DIA #13

298 18 2
                                    

Hari ini, aku akan pulang semula ke kolej setelah tiga hari dua malam menetap di rumah. Along membantu aku memasukkan dua buah beg aku ke dalam bonet kereta. Manakala aku bersenang-lenang goyang kaki melihat dia dari dalam kereta. Tabah jelah Hazim. Lepas habis SPM, kau dah tak payah nak buat semua benda ni lagi.

"Arshad, dah selesai belum?" soal ibu. Apa ke lama sangat budak Hazim ini masukkan beg aku yang tak sampai sedozen tu?

"Kejap..... okay dah. Jom gerak!" Abah menghidupkan enjin kereta. Along membuka pintu kereta lalu duduk di sebelahku. Matanya memandang aku seolah-olah tidak berpuas hati. Aku tayang muka berlagak. Hehe. Inilah ciri-ciri adik yang baik.

Dalam perjalanan ke Kolej Tengku Muazzam, kami berbual kosong dan bertukar-tukar cerita. Ada kala riuh juga suasana dalam kereta itu dengan gelak tawa aku dan abangku yang seperti kak ponti mengilai. Hihihihi!

Aku keluar dari perut kereta. Sementara along mengeluarkan beg-beg aku, aku bersalaman dengan ibu dan abah. Tidak lupa juga, meminta reda mereka keatasku, memohon maaf atas segala salah silapku, mendoakan kecemerlanganku dan lain-lain.

"Humaira, dengar sini. Ibu selalu doakan untuk anak-anak ibu. Ibu harap Humaira dapat jawab kertas peperiksaan dengan baik ya. Ibu sayang Humaira." Ibu menarik aku ke dalam pelukannya. Secara tak sengaja, aku mula beremosi.

Don't cry, please.

Ibu melepaskan pelukan kami. Dahi dan kedua belah pipiku dia kucup dengan penuh kasih sayang. Tiba giliran abah pula untuk memelukku. Aku nampak mata abah seperti ingin mengalirkan mutiara jernih itu tetapi ditahan agar kelihatan kuat di hadapan aku.

"Abah sentiasa doakan Humaira. Semoga Humaira berjaya dunia akhirat." ujar abah membuat aku sebak. Aku memeluk abah erat. Kalau boleh, tidak mahu melepaskan tubuh itu.

"Jim pun nak peluk jugak!" Hazim memeluk tubuh. Bibirnya muncung tanda protes. Aku memeluk tubuh Hazim pula.

"Kalau kau dapat result bagus, aku belikan kau McD."

"McD je?" soalku. Kedekut taik hidung masin punya along!

"Cukup lah tu. Cuba belajar bersyukur sikit." Along menepuk kepalaku perlahan. Pat pat. Abah, ibu dan along langsung masuk ke dalam perut kereta untuk pulang ke rumah.

"Bye abah, ibu, along!" Aku melambai-lambaikan tangan kepada mereka. Mereka juga turut melakukan hal yang sama membuatkan aku rasa mahu meraung di situ jugak.

Sabar, Afreen. You can do this.





















"AFREEN HUMAIRA!!!" laung Maryam sambil berlari masuk ke dalam dorm. Telingaku hampir tercabut mendengar jeritan sekuat speaker surau sekolah ini. Ya Allah! Kenapa member aku semua suka menjerit! Huaaaa!!

"Apa dia Maryam Kashaf?" soal aku. Nak tak nak, kena layan juga anak istimewa ni. Maryam tersengih seperti kerang busuk. Dia mencuit bahu Zara di sebelahnya. Zara juga turut tersengih-sengih. Tak sihat ke member aku ni?

"Assalamualaikum. Tak ada mulut ke nak cakap ha? Kena pakai bahasa isyarat ke?" soal aku, bengang dengan mereka. Dah la mengacau ketenteraman hidup aku yang sedang mengemas barang di loker.

"Nah." Sekeping sticky note berwarna kuning cair dihulurkan kepada aku. Sticky note itu aku ambil lalu membaca butir perkataan yang tertulis di situ.

Afreen, jumpa aku kat tangki air pukul lapan malam nanti. Jangan lambat.

Aku memandang wajah Zara dan Maryam yang sedang tersengih sambil menari-nari kecil. Aku rasa member dua orang ni memang dah kena sampuk.

DIAWhere stories live. Discover now