kepala. Dia terus melompat gembira setelah melihat kolam renang pujaan hati. Wajah yang muram sekelip mata bertukar ceria. Terus hilang rasa merajuknya.

"Wahhhh! Okay okay! Iqi tak merajuk dah." Naeem terus memeluk tubuh Nadeem. Nadeem pula mengenyitkan sebelah mata kepadaku tanda misi memujuk berjaya. Aku sengih. Ada-ada jelah perangai anak beranak ini.

"Papa! Jom lah mandi!"

"Jommm!!"


























DIAWhere stories live. Discover now