B A B 18

35.1K 1.3K 37
                                    










          EIRENE terjaga awal pada pagi itu. Tiada pukul 6 pun lagi dia dah bangun dan dah siap mandi dahpun. Tapi entah apa yang ada dalam kepala, dia boleh lupa nak bawa masuk baju dan juga pakaian kecilnya. Terjengket-jengket dia berjalan taknak menghasilkan apa-apa bunyi. Bimbang kalau Temgku Ferhad terjaga.

Kasihan, tadi entah pukul berapa pagi baru suaminya itu masuk tidur. Tahu-tahu tadi dia bangun dah ada orang nyenyak tidur di sebelahnya.

"Aaaaaargh!" tiba-tiba Eirene menjerit boleh tahan kuat. Kakinya tersadung karpet membuatkan dia hilang keseimbangan.

Buk!

Seperti nangka busuk dia jatuh tersungkur.

"Auwhhhh" aduh Eirene bila lututnya rasa terseret dengan karpet. Tak sakit sangat, tapi sakit la juga. Sebab wujud geseran dan terhasil juga haba.

"An—fisa..."

"Y-you dah ke-kenapa?" Soal Tengku Ferhad tak tenteram imannya melihat keadaan penuh keterbukaan pada pagi itu.

Isterinya itu hanya berkemban dengan tuala. Tetapi tuala tu pun dah terlucut dan melorot jatuh sedikit ke bawah.

Adehhh...

Pagi-pagi dah buat hal la budak ni.

"Tengku! Jangan la tengok!" Jerit Eirene memberi amaran.

"Tapi I dah tertengok. I nampak—"

"Diam! Jangan sampai saya terkam tengku dekat atas katil. Aaaa saya malu!" Protes Eirene sambil menumbuk karpet yang menjadi punca dia terjatuh pagi ini.

"Lepastu you cepat la bangun. Nak I tolong angkat you pulak ke?" Arah Tengku Ferhad dari atas katil. Merah menyala wajah Eirene tika itu.

"Tengku pejam la mata" arah Eirene.

"Yaa I pejam la ni" Tengku Ferhad menutup mata sementara Eirene cuba bangun dan membaluti tubuhnya semula dengan kain tuala yang tercabut tadi.

Tiba-tiba Tengku Ferhad terdengar esakan halus seseorang. Terus dia buka semula matanya. Rupa-rupanya Eirene yang sedang teresak menangis sambil memilih baju di dalam laci baju.

"You menangis macam orang kena dera dah kenapa Anfisa? Sakit sebab jatuh ke?" Soal Tengku Ferhad menghampiri isterinya itu.

Segar terus matanya sekarang.

"Sa-saya malu" susah payah Eirene mahu mengeluarkan butir bicaranya.

"Nak malu sebab apa? sebelum ni pun you bukannya tak per—"

"Haaaaa!" Eirene menyeringai geram bercampur malu. Tangisan semakin menjadi-jadi.

"Okay-okay I tak sambung. Tak payah la nak beria menangis macam orang kena pukul. Sini, lap air mata tu" Pujuk Tengku Ferhad yang menarik Eirene mendekatinya. Pipi yang basah dengan air mata itu diusap sehingga kering.

"Stop crying. Tadi dah ambil wudhu ke belum?"

"Dah" jawab Eirene memuncung sedepa.

"Hm pergi ambil wudhu semula lepastu pakai baju. Haih, pagi-pagi dah hujan" Arah Tengku Ferhad.

Tersedu-sedan Eirene melangkang memasuki bilik air semula. Dia menjeling tajam ke arah gulungan karpet yang menjadi asbab dia tersungkur tadi.

"Karpet ni punca!"

"Tak payah nak salahkan carpet kalau you sendiri yang jalan tak tengok bawah" tambah Tengku Ferhad.

Eirene berlagak tuli.














SAMPAI di depan kedai bunga, Tengku Ferhad menyuruh Eirene dan Helena tunggu sebentar di dalam kereta sementara Dhurah sampai. Dia tak harap Eirene buka kedai sorang-sorang meskipun ada Helena. Ipad dibuka mahu melihat jadualnya hari ini.

