B A B 4

34.3K 1.3K 10
                                    













          TENGKU HELENA MALAIQA sedang mewarna di satu sudut belajar kanak-kanak itu Eirene hampiri. Cerdik sungguh anak perempuan Tengku Ferhad Mateen ni. Kalau dilihat mainan yang ada, Helena lebih gemar bermain mainan yang menguji minda berbanding anak patung seperti kanak-kanak lain.

"Sayang mommy warna apa tu? Nak mommy tolong warnakan tak?" Sapa Eirene mesra sambil mengusap anak rambut yang menutup mata Helena.

Helena Malaiqa tersengih manis menayang segaris gigi susunya yang tersusun cantik itu.

"Helena colour butterfly mommy" beritahu Helena menggunakan bahasa ibunda Prince William itu dengan fasih sekali.

Eirene tersenyum senang sambil menemani Helena mewarna. Kadang-kadang dia ada juga menolong merwarna sekali.

"Pow!!"

Tengku Ferhad Mateen sedikit terperanjat dengan sergahan tiba-tiba itu. Satu keluhan kecil keluar dari bibir merekahnya tanda lelaki itu bukanlah seorang perokok.

"What's the matter Tengku Firhaz? Nak I mati cepat ke?" Suara Tengku Ferhad bergema di dalam bilik tersebut mendatar sahaja.

Tengku Firhaz Mirza ketawa mengejek. Boleh tahan kelakar juga wajah abang sulungnya saat disergah tadi. Saja dia mahu mencipta suasana. Tengku Ferhad kalau kerja serius saja memanjang. Adik-adik ni pun sudah muak.

"Nothing. Don' t be so serious bro. Come on, let's have some fun" kata Tengku Firhaz bersahaja lalu duduk di sofa yang terdapat di bilik pejabat Tengku Ferhad.

"No thanks. I don't have time for it and you, why are you here? Something to tell or something to discuss abour work?" Balas Tengku Ferhad serius berkaitan hal kerja sahaja.

Tengku Firhaz ketawa nipis. Itulah abangnya. Akan jadi pelik pula bila Tengku Ferhad berubah menjadi seorang yang suka bersosial sepertinya.

"Takda apa-apa pun. Saja lawat along. Lama tak datang sini. Fir dengar, along ada babysitter baru yang jagakan Helena. Is it true?" Tenang Tengku Firhaz membuka tajuk berbual.

Tengku Ferhad akhirnya menghela nafas perlahan. Cepat betul berita sampai. Sahih Mak Ilah yang memberitahu bondanya.

"Yup. Helena dah ada babysitter baru. Kenapa, bonda ada cakap apa-apa ke?" Jawab Tengku Ferhad tidak berselindung lagi.

"Tak ada pun. Cuma bonda risau kalau babysitter yang baru ni buat hal lagi. Kesian Helena"

Tengku Ferhad menggeleng menafikan sangkaan bondanya itu.

"I don't think so. Helena nampaknya suka dengan babysitter baru dia. Siap panggil 'mommy' bagai. That sounds weird but hmmph—" cerita Tengku Ferhad.

"Wow, I thought she must be pretty right? That's why your daughter love her"  Tengku Firhaz menayang wajah gatal.

Tch!

"Stop your nonsense Tengku Firhaz Mirza, I know what's in your head right now bruh. Not her this time" Tegur Tengku Ferhad. Walaupun nadanya nampak bersahaja, Tengku Firhaz tahu abangnya itu sedang serius.

Lupa nak cerita, Tengku Firhaz Mirza ni lari 360 darjah sikit perangainya berbanding si abang. Perangai kasanovanya itu sangat merunsingkan kepala Tengku Hazzar dan Tengku Zahara. Tiap-tiap bulan tukar wanita macam tukar baju.

"Just kidding bro. Erm what if you find a real mommy for Helena? Since Helena love her new babysitter, why not you just..."

Pap!

"Auch!"

Tengku Ferhad mempamerkan wajah puasnya selepas membaling sebatang pen yang mengena tepat di dahi adiknya itu. Jauh perginya bergurau.

Tengku Firhaz pula mengusap dahinya yang berbekas dek balingan tersebut. Dia memandang Tengku Ferhad tidak puas hati. Belum sudah cakap dah kena shoot.

"Come again I'll give you the thick one"  ugut Tengku Ferhad sambil menunjukkan sebuah buku jurnal tebal dan berkulit tebal dan keras juga. Tengku Firhaz akhirnya ketawa. Dia tahu gelodak hati seorang abang. Eleh, cepat atau lambat pasti ada jodoh juga. Inshaallah.

"O-oh, did I missed something? Seems chaotic here. What happen along? ngah?" Tengku Ferisha Melissa yang tiba-tiba masuk ke dalam bilik pejabat Tengku Ferhad itu lantas bertanya.

"Along nak kahwin lagi sekali"

"Firhaz!"

"What?!"

Tengku Ferhad dan Tengku Ferisha melopong saat mendengar 'fitnah' Tengku Firhaz itu.Tak masuk akal langsung. Pandangan Tengku Ferisha teralih pada abangnya pula dan Tengku Ferhad pura-pura seolah tiada apa-apa.

"Eh along, betulke? Helena nak dapat mommy baru ke?" Soal Tengku Ferisha teruja.

Tengku Ferhad menggeleng kepala serabut. Mujur Tengku Firhaz saja yang tak semengah perangainya kalau 10 orang adik macam Tengku Firhaz. Botak kepala jawabnya.

"You percaya lah lagi cakap dia ni. Bukan betul sangat. Sewel" kata Tengku Ferhad kegeraman.

Tengku Firhaz yang sedang ketawa itu dipandang Tengku Ferisha geram. Kenakan Tengku Ferhad lagi lah tu. Tak ada kerja lain dah.

"Cis, ingatkan betul. Baru nak bagitahu bonda berita happy" kata Tengku Ferisha.

"Haih yang ini pun tak menyempat nak jadi reporternya"

Tengku Ferhad Mateen menggeleng kepala saja melihat kelaku adik-adiknya. Sorang kuat menyakat sorang lagi lurus macam pembaris. Elok sangat lah tu. Lengkap sangat ada adik beradik pun.



















To be continued....

Godaan Encik Suami [C]Where stories live. Discover now