B A B 7

31.4K 1.3K 14
                                    













               TENGKU FERHAD MATEEN keluar mengambil angin di balkoni luar biliknya. Termenung jauh dia memandang suasana perumahan yang sudah suram. Tiada kereta yang lalu-lalang dan rumah-rumah jiran pun dah gelap. Padanlah, sudah pukul 1:50 pagi. Yang masalahnya dirinya sendiri sebab tak boleh tidur.

"...Kalau tengku nak saya berhenti saya boleh berhenti. Kita cancel perjanjian tu okay?"

Entahla, fikiran Tengku Ferhad serabut sangat bila teringat apa yang diungkapkan Eirene semalam. Dia tak pasti kenapa, tapi kalau boleh dia taknak Eirene berhenti. Helena sudah selesa bersama gadis itu.

"Haih," keluh Tengku Ferhad lagi.

Kacau betul moodnya tika ini.

Janganlah ada orang yang datang menambah masalah pula. Memang dia debik.

"Woi! Buka la pagar ni!! Jangan sampai aku panjat. Kau jangan cabar aku Eirene!!" Tempik seorang lelaki di luar pagar rumah.

Eirene keluar dengan baju pyjama satinnya dan menutup kepala dengan kain tuala sahaja. Kalut dia membuka pagar rumah. Bibir gadis itu ketar sedikit.

"Apa bising-bising ni abang? Malulah jiran dengar. Dah lewat pagi dah ni" keras Eirene berkata. Nak tengking lebih-lebih kang mengundang pula.

"Padanlah dengan muka kau. Terhegeh-hegeh!" Marah Ezrin yang kelihatah tidak terurus itu.

Ezrin Anais, abang kandung Eirene yang dahulunya pernah menjadi abang kesayangan Eirene. Kerana salah pilih kawan, abangnya berubah menjadi teruk begitu rupa. Dibuang kerja kerana rasuah dan juga masalah ketagihan dadah.

"Ada apa abang datang sini? Abang busuk! Minum lagi ke?"

"Kau tak payah sibuklah! Aku nak makan ke nak minum ke itu urusan aku. Aku nak mintak kau duit sikit. Ada?" Soal Ezrin kasar.

"Tak ada. Gaji adik habis kena bayar ganti rugi sebab terlanggar kereta orang" jawab Eirene berani.

"Yang kau cuai sangat pergi langgar kereta orang dah kenapa?! Kau bawak kereta ke kau berangan? Aku urgent ni nak guna duit. Takkan kau takda simpanan sikit pun?" Desak Ezrin.

"Benda nak jadi bukan boleh elak. Abang nak duit cari lah duit sendiri. Kalau Eirene bagi abang duit pun abang cakap je urgent. Tapi abang sebenarnya pergi beli benda haram tu kan?"

Pang!

Kuat penampar jantan itu melekat di pipi mulus Eirene. Masing-masing tergamam seketika kemudian Eirene menyeringai sinis.

"Puas dah? Kalau tak puas tamparlah lagi. Nah tampar tampar!" Eirene menarik kasar tangan Ezrin memaksa untuk menampar wajahnya lagi.

"Bodoh kau ni! Aku datang mintak duit aje kan!"

"Eirene tak ada duit! Kalau Eirene ada duit pun Eirene taknak bagi abang lah. Eirene dah bosan dengan penipuan abang. Dah abang pergi balik. Jangan sampai Eirene call polis angkut abang bawa masuk dalam pula" bidas Eirene kasar.

"Oh kau dah pandai ugut-ugut aku pula?" Bisik Ezrin keras di tepi telinga adiknya. Lengan Eirene sempat dilelar dan digenggam kemas.

"Lepaslah abang! Sakitlah!" Ronta Eirene tidak selesa diperlakukan begitu.

"Kau ingat sikit eh, jangan nak berkira sangat dengan abang sendiri" tangan Eirene langsung dilepas secara kasar sebelum dia beredar.

Tak apa, dah kata tak ada duit sangat. Bulan depan dia datang cari lagi.









          "ADUH, dah satu hal pula nak cover benda alah tepi bibir aku ni. Arghhhh s-sakit-sakitttt ish bongok betul" omel Eirene sendirian sambil meratakan concealer di kesan lebam tepi bibirnya itu.

Sampai di kediaman Tengku Ferhad nampaknya pak singa tu belum keluar ke pejabat lagi. Jantung Eirene sudah giat bekerja. Elok tombol pintu ingin ditolak, tiba-tiba ada yang menariknya dari dalam.

"Oh pakcik singa datang bulan!" Latah Eirene dek terkejut dengan kemunculam Tengku Ferhad di depan pintu itu.

Lelaki itu pandang Eireng pelik. Berkerut dahinya.

"What's wrong with you Anfisa?"

"Erk tak ada apa. Terkejut je tiba-tiba tengku dah terpacak dekat depan pintu ni"

"You're late!" Tegas Tengku Ferhad berkata. Dalam diam lelaki itu memerhati fizikal Eirene yang agak berbeza harini.

"Ya, saya minta maaf tengku. Saya terleka tadi waktu siram pokok bunga saya. Harap tengku tak potong gaji saya ya. Jasa baik tengku amatlah saya hargai" Eirene membuat isyarat tahan memohon maaf.

"Hm" ada-ada je lah perangai budak ni.

"Mommy! I've new story to tell you" muncul Helena pula datang memeluk pelipatnya.

"Wahhh, really? Story about what baby?" Eirene terus mendukung Helena. Sekilas pipi gebu Helena dicium kasih.

Tengku Ferhad menjadi pemerhati sahaja. Tiba-tiba matanya terperasankan kesan lebam di pergelangan tangan Eirene yang sudah biru keunguan. Macam kesan perbuatan kasar manusia.

Terus Tengku Ferhad mencuri pandang wajah Eirene yang nampak berseri dengan solekan hari ini.Baru dia perasan, bibir gadis itu juga membengkak sedikit. Tidak la ketara sangat.

Anfisa kenapa?

Gadis itu kena pukul ke?

" Anfisa, turunkan Helena. Dia dah besar, dah boleh jalan" arah Tengku Ferhad kedengaran tegas.

"It's okay tengku" jawab Eirene yang tidak kisah pun mendukung Helena.

"I said take her down, Anfisa. I don't want to be responsible if your hands getting worse later" tajam Tengku Ferhad merenung Eirene yang sedang senyum bersahaja itu. Lambat-lambat riak wajah ceria Eirene berubah cuak.

"O-okay. Helena lets go, tell mommy about your story" ajak Eirene segera menjauhi majikannya itu. Seram pula tiba-tiba.
























to be continued•

Godaan Encik Suami [C]Where stories live. Discover now