B A B 19

35.3K 1.4K 64
                                    















"JADI Che Puan Eirene Anfisa ni saudara kepada Ezrin Anais bin Khaleed Sanusi ya?" Tanya salah seorang ahli forensik yang sedang menunggu di pintu masuk bilik mayat.

Eirene mengangguk sambil tubuhnya susah menggilgil hebat. Bahunya diusap Tengku Ferhad. Eirene mendongak memandang suaminya meminta penjelasan. Sehingga sekarang dia masih tidak faham apa sebenarnya yang berlaku.

Tengku Ferhad memegang kedua belah pipi Eirene. Mata mereka bertentang. Tengku Ferhad senyum mahu menyalurkan sedikit kekuatan buat isterinya itu.

"You kuat. I trust you, wife"

"Che puan, berdasarkan hasil post-mortem, mayat yang dijumpai orang awam di dalam semak beberapa hari lepas adalah mayat arwah Ezrin Anais bin Khaleed Sanusi. Kami harap che puan dapat beri kerjasama untuk ikut kami masuk ke dalam untuk buat pengecaman dan juga pengesahan bahawa si mati merupakan abang kandung che puan"

Terasa gelap sebentar dunia Eirene Anfisa tika itu. Jantungnya berdegup semakin pantas. Tangan Tengku Ferhad digenggam kemas.

"Ten-tengku. Ab-abang saya. Ab-abang saya dah takde ke?" Soal Eirene dengan nada yang bergetar.

"Anfisa, I teman you masuk dalam ya?" Ajak Tengku Ferhad. Tanpa sebarang reaksi, Eirene menurut sahaja.

Sebaik sahaja doktor menyelak kain putih yang menutupi keseluruhan tubuh si mati, Eirene menutup mulutnya dengan tangan dan terus melepas tangisannya di situ juga. Teresak-esak dia menangis.

"Janji dengan abang ya? Eirene kena kuat, Eirene tak boleh sedih. Halalkan makan minum abang, duit ringgit yang Eirene beri pada abang. Abang mungkin tak sempat nak bayar semula pada Eirene..."

Tengku Ferhad menarik wajah Eirene lalu disembamkab di dadanya membiarkan Eirene menangis di situ. Belakang Eirene diusap perlahan.

"Shhh, don't cry. Anfisa I kuat, Anfisa I kuat. You kena kuat dan redha" ayat tersebut umpama zikir di mulut Tengku Ferhad yang sedang meredakan tangisan isterinya.

"Ab-abang....." seru Eirene kedengaran lirih dan menyedihkan.

"Eirene Anfisa binti Khaleed Sanusi. Listen to me! Look at me now. Stop crying and let him go peacefully. Okay?" Ujar Tengku Ferhad yang memaksa Eirene untuk memandang wajahnya.

Lambat-lambat Eirene mengangguk. Dia kembali menghadap jenazah abangnya yang seperti orang sedang tidur itu walaupun ada kesan jahitan yang panjang di bahagian tangan dan juga perut.

Pipi pucat dan sejuk itu diusap. Eirene paksa senyum.

"Abang...." Bergetar suara Eirene menyeru memanggil abangnya yang sudah tidak bernyawa itu.

"Eirene redha, Eirene izinkan abang pergi. Abang pesan pada Eirene suruh Eirene kuat kan? Sekarang Eirene kuat, Eirene tak menangis" setitis air matanya jatuh.

"Eirene minta maaf, Eirene tak dapat tolong abang buat kali terakhir. Eirene minta maaf" ujar Eirene sebak.

"Eirene doakan, abang masuk syurga bersama-sama dengan mama dengan papa. Eirene dekat sini akan doakan abang, mama dan papa. Eirene janji Eirene akan ikut segala pesan yang abang titipkan untuk Eirene. Eirene akan cuba untuk jadi kuat. Abang rehat dengan tenang tau" selepas itu Eirene menutup semula jasad yang sudah tak bernyawa itu dengan kain putih.

"Sedekahkan al-fatihah untuk arwah, Anfisa"

"Dah tengku"

Godaan Encik Suami [C]Where stories live. Discover now