B A B 34

34.9K 1.1K 19
                                    














IFFAT HALEENA mengatur langkahnya laju bila telinganya mendengar derap kaki seseorang dari belakang. Sudah pukul 8:40 malam dia baru keluar dari pejabat. Sengaja dia menyiapkan segala kerjanya agar tidak perlu menyambung di rumah.

Cepat-cepat dia masuk ke dalam kereta. Masuk saja ke dalam kereta, tiba-tiba pintu di sebelah penumpang dibuka kasar. Masuk seorang lelaki yang agak serabut pemakaiannya sambil mengerang keghairahan.

"Arghhhhhh!" Jerit Leena kuat lalu keluar semula dari kereta.

Lelaki menakutkan itu lebih pantas. Berdezup saja dia menahan Leena dari arah depan sehingga Leena terhantuk di dada lelaki itu.

Bau arak!

"No...no! Taknak" Leena terundur ke belakang semula.

Dengan kasar tuburnya ditolak ke belakang oleh lelaki menakutkan itu sehingga Leena jatuh terduduk. Sakit tulang punggungnya yang terhentak kasar itu.

"Kenapa taknak? Kena nak la. Best..." kata lelaki itu dalam nada yang tertahan-tahan. Kemudian dia duduk bertinggung menyamai paras dengan Leena.

"Ja-jangan!" Terpis Leena bila lelaki itu sudah mula meliarkan tangan ke bahagian tubuhnya.

"Jangan bising. Nampak tak ni apa?" Lelaki itu mengeluarkan sebilah pisau lipat lalu diacukan pada Leena. Gadis itu menggeleng laju.

"Arghhhh!" Leena menjerit terkejut bila tubuh lelaki itu terhumban ke tepi. Pisau tajam itu terpelanting dihadapannya. Leena terus mengambil pisau tersebut.

Buk!

Buk!

Tumbukan demi tumbukan Tengku Firhaz hadiahkan pada lelaki yang berniat jahat kepada stafnya itu. Tiada ruang untuk lelaki itu bangun dan membalas semula. Sehingga lembik Temgku Firhaz kerjakan.

"Seminit untuk kau berambus! Kalau tak kita settle balai polis" dengan bersusah-payah, lelaki itu terhuyung-hayang berjalan keluar dari kawasan lobi.

Tengku Firhaz mendapakat Leena yang masih terkejut dengan apa yang baru berlaku itu. Jelas tubuh gadis itu menggigil. Dia menyua tangan membantu gadis itu untuk bangun.

"Are you okay Iffat Haleena? Dia sempat buat yang bukan- bukan tak dekat you?" Tanya Tengku Firhaz memandang Leena dari atas ke bawah. Leena menggeleng kepala.

"Kenapa dah lewat malam baru balik? You tahu tak you tu perempuan, bahaya tahu?"

"Sa-saya siapkan kerja. Te-tengku buat apa dekat sini? Bukan...parking dekat atas ke?" Soal Leena berdebar. Sudahlah mereka berdua saja di kawasan lobi ini.

"Wallet I hilang. I rasa terjatuh dekat area sini. Habis you? Abang I tu pernah makan orang ke yang you takut sangat sampai nak siapkan kerja malam ni juga? Nasib baik si kerparat tu tak sempat apa-apakan you tadi"

"Errr sorry. Saya bo-boleh tolong tengku carikan wallet yang hilang tu. Macam mana?" Tawar Leena takut-takut.

"Tak payah, I boleh cari sorang. You pergi balik sekarang. Dah pukul berapa dah ni, kejap lagi nak sampai rumah pukul berapa? Ingat elok anak dara balik rumah lewat-lewat malam?" Ceramah Tengku Firhaz.

"Tak apa, saya tak harap anak teruna cari barang sorang-sorang. Buatnya tengku kena rompak ke apa macam mana?" Lancar Leena menjawab. Saat tersedar, dia menampar mulutnya beberapa kali.

Tengku Firhaz memandang dia tajam. Leena pura-pura memandang ke arah lain.

"What? You risaukan I?"

"Ta-tak! Bukan macamtu. Tengku tu dahla kaya. Buatnya orang culik tengku buat tebusan kang macam mana? Dengar macam tak logik, tapi tak mustahil"

Godaan Encik Suami [C]Where stories live. Discover now