B A B 39

33.2K 1.1K 14
                                    














TENGKU FERHAD MATEEN tersedar bila dia terdengar sayup-sayup bunyi seperti seseorang sedang muntah di dalam tandas. Dia sedaya upaya mengubah posisi pembaringan mahu duduk bersandar di kepala katil pula. Sekejap-sekejap lelaki itu berkerut menahan sakit di bahagian bahu. Nyeri sungguh. Rasa bersimpul segala urat.

Eirene mengeluh lega bila tekaknya kembali normal semula. Ini baru betul morning sickness. Tak sampai subuh lagi dia dah jadi pengunjung tandas. Padahal bukan muntah betul-betul pun. Cuma perutnya rasa sebu tiba-tiba seperti masuk angin.

"Sayang?" Soal Tengku Ferhad terkejut.

"Abang? Eh abang dah bangun. Yeay yeay! Daddy dah bangun. Takutlah tu kalau Eirene jadi singa. Rawr!" Eirene bersorak ceria bila melihat Tengku Ferhad sudah bangun bersandar di kepala katil pesakit.

Eirene panjat naik katil mendapatkan suaminya. Gembira barangkali awal pagi dah dengar suara garau itu. Lantas bibir Tengku Ferhad dipagut mesra. Itu saja kerjanya.

"Sayang, stop. Tidur sini ke semalam?" Soal Tengku Ferhad yang terpaksa menolak tubuh itu menjauhinya sedikit.

Risau kadang-kadang.

Eirene menjuihkan bibirnya tak puas hati. Tak boleh nak lebih-lebih sikit. Kena tolak pula.

"Ye la, kita tidur sini semalam. Ni tidur kat sini. Kita temankan shuben kita. Shuben singa kita accident. Hm" Eirene membuat suara manja.

"Sorry milady. I tak perasan" Tengku Ferhad jadi serba salah saat menatap wajah bersih tanpa cela itu. Dengan keadaan dirinya sekarang agak membataskan perbuatan dia untuk membalas kembali perbuatan isterinya tadi.

"It's okay daddy, get well soon. Daddy sakit lagi tak sekarang?" Eirene mahu memeriksa keadaan suaminya.

Tengku Ferhad masih lagi tidak perasan dengan hint yang diberikam isterinya itu. Dengan sakit yang ditahan dia angkat juga tangan kanannya lalu mengusap kepala Eirene seperti selalu. Dia tersenyum melihat kemanjaan si isteri.

"Yeay! Good job daddy. Nanti boleh balik rumah la tu" kata Eirene semangat.

"Why sayang abang ni active sangat ni? I feel bad right now. Abang tak boleh bergerak banyak sangat untuk layan isteri abang . Sorry sayang"  ujar Tengku Ferhad dengan wajah tanpa senyuman.

"Tak apalah abang. Eirene dapat tengok abang dah sedar pun Eirene dah happy. Semalam Eirene tak happy. Sebab abang tidur" Eirene bermain dengan urat tangan suaminya yang menimbul itu.

Selepas itu, Eirene membawa tangan itu lalu ditekapkan ke perutnya dengan berhati-hati.

"Sweetiepie and little starlight daddy"

Waktu itu, Tengku Ferhad sudah tergamam. Lama dia menatap wajah Eirene yang sudah berlinang air mata di tubir mata.

"Sayang?" Seru Tengku Ferhad bagai tidak percaya.

Eirene angguk laju.

"Again?"

Eirene angguk lagi. Selepas itu azan subuh pun berkumandang. Setitis air mata Tengku Ferhad jatuh.

"Alhamdulillah....alhamdulillah, syukur Ya Allah"

"Abang akan dapat dua serentak tau" maklum Eirene sebak.

"What do you mean? Is it twins? Babies?" 

"Yup!"

Tidak dipedulikan rasa sakit, Tengku Ferhad mara ke hadapan untuk memeluk tubuh isterinya. Belakang Eirene diusap lembut. Patutlah mood isterinya ceria semacam. Nak sampaikan berita gembira pada dia rupanya.

"Alhamdulillah syukur. Congrats sayang. I love you"

"I love you too..."

