B A B 37

32.5K 1.1K 19
                                    











PUKUL 1 pagi, Tengku Ferhad mendapat panggilan telefon dari Tengku Ferisha. Waktu itu, Eirene sudah selamat di alam mimpi. Dengan penuh berhati-hati, Tengku Ferhad turun dari katil dan bercakap telefon di luar. Wajah lelaki itu jelas berkerut saat mendapat berita yang adik lelakinya ditangkap khalwat dengan PA dia, Leena.

Mujur Tengku Hazzar dan Tengku Zahira tidak apa-apa. Kalau tak, memang dia balik dia piat telinga si Firhaz tu.

"Masalahnya encik, kami memang tak buat apa-apa. Lagipun itu tempat terbuka kan? Semua ni salah faham je" Tengku Firhaz bersuara demi membela diri.

"Memang encik tak buat apa-apa dan berada di tempat terbuka. Tapi kita kan orang islam. Kedudukan dan jarak encik dan cik tadi boleh menimbulkan fitnah"

"Saya nak selamatkan kucing. Lepastu dia ingat saya nak bunuh diri. Dia pun tariklah saya" sampuk Leena pula. Dia lagilah, tak tahu apa-apa malah dituduh bersekedudukkan pula.

Giliran para pegawai itu pula tergenap mahu mempertimbangkan semula kes mereka ini. Tengku Firhaz duduk bersandar di kerusi menunggu yang tersedia.

Tengku Hazzar masuk ke dalam balai. Tengku Firhaz kalut berdiri mendapatkan ayahnya yang sedang serius selevel dengan general tentera itu.

"Ayah, ngah tak buat apapun ayah" Tengku Firhaz merayu agar si bapa faham akan keadaannya.

"Duduk diam" arah Tengku Hazzar hanya dua patah perkataan saja membuatkan seorang Tengku Firhaz Mirza terpaksa patuh.

Sekali dengan Leena kecut perut saat wajah tua itu menoleh memandang dia tajam. Leena menghadiahkan senyuman kekok pada Tengku Hazzar sebelum dia menunduk menekur lantai.

"Keluarga kamu tahu hal ni?" Soalan Tengku Hazzar terarah pada Leena yang sudah seperti cacing kepanasan.

"Ta-tahu dah tengku. Ayah dah otw dari Sekinchan"

"Memang asal Sekinchan ke?" Tanya Tengku Hazzar lagi dan Leena mengangguk laju.

"Ya tengku—"

"Tak berkenan dekat anak saya? Dia bujang lagi tu" sempat lagi Tengku Hazzar bergurau dengannya. Masalahnya gurauan tersebut agak mengejutkan segala urat saraf yang ada. Bulat mata Leena memandang Tengku Hazzar lalu dia larikan pandangan pada Tengku Firhaz pula.

Tengku Firhaz ketap gigi.

"S-saya dah bertunang..."

Crap!

Rahang Tengku Firhaz jatuh. Wajahnya yang tampak tenang tadi terus berubah suram. Tengku Hazzar memandang anaknya itu sekilas.

"Oh tak apalah macamtu. Nanti tunggu orang tua kamu sampai kita selesaikan dengan cara baik ya" balas Tengku Hazzar.

"Baik tengku"














            MAHUNYA berangin satu badan bila cutinya diganggu oleh surat perletakan jawatan dengan notis 24 jam oleh PA nya sendiri. Isteri pula, asyik positivekan dia dengan alasan 'tak apa, kat rumah pun boleh honeymoon lagi'. Geram, tapi tak tahu nak salahkan siapa. Tengku Fehad duduk memencilkan diri di dalam pejabatnya.

"Abang...." Panggil Eirene.

Tengku Ferhad menyepi.

"Suami Eirene mana suami Eirene?" Tanya Eirene.

Tengku Ferhad bangun ingin keluar dari pejabatnya itu. Di pertengahan jalan, suara lunak manja itu menyeru memanggilnya lagi.

"Tak apa, sombong dengan Eirene malam ni tak ada hadiah" Eirene mengangkat sebelah keningnya beberapa kali.

Godaan Encik Suami [C]Where stories live. Discover now