B A B 30

34.1K 1.2K 38
                                    
















"EIRENE, bangun solat subuh" kejut Tengku Ferhad yang sudah mahu bersiap- siap untuk ke pejabat. Dia mengenakan seluar slack dan singlet putih sahaja terlebih dahulu.

Terpisat-pisat Eirene bangun sambil menggosok matanya. Niat mahu bermanja dengan suami sendiri terus terbantut bila teringatkan ada jurang antara mereka.

"Abang dah solat?"

Tengku Ferhad menjatuhkan kepalanya dua kali mengiyakan pertanyaan isterinya itu. Kemudian dia terus keluar dari bilik.

"Sabar ya sayang, daddy merajuk lagi tu" omel Eirene sendirian mahu memujuk diri sendiri.

Usai solat dia dengar bungi pintu bilik tertutup. Tengku Ferhad masuk semula ke dalam bilik dan menuju ke wardrobe. Suit yang sama warna dengan seluarnya dicapai.

"Biar Eirene pakaikan untuk abang" tangan Eirene mula menarik suit tersebut lalu disarungkan ke tubuh suaminya. Bahagian kolar diperkemaskan dan  Eirene mengusap dada suaminya perlahan.

Tengku Ferhad diam saja membiarkan isterinya membuat kerja.

"Eirene minta maaf" ujar Eirene sambil membetulkan cuff links supaya lebih kemas dan terletak.

"You ada buat salah ke dengan I?"

Eirene tunduk menekur lantai. Tengku Ferhad tidak sedungu itu untuk tidak faham kata maafnya untuk apa. Sekarang dia terpaksa telan rasa pahit itu sendiri.

"A-ada. Eirene tuduh abang, tak bagi abang sikit pun peluang untuk jelaskan hal sebenar pada Eirene. Eirene dah berlaku tidak adil. Maafkan Eirene" Eirene perlahan-lahan mengangkat wajahnya.

"Betul lah, memang salah I pun jadi you tak perlu susah-susah minta maaf. I'm dirt"

"Tak abang bukan macamtu. Eirene yang salah pada abang. Memang salah Eirene sepenuhnya" tekan Eirene yang terus-menerus menyalahkan diri sendiri atas apa yang berlaku semalam.

"I nak tengokkan Helena sekejap"

"Abang" seru Eirene yang langsung membantutkan langkah Tengku Ferhad untuk ke kamar anaknya.

"Eirene sanggup pergi jauh dari hidup abang asalkan abang boleh maafkan Eirene. Eirene lagi takut kalau sekarang Allah cabut nyawa Eirene, Eirene pergi dalam keadaan suami Eirene sedang terluka" luah Eirene lalu dia tersenyum hambar.

"Stop talking nonsense Anfisa" Tengku Ferhad berkata malas lalu keluar. Tiba-tiba hatinya terasa pedih mendengar bicara isterinya itu.












"HELENA jadi goodgirl selalu tau. Belajar rajin-rajin. Mommy sayang Helena sangat-sangat" pesan Eirene yang membongkok sedikit sambil membelai pipi tembam itu.

"Helena pun sayangkan mommy juga. Dengan adik baby sekali" jawab Helena petah.

Dia menghantar Helena dan Tengku Ferhad sehingga ke depan pintu. Tidak puas membelai wajah, Eirene melutut pula dan memeluk Helena erat.

Tengku Ferhad dihurung rasa pelik dengan perilaku isterinya itu. Tetapi dia diamkan sahaja. Sebaik Eirene bangun dia menghulur tangan untuk disalam.
Belakang tangan Tengku Ferhad dikucup ikhlas.

"Abang pergi kerja elok-elok okay? Sorry abang"

"Dahla, I dah lewat dah ni" potong Tengku Ferhad yang tidak mahu hanyut melihat kesedihan isterinya itu.

"Abang masih sayangkan Eirene tak?" Soal Eirene tiba-tiba.

Tengku Ferhad diam. Nampak yang Eirene sedang mengangguk faham. Isterinya itu tersenyum lirih.

Godaan Encik Suami [C]Where stories live. Discover now