E N D

38.2K 1.3K 77
                                    












TENGKU FERHAD berdiri bercekak pinggang di bawah garaj parking kereta sedang memerhatikan ibu mengandung yang mengidam nak main hujan. Mujurlah sekarang musim hujan. Kalau tak, memang lambat lagi dia nak bagi kelonggaran.

Itu pun sebab Eirene menangis semahunya macam anak kecil tak dapat beli mainan bila Tengku Ferhad melarang tak membenarkan untuk bermain hujan. Mujur sayang saja dekat budak cergas ni.

Tengku Ferhad silangkan tangan ke dada. Lagi nampak aura daddynya menyerlah. Walaupun hanya ber tshirt putih kosong dan juga seluar pendek Adidas, dia nampak kacak dengan gaya minimalist.

"Bestnya bau hujan! Abang jom laa main hujan" ajak Eirene ceria. Tengku Ferhad yang melihat isterinya itu duk berpusing pun dia pening.

"Taknak. Sayang nak main sangat, main je lah. Nanti dah puas berhujan baru datang dekat abang" kata Tengku Ferhad. Sebenarnya dia baru sudah mandi. Malas nak mandi lagi sekali.

Bum!

Bunyi guruh berdentum kuat. Tiada pula kilat. Eirene yang takut akan fenomena alam begitu terus berlari mendapatkan suaminya. Tengku Ferhad ketawa suka. Itudia, nak main hujan sangat.

"Jangan peluk abang. Abang baru pakai je baju ni" pesan Tengku Ferhad.

Eirene menghentak-hentak kakinya geram. Dia mencebik dan merengek keanakkan.

"Haaaaa! Eirene takut. Tapi Eirene nak berhujan lagi. Abang...." Eirene sudah agresif. Dia mencakar-cakar tubuh Tengku Ferhad geram.

"Sayang, you pregnant. Beringat lah sikit. Dah—"

Terus Tengku Ferhad membawa Eirene ke dalam dakapan bila kilat sabung menyabung di langit. Silau  matanya sekejap penangan cahaya pantas itu. Mulut Tengku Ferhad terkumat-kamit membaca doa pendek sebagai pelindung.

"Shhhh. Dah eh sayang, kita masuk eh?" Pujuk Tengku Ferhad. Eirene di dalam pelukannya itu sudah mengejung. Terkejut dengan kilat dan juga guruh kuat sebentar tadi.

Lalu mereka berdua pun masuk semula ke dalam rumah. Mahu tak mahu, baju Tengku Ferhad asah juga lah. Si budak Anfisa lah ni.

Helena Malaiqa turun ke bawah dan melihat mommy dan daddynya beraksi mesra berpelukan baru masuk ke dalam rumah.

"Mommy? Daddy? Daripada mana?" Soalnya.

"Teman mommy craving nak main hujan. Sweetheart habis dah ke online class?" Tanya Tengku Ferhad pada anaknya.

"Dah daddy. Helena nak ke dapur kejap. Nak suruh buk Atiq siapkan barang untuk experiment esok"

"Okay, goodluck sweetheart" Atiq merupakan pembantu rumah dan pengasuh anak-anaknya. Paling rapat dengan Atiq adalah Laika dan Dzil. Sebab dari kecil Atiq menjaga mereka bila Tengku Ferhad dan Eirene kerja.

Jangan tanya mana si kembar itu pergi. Mereka berdua telah diculik oleh Ashu Icha mereka pergi jalan- jalan. Lepastu semalam Tengku Ferisha memaklumkan si kembar taknak balik sebab nak main dengan adik baby di rumah nenda.

Adik baby tu anak Tengku Firhaz dan juga Iffat Haleena yang baru melihat dunia minggu lepas.
Alhamdulillah, selepas process kejar-mengejar dapat juga Tengku Firhaz menghalalkan PA abangnya sendiri.

"Abang, nak makan pizza?" Pinta Eirene tiba-tiba sewaktu mereka mendaki tangga naik ke bilik.

"Nak makan ke nak apa, mandi dulu. Karang demam  memang abang hantar suruh duduk wad terus nak?" Ugut Tengku Ferhad.

"Tanak. Ye la orang nak mandi lah ni" Eirene memuncungkan bibir.

"Lepas mandi terus bersiap. Abang nak balik rumah ayah. Rindu budak berdua tu" pesan Tengku Ferhad lalu duduk di birai katil.

Godaan Encik Suami [C]Where stories live. Discover now