B A B 1

82.2K 1.7K 28
                                    









          EIRENE ANFISA memecut kereta Toyota Yaris nya sehingga bacaan meter sudah diangka 140km/h. Kali ini dia betul-betul sudah lewat untuk ke kedai bunganya. Dia pasti dan teramat pasti yang sahabatnya Dhurah sedang menunggu di kedai. Sudahla semalam dia menerima tempahan boleh tahan banyak juga.

Cepatlah!

Cepatlah!

Eirene mengejan dalam nada perlahan sambil mengetuk stereng keretanya menunggu lampu isyarat bertukar hijau. Masalahnya dia lewat 2 jam dah ni. Memang tak boleh nak buat apa dah melainkan cepat-cepat sampai ke kedai.

Entah nak dijadikan cerita, lampu isyarat masih lagi merah manakala Eirene Anfisa dengan tidak sengajanya tertekan pedal minyak lalu terlanggar kereta yang berada dihadapan. Bederau darah gadis itu. Wajah kalut sudah bertukar pucat.

"Allahu, dugaan apa lagi ni?" Keluh Eirene tanpa sedar dan sedikit kesal.

Kereta yang dilanggar pula bukan biasa-biasa. Roll-royce keluaran terbaru berwarna hitam. Kalau dilihat kesan pelanggaran, luarannya tidaklah terlalu ketara tetapi masih ada kesan kemek tersebut.

Ceit!

Matilah aku!

Melihat tuan empunya kereta sudah keluar membuatkan jantung Eirene mengepam dalam tempo yang agak luar biasa. Rasa takut bertandang. Nak tak nak dia harus keluar juga. Itu silapnya.

"Gosh! How can got your driving license?" Senada namun agak sinikal lontaran si pemilik kereta tersebut.

Eirene Anfisa menggigit bibir bawahnya. Nampaknya jejaka di hadapannya kini sukar sedikit untuk dibawa bincang. Memang tak rileks punya orang ni.Sekali bagi pun pedas juga.

"Saya mintak maaf encik. Saya tak perasan lampu masih merah lagi tadi. Once again, I'm so sorry" ujar Eirene kesal.

Kereta yang lalu-lalang diendahkan. Masing-masing faham ada kemalangan kecil di hadapan dan kereta mereka berdua berada di lorong paling kiri.

"Tch! You don't even answer my question clumsy little girl. Tanya lain you jawab lain. SPM dah ambil ke belum ni? Curi-curi bawa kereta mak ayah lah ni" sembur jejaka itu lagi.

Mendengar ayat akhir lelaki itu,darah Eirene tiba-tiba menggelegak. Pantang nenek moyang dia bila ada orang berani-berani sebut nama orang yang sudah tiada ni.

"Excuse me sir, I'm not little girl anymore. Saya dah mintak maaf kan tadi yang nak kaitkan mak dengan ayah saya dah kenapa? Saya tahu saya salah terlanggar kereta encik tapi bukannya saya sengaja. Tak perlu lah kaitkan dengan orang yang dah meninggal dunia" serang Eirene kembali.

Gulp!

Terasa kesat pula air liur Tengku Ferhad Mateen melalui esofagusnya. Spek mata hitamnya ditanggalkan. Wajah gadis comel itu dia pandang dengan lebih jelas.

"Fine, I'm sorry. You—dah kemekkan bumper kereta I" jari ditunjukkan ke arah kereta mewahnya.

Tak berkelip mata bundar milik Eirene memandang jejaka di hadapannya kini. Sangat memukau. Bujanglah hendaknya. Doa Eirene bersahaja.

"Hello..."

Tengku Ferhad mengawangkan tangannya di hadapan muka Eirene. Saat Eirene tesedar, dia pura-pura terbatuk kecil sambil melarikan pandangannya. Termalu sendiri pula.

"Btw, I tak suka orang dah buat salah lepaskan diri macam tu saja. Salah tetap salah. I tak hadap sangat duit you, tapi I nak kasi pengajaran supaya manusia cuai macam you ni lebih berhati-hati semasa memandu lepas ni"

Eirene Anfisa melopong mendengar bidasan lelaki di hadapannya kini. Tak sayang mulut gamaknya. Eirene jaguh bab nak tampar orang ni, kalau cik abang depan ni kena sedas jangan tanya kenapa. Hish!

"So, can you give me a solution?" Soal Tengku Ferhad lagi sekali.

"Maaf, erm apa kata encik hantar dulu kereta encik ni ke bengkel dan biar mechanic yang tentukan harga ganti rugi yang saya kena bayar. Encik telefon la kawan encik ke staf encik ke datang ambik encik. Boleh gitu? Ke encik ada cadangan lain?"

Tengku Ferhad mula berfikir mempertimbangkan cadangan gadis di hadapannya itu. Kemudian, kepala dijatuhkan sedikit sebagai tanda setuju.

"Okay jom. Kereta encik boleh jalan lagi kan?"

Tengku Ferhad mengangguk sekali lagi.

"Dasar mulut mintak kena cili ei! Geramnya kitaaa! Kalau arwah pakcik Sanusi ada lagi sekarang, memang aku panggil dia smackdown kau ergh" kutuk Eirene habis-habisan dalam nada yang perlahan.

Namun, Tengku Ferhad bisa mendengarnya.Panas pula hatinya mendengar bebelan gadis itu. Tak padan dengan kecil tapi mulut macam bertih jagung.

"I dengar apa you cakap little girl" Serius saja nada Tengku Ferhad dan Eirene pun apa lagi, terus cepat-cepat meloloskan diri ke dalam kereta.

Ya Allah...

Eirene cuak terus.
























To be continued..

Godaan Encik Suami [C]Where stories live. Discover now