B A B 28

31K 1.1K 10
                                    


















               TENGKU FERHAD menekan papan kekunci dengan malas sekali. Dunianya sedang berpusing sekarang. Kepala dia sakit sangat-sangat bagai dicengkam. Hendak cuti lagi, kerja semakin menimbun. Jadi terpaksala dia berkorban sedikit saja lagi.

Di luar dia dengar sayup-sayup bunyi orang buat kecoh. Tengku Ferhad lekas menekan button interkom sambil mengeluh berat.

"Leena, everythings' alright there?"

"Not really tengku, ada seorang perempuan ni dia berkeras nak masuk jumpa tengku padahal dia tak buat appointment pun" jawab Leena yang sedang termengah-mengah.

Sudah dapat mengagak siapa punya angkara, Tengku Ferhad menyuruh Leena membenarkan perempuan tersebut masuk berjumpa dengannya.

"Pergilah masuk! Tadi nak masuk sangat!" Arah Leena sebal. Anak rambut yang jatuh ke hadapan dihembus kasar.

"I dah cakap, Mateen won't say NO kalau dengan I" berlagak Cailey berkata lalu masuk ke dalam dengan lenggang-kangkung.

Leena menjeling tajam.

Slack kaki baru tahu si Charlie ni.

"Mateen, apa jenis PA yang you hire tu? Selekeh" kutuk Cailey manja.

"You yang tak ada punca datang office I macam barbarian siapa suruh. Adab pun takda" selar Tengku Ferhad tidak bernada. Tapi cukup pedas.

"Mateen, kenapa you sombong sangat dengan I hm? Dulu masa Ria ada you tak ada lah sombong macam ni. Okay wait, wife you yang sekarang ni queen control eh?" Umpat Cailey tanpa rasa berdosa.

"Tak payah sibuk hal rumah tangga I, wife I tahu jaga I macam mana. You tu orang luar. Datang pun tak diundang. Kalau takda hal penting you boleh keluar. Jangan nak tambah sakit kepala I" bidas Tengku Ferhad sambil menyemak fail yang sudah bertimbun di atas meja.

"Alaa kesiannya you, wife kesayangan you tu mana? Takkan tak ada nak picitkan kepala you? Hm" Cailey mencebik mengejek.

"Selagi I hormat you sebagai tetamu better you tutup mulut you and if you have nothing to say, I'll call the security to drag you out of my office" keras Tengku Ferhad memberi amaran.

"Mateen..."

"I nak minta tolong," nadanya dilirihkan. Mahu meminta simpali lelaki di hadapannya itu.

"I kena rogol. I pregnant" beritahu Cailey.

Terus Tengku Ferhad angkat wajahnya yang sudah berubah tegang. Pen dihentak kasar di atas meja sehingga bahu Cailey terhincut terkejut.

"Then, you ingat company I ni ada buat insurance perlindungan hak asasi wanita yang kena rogol ke?" Tanya Tengku Ferhad benar-benar naik darah.

"T-tak bukan tu maksud I..."

Tajam dia merenung tepat ke arah wanita yang sedang berhempas pulas mencipta alasan di hadapannya itu. Saat matanya dapat menangkap ada cahaya yang terbias di balik beg tangan yang terletak di atas meja kerjanya, Tengku Ferhad sudah semakin menyinga.

Pantas dia bangun dan merampas objek tersebut lalu dilempar keluar dari tingkat 7.

R.i.p.

"Such a dirty trick Cailey Bara!" Tengking Tengku Ferhad kuat sehingga Leena di luar pun terkejut mendengarnya.

"Mateen! I..."

Godaan Encik Suami [C]Where stories live. Discover now