B A B 21

36K 1.3K 41
                                    















TENGKU FERHAD MATEEN duduk di meja kerjanya itu mula mengetuk pen di permukaan meja menghasilkan satu irama. Lama dia memandang Eirene yang sedang sibuk menggubah bunga untuk tempahan pelanggan tanpa isterinya itu sedar. Sedikit rasa tak puas hati bila Eirene cuma diam fokus dengan kerjanya.

Macam itukah Eirene rasa bila dia tengah fokus buat kerja?

"Sayang, banyak lagi ke yang tak siap tu?" Tanya Tengku Ferhad.

Eirene membalas dengan anggukan.

"Sayang, lagi berapa bouquet nak siapkan?"

"Lagi dua kot. Kenapa abang?" Wajah suaminya dipandang sekilas sebelum dia tunduk semula. Lincah tangan itu membuat kerja.

"It's 2 a.m already Anfisa, you need to sleep"  pesannya lagi.

"Tak apa, kalau abang nak tidur dulu pergilah. Jom Eirene temankan abang tidur. Eirene takut tak sempat nak siapkan esok. Customer nak ambil awal"

"We're going to sleep together" putus Tengku Ferhad.

"Sekejap ya, lagi sejam boleh?"

"Nak I tolong tak?" Terus Eirene memandang dengan pandangan tidak percaya. Lelaki itu mula angkat punggung lalu mara ke arahnya.

Setangkai bunga ros merah diambilnya lalu dihidu sedikit. Oh bau bunga. Kemudian dia menjeling melihat cara Eirene membuang kelopak luar bunga ros itu pelik.

"Kenapa you buang that petals?"

"Sebab kelopak luar ni dah damage sikit. Tu abang tengok ada hitam-hitam dengan kesan layu di hujung kelopak dia? We don't want that" terang Eirene.

"Ooo I see—"

"There's no lily for today?" Tanya Tengku Ferhad dan Eirene geleng sambil tersenyum. Dia tahu lili dah menjadi bunga kegemaran suaminya. Kata Tengku Ferhad, bunga lili tu sinonim dengan Eirene sebab pertama kali dia nampak Eirene dengan bunga lili diselikat di celah tudung.

Nampak cantik.

"Bunga lily abang dekat ruang tamu tu dah layu ke?"

"Haah, dia dah start caramelised" terus Eirene sembur gelak. Mana dapatlah istilah 'caramelised' tu. Ingat masak-memasak je ada.

"Esok Eirene bawa balik yang baru okay?" Dia mengangguk setuju. Seronok jaga bunga lili dari masih kuncup sehinggalah kembang mekar. Excited nak tengok process perkembangan dia tu.

Bunga ros yang dipegangnya itu dileretkan di bahu, kemudian semakin turun ke bawah sampai ke pergelangan tangan Eirene. Begitulah perbuatan tersebut diulang beberapa kali.

"Abang....abang nak apa?" Soal Eirene bila dia perasan Tengku Ferhad sedang dalam mood menggoda dia.

"You" ringkas dan padat jawapan suaminya itu.

Eirene senyum lagi dan lagi demi menghilangkan rasa tak keruan di hati. Dalam masa yang sama dia dah tergoda dengan tingkah dingin tapi mahu suaminya itu.

"Bagilah Eirene siap kerja Eirene dulu" kata Eirene pula.

"Okay"

Sambil menyusun bunga sambil dia befikir sekejap. Sama ada mahu berhenti dan sambung esok ataupun siapkan malam ini juga. Setelah memberi jawapan pada diri sendiri, terus Eirene naik duduk di atas riba Tengku Ferhad.

Hidung bertemu hidung, bibir bertemu bibir, mata bertentang mata. Tengku Ferhad senyum sedikit menampakkan barisan gigi atasnya yang tersusun cantik itu. Nafasnya semakin memberat.

Godaan Encik Suami [C]Where stories live. Discover now