B A B 13

32.7K 1.3K 29
                                    












            TENGKU FERHAD MATEEN duduk di kerusi batu menghadap taman mini hasil tangan Tengku Zahira itu. Betul-betul termenung jauh sampai ada orang tumpang sekaki melepak di situ dengannya pun dia tidak sedar.

"Jarang-jarang bonda tengok anak bonda ni temenung jauh sampai bonda duduk sebelah dia pun dia tak perasan" tegur Tengku Zahira sambil mengulum senyum.

"Bila bonda ada kat sini? Sorry bonda"

"Seminit yang lepas. It's okay, along fikir apa?" Tanya Tengku Zahira ingin tahu.

"Tak ada fikir apa pun lah bonda, pasal kerja sikit"

"Are you sure pasal kerja? Setahu bonda, anak bonda ni bukan seorang yang suka bawa balik masalah kerja ke rumah, dan bukan seorang yang suka termenung. Along dah tak selesa berkongsi dengan bonda ya?" Sengaja Tengku Zahira mahu menguji anaknya itu.

Tengku Ferhad tiba-tiba ketawa sambil mencuit pipi bondanya. Jarang sekali orang nak lihat ketawa emas itu.

"Mana ada! I'm just totally fine bonda" jawab Tengku Ferhad sambil senyum. Jelas terbentuk dua lekuk dalam di kiri dan kanan pipinya.

"Okaylah, along fikirkan pasal Helena"

Akhirnya Tengku Ferhad memberi tahu juga apa yang sedang berada dalam fikirannya tika itu.

"Haa itu je jawapan yang bonda nak dengar dari anak bonda sebenarnya. Kenapa dengan cucu bonda tu? Helena tak sihat pula ke?" Soal Tengku Zahira sedikit khuatir.

"Bukan, Helena sihat aje sekarang. Cuma sikit-sikit di mulut tu selalu sangat dia tanya pasal mommy dia, rindu mommy dia lah. Haih"

"Oh ni pasal Anfisa la?"

"Something like that—"

"Along pernah tanya Anfisa sama ada dia dah berpunya atau tak?"

"Tak pernah bonda. Kenapa along perlu tanya dia? Sounds weird. Along jarang berbual dengan dia melainkan tanya pasal Helena je." balas Tengku Ferhad sambil menggeleng kepala.

"Anak bonda ni sebenarnya dah mula sukakan dia kan?"

"No! I'm not bonda...bukan itulah" nafi Tengku Ferhad. Sungguh, Eirene Anfisa cuma pekerja dia saja.

"Along, semakin along menafikan semakin jelas yang along sukakan Anfisa tu tahu? Bonda tengok cara kamu layan dia pun bonda dah tahu. Tapi along tu ego sebenarnya" kata Tengku Zahira.

"Mana ada bonda,"

"Hm teruskan menafi kenyataan" bidas Tengku Zahira.

"Okay fine, I just love the way she treated Helena. She's lovely, she's kind, talkative—"

"You loved her" tambah Tengku Zahira yakin.

Tengku Ferhad tak betah mengeluarkan kata-kata lagi. Jauh dia termenung. Berperang dengan perasaannya sendiri.

"Jangan simpan perasaan lama-lama along. Anfisa tu cukup pakejnya. Jangan sampai melepas. Kesian Helena. Kalau nak bonda tolong bonda boleh tolong"

"It's okay bonda. Bagi along masa untuk fikir"












"EIRENE! tolong aku Eirene! Aku betul-betul nak guna duit ni. Takkan kau takda langsung dalam simpanan?" Desak Ezrin merayu meminta pertolongan dari adiknya itu.

Godaan Encik Suami [C]Where stories live. Discover now