B A B 29

30.7K 1.1K 15
                                    














EIRENE ANFISA duduk bersantai di sofa ruang tamu bawah sambil membaca buku berkaitan dengan kekeluargaan. Minggu ini dia tidak ke kedai sebab kedai bunganya sedang dinaik taraf. Tidak lama lagi akan ada cafe pula di sebelah kedai bunganya. Itulah idea paling bernas yang dicadangkan oleh Tengku Ferhad sendiri.

Loceng rumah berbunyi tanda ada makhluk Allah yang menekannya dari luar tidak pun dia ada tetamu hari ini.

Eirene mencapai tudung segera yang memang dia bawa turun sebagai persediaan jika ada tetamu. Pintu utama dituju.

"Eh abang Noor, ada apa?"

"Ni che puan, ada posmen hantar surat. Posmen cakap dia suruh bagi terus dekat che puan sebab ini surat penting"

Eirene menyambut huluran tersebut bersama tanda tanya. Surat apa pula? Seingatnya, semua hutang sudah dibayar untuk bulan ini. Duit sewa kedai pun dia dah bereskan.

"Okay baik, terima kasih abang Noor ya" Pintu bertutup bersama kerutan di dahi. Eirene giat berfikir sambil membuka sampul surat tersebut.

"Astaghfirullahalazim...."

Mengucap panjang Eirene dibuatnya saat dia membuka sampul surat tersebut. Dalam 10 keping gambar polaroid yang agak mengaibkan.

Eirene terduduk di atas sofa lalu mengusap perutnya. Satu-persatu gambar tersebut dibelek. Ada juga satu pendrive yang disertakan di dalam sampul aneh itu.

'Enjoy your day ;)...'

Potongan kertas kecil bersama tulisan tangan itu dibaca perlahan. Eirene jadi semakin ingin tahu. Kemudian dia naik menuju ke pejabat persendirian suaminya.










SELESAI menonton video berdurasi 7 minit lebih itu, Eirene pejam matanya rapat sambil tangan membentuk genggaman. Setitis demi setitis air matanya jatuh membasahi seluar yang dipakainya. Eirene menepuk-nepuk dadanya bagi mengurangkan rasa sesak yang dia alami.

"Kecewanya Eirene. Abang...."

"Ya Allah...."

Tolong lah sesiapa cakap yang di dalam video tadi tu bukan suaminya.

Pulang dari pejabat dan mengambil Helena pulang dari sekolah, Tengku Ferhad masuk ke dalam bilik mereka. Patutlah bayang isterinya tiada di bawah, sedang termenung jauh kat dalam bilik dah rupanya.

"Hye beautiful mommy to be. I'm home" sapa Tengku Ferhad Mateen dari sisi. Pipi tembam Eirene diusap manja.

Eirene menerpis tangan itu kasar.

"Anfisa?" Tipulah kalau dia tidak terkejut dengan penolakan itu.

"Jangan sentuh Eirene. Eirene jijik dengan abang!" Tempelak Eirene kasar dengan wajah yang sudah merona merah.

"Wait, why sayang? Am I doing wrong?" Soal Tengku Ferhad tidak mengerti.

"Ya. Abang dah buat salah besar dan kesalahan abang tu hanya Allah je yang boleh ampunkan abang! Eirene kecewa dengan abang!" Teriak Eirene lalu bangun dan mahu keluar dari bilik.

Bila lengan itu cuba dilelar, Eirene meronta sakan.

"Eirene dah cakapkan, jangan sentuh Eirene!" Marah Eirene yang meninggikan suara.

"Eirene Anfisa! I'm your husband. Show me some respect" tegur Tengku Ferhad dalam nada yang tertahan-tahan. Menahan diri dari meninggikan suara sama.

Godaan Encik Suami [C]Where stories live. Discover now