"Now, sayang tak ragu-ragu lagi kan? Told you, you're great mommy! We did it" puji Tengku Ferhad sambil tersenyum manis.

Eirene gigit bibir melihat bibir kering merekah itu mencoret senyuman terpalinh istimewa untuk dia. Mujur memikirkan suaminya sedang sakit. Kalau tak...

"Yea, we did it daddy!" Angguk Eirene.

"I'm sick milady. Stop seducing me" keluh Temgku Ferhad.

"Apadia abang?" Soal Eirene kurang faham.

"Hm okay. Abang is better for now. Jangan nak panggil daddy kerap sangat buat masa sekarang. It sounds sexy you know?"

"Ohhhhh. Faham" Eirene merendahkan kepalanya sambil mata tidak lepas dari memandang wajah suami sendiri. Dada bidang itu dikucup dengan cara yang agak menguji keimanan.

"—daddy"

Tengku Ferhad pamer wajah penuh kepasrahan saat diuji begitu rupa. Bibirnya diketap geram. Eirene nampaknya semakin melampau. Isterinya itu bangun dan menongkat tangan di atas bantal. Betul- betul di tepi lehernya. Tengku Ferhad menoleh ke kanan. Dia dah masak dengan kanakalan luar alam itu.

Rahang Tengku Ferhad disentuh dan ditarik supaya memandang dia semula.

"Amboi, daddy....taknak pandang mommy hm?"Lunak suara itu melontarkan kata-kata.

"Stop exposing your alluring skills" Tengku Ferhad memberi amaran.

Bibir kering merekah itu diusap dengan ibu jari. Eirene sengetkan kepalanya. Tengku Ferhad sudah menyenget senyuman sinis.

Tidakkah si isteri gentar dengannya?

Sungguh, rasa sakitnya sudah lenyap.

"And if you say so... and then get well soon daddy" Kenyitan mata menggoda dihadiakan buat lelaki kacak idamannya itu.

Belum sempat Eirene melarikan diri ke tandas, Lengan itu sempat dilelar membuatkan Eirene berhenti melangkah. Tengku Ferhad menyelak selimut hospital itu ke tepi lalu dia turun dari katil. Wajah penuh misteri dipamerkan.

Giliran Eirene pula kecut perut disebabkan ulahnya sendiri.

"Abang nak pe-pergi mana? Dah sakit kan, buat cara orang sakit" kata Eirene penuh debar.

"Aik? Abang balik? Kenapa tak panggil I daddy?"

"Eirene nak solat subuh ni" jawab Eirene malas.

Zapp!

Wajah Eirene sudah berada rapat ke dada Tengku Ferhad. Air liur diteguk kasar. Cubaan menjauhkan diri tidak berjaya. Eirene risau suaminya akan cedera lagi.

"Your face look so pale milady. Why? Morning sickness" berdiri bulu telinga bila suara husky itu kedengaran semakin hampir.

"Abang, sakit kan? Buat cara orang sakit" ujar Eirene menahan sabar.

"Sayang pun sama. Abang sakit. Sepatutnya sayang kena beri layanan yang bersesuaian dengan orang sakit. Sekarang, sayang dah silap cara. Abang dah sihat" balas Tengku Ferhad.

"Abang, azan subuh dah lama habis. Jangan macamni please. Eirene gurau je" pujuk Eirene.

"Jom solat subuh" ajak Tengku Ferhad yang sudah habis mood menyakat si isteri. Tapi disebabkan geram masih bersisa, punggung Eirene ditampar. Tidak kuat tapi gamat juga la suara Eirene memecah kesunyian pagi itu.

"Singa gatal! Cepat, Eirene keutamaan bagi orang sakit. Abang ambil wudhu dulu. Ke nak Eirene tolong?" Kata Eirene yang sudah ke mood akak misi pula.

"You tolong ratakan air boleh la sayang" arah Tengku Ferhad sambil tersenyum. Rasa kelakar pun ada.

Kalau macamni gaya, memang petang nanti doktor dah suruh dia balik rumah. Hebat betul ubat yang ada pada Eirene Anfisa ni. Sakit yang menyengat tadi terus surut jadi macam sakit kena gigit semu saja.

Ceh!























to be continued•

Godaan Encik Suami [C]Where stories live. Discover now