"Tengku, tak apa. Kesian Yahaya, kesian tengku. Jangan disebabkan tunggu saya tengku lewat masuk office" Kata Eirene serba salah.

"I cakap I nak tunggu sampai kawan you sampai kan? Arahan—"

"Tak arahan tengku saya boleh ikut. Tapi tengku tu ada meeting pagi ni. Saya taknak suami saya lewat masuk meeting" cantas Eirene laju.

"I pun taknak apa-apa jadi dekat isteri dengan anak I" balas Tengku Ferhad taknak kalah.

"Mommy, daddy. Don't angry-angry" tegur Helena yang menjadi orang tengah di antara mommy dan daddynya.

"Mommy degil" jawab Tengku Ferhad.

"Mommy?" Helena memandang mommynya pula.

"Ya sayang, kita dengar cakap daddy ya? Tunggu aunty Dhurah sampai kejap" kepala Helena diusap manja.

"Tu sampai dah aunty Dhurah" Helena menunjuk ke arah luar.

"Haah la, panjang umur dia. Tengku thankyou hantarkan saya. Jangan lupa ambil saya petang ni tau tau tau!" Pesan Eirene sambil sebelah tangan menahan seat kereta sebelah lagi menyalam tangan Tengku Ferhad. Tabah saja Helena yang tenggelam di bawah lengan mommynya itu.

Kemudian mereka sempat berlaga pipi sebelum Tengku Ferhad mencuri meragut bibir mungil isterinya itu. Dalam kesempitan sempat dia mengambil kesempatan.

"Bekal I pergi kerja nanti"

Eirene menggeleng kepala pasrah.

"Jom shayang mommy. Bye tengku"

"Bye" lambai Tengku Ferhad sebelum cermin tingkap ditutup.










            

         SEDANG Eirene menyusun bunga di dalam bekas, tiba-tiba jarinya tercucuk duri sehingga berdarah. Jantungnya juga tiba-tiba berdegup kencang. Rasa tidak sedap hati. Jari yang terluka itu dipamdang sepi.

"Ya Allah, yang engkau dah kenapa boleh luka pula jadi tu?" Muncul Dhurah di belakangnya.

"Mommy, mommy luka!" Helena lah terpaling risau di situ.

Eirene bagai tersedar terus dia mengelao darah yang keluar itu dengan hujung blousenya. Kemudian wajah Dhurah dan Helena dipamdang silih berganti.

"Rinrin kau okay tak?" Soal Dhurah risau.

"Aku okay. Cuma tak sedap hati tiba-tiba" beritahu Eirene jujur.

Tidak lama selepas itu, loceng kedai berbunyi menandakan ada pelanggan yang datang. Dhurah mengintai sekejap.

"Suami kau datang la Rinrin" beritahu Dhurah.

"Daddy!" sapa Helene ceria. Tengku Ferhad membalas denga senyuman nipis sahaja.

"Where's mommy?" Tanya Tengku Ferhad.

"Eh tengku, awalnya datang ambil saya. Baru pukul 3. Kan saya suruh ambil pukul 5?"

"Anfisa..." terus Tengku Ferhad menarik Eirene ke dalam pelukannya. Belakang badan Eirene diusap. Dapat dirasa tubuh isterinya itu sedang menggigil.

"Ke-kenapa tengku?"

"Kita pergi hospital sekarang ya?" Ajak Tengku Ferhad. Suaranya lebih lembut kali ini. Tidak tegas seperti selalu.

"Dhurah I bawak Anfisa ke hospital boleh?" Dhurah mengangguk memberi izin.

Tengku Ferhad membantu mengemas segala barang milik Eirene lalu disumbat ke dalam beg tangan isterinya itu. Dia mendapatkan Eirene dan Helena lalu dipimpin tangan masing-masing menuju ke kereta.

"Tengku, kenapa kita nak ke hospital? Siapa sakit?" Soal Eirene ingin tahu.

Sekilas, pelipis Eirene dikucup Tengku Ferhad.

"Stay strong okay, my talkative Anfisa?"

Eirene menjadi semakin pelik.

Kenapa?






















to be continued•

Godaan Encik Suami [C]Where stories live. Discover now