B A B 22

33.6K 1.2K 39
                                    












EIRENE rasa ada longgokan beban yang besar di atas kepalanya. Berat yang teramat sangat. Dia bangun dari tidur dengan pandangan yang masih berbalam. Dah maghrib rupanya. Dia tertidur selepas asar tadi. Matanya meliar memandang sekeliling. Tiada pula susuk tubuh suaminya di dalam bilik. Eirene mengeluh perlahan.

Lupa...

Dengan apa yang dah belaku pagi tadi, Tengku Ferhad perlukan ruang.

Eirene berbaring semula di atas sejadah dan sambung menangis di situ. Wajahnya sudah sembab sebab terlalu banyak menangis. Tiba-tiba Eirene dengar pintu bilik dibuka dari luar.

"Ab-abang" kalut Eirene bangun semula dan membuka kain telekung yang tersarung pada tubuh.

Tengku Ferhad tidak menjawab panggilannya malah lelaki itu mendengus perlahan.

"Abang pergi mana? Helena dah balik sekolah?" Tanya Eirene mahu mengambil hati.

"I don't go anywhere. Hm—" jawab Tengku Ferhad dingin. Dinginnya terasa hingga ke Eirene.

"Abang malam ni kita makan luar nak? Eirene teringin nak makan—"

"Balik rumah bonda lepas maghrib" potong Tengku Ferhad terlebih dahulu. Kemudian lelaki itu melintasinya untuk ke bilik air.

"Nasi ayam...." Sambung Eirene perlahan dengan bibirnya sudah terketar menahan sebak.

Sabar Eirene sabar....

Esok ajak Dhurah carikan nasi ayam untuk kau eh?










              EIRENE memimpin tangan Helena dah mereka berdua berjalan beriringan masuk ke dalam rumah. Tengku Ferhad sudah terlebih dahulu turun dan masuk ke dalam rumah. Tengku Zahira yang menunggu di muka pintu itu memberi isyarat bagai bertanya kenapa.

"Salah Eirene bonda, salah Eirene" jawab Eirene tidak bertenaga lalu dia menyalam tangan ibu mertuanya itu.

"Tak apa sabar sikit ya sayang? Jom kita masuk dalam dulu. Bonda dah siap hidang dah. Harini bonda masak nasi ayam je"

Dengar saja nasi ayam, wajah Eirene kembali bersinar. Dia sudah kecur air liur. Sedapnya nasi ayam. Mata Eirene sedikit bergenang. Tak dapat makan dekat kedai, mertua sendiri yang buatkan dia nasi ayam.

"Sedapnya bonda. Terima kasih. Eirene memang teringin nasi ayam pun" beritahu Eirene terharu bercampur sebak.

"Ouh iya? Jom-jom kita masuk. Kesian menantu bonda ni. Mengidam ke?"

Eirene senyum hambar. Dia lambat-lambat menggeleng kepalanya.

"Tak mungkin lagi kot bonda. Belum ada rezeki" jawab Eirene serba salah.

"Oh tak apa. Maafkan bonda kalau pertanyaan bonda tu sensitif untuk Anfisa ya" ujar Tengku Zahira.

"Jangan cakap macamtu bonda, Eirene tak ambil hati pun. Eirene yang salah...."

"Dah-dah tak apa letak tepi dulu, sekarang jom kita makan. Dah pukul 8:15 dah" Tengku Zahira mula menukar topik perbualan.

"Jom shayang, kita makan" ajak Eirene lembut suaranya.










            SEDANG dia enak menikmati nasi ayam itu, Eirene rasa tekaknya sedikit masalah. Dia tak tahu apa yang tidak kena tetapi tekaknya rasa kembang gila sekarang. Terus dia bangun dan menuju ke arah sinki. Masing-masing yang berada di meja makan terpinga-pinga.

Tengku Ferhad diam dengan wajah seriusnya menyambung makan tanpa mempedulikan isterinya itu.

Tengku Firhaz dan Tengku Ferisha hanya diam tidak berniat mahu mencelah.

Sudahnya, Tengku Zahira juga yang bangun mendapatkan menantunya itu. Belakang badan Eirene diusap-usap biar Eirene muntahkan semua.

"Kenapa nak? Ada yang tak kena dengan selera kamu ke?" Soal Tengku Zahira penuh kelembutan.

"Tak tahulah bonda. Eirene tiba-tiba je rasa nak muntah. Minta maaf..." ujar Eirene keletihan.

"Ke sebab Eirene dah mengandung?"

Orang lain yang disoal, orang lain yang panas. Tengku Ferhad mengetuk pinggan nasinya menjatuhkan butir nasi yang melekat di jari. Kemudian dia terus bangun. Sinki dituju.

"Nak mengandung apanya kalau dah makan ubat yang bukan-bukan!" Ujar Tengku Ferhad serius.

Eirene pejam matanya rapat. Setepek dia disindir dengan suami sendiri.

"Along...." Tegur Tengku Hazzar di meja makan.

"Dahla, along naik atas dulu" terus Tengku Ferhad beredar meninggalkan mereka di dapur.

Tengku Zahira mengusap belakang Eirene semula.

"Anfisa merancang ya?"

Eirene mengangguk mengiyakan. Tangan yang lagi sebelah dia usap air mata yang mengalir.

"Eirene minta maaf bonda. Eirene salah. Eirene minta maaf dekat semua..."

"Tak apa, bonda tak salahkan Anfisa. Along tu biarlah dia sejuk sekejap. Nanti dia okay lah tu. Anfisa sampai sekarang ke consume?" Tanya Tengku Zahira ingin tahu.

"Minggu ni dah dua minggu Eirene tak ambil. Eirene memang niat nak stop, taknak merancang lagi dah" jawab Eirene saat tangisannya sedikit reda.

"Taknak pergi klinik check? Mana tahu memang betul Anfisa dah lekat"

"Tak mungkin kot bonda. Eirene takut result dia mengecewakan..."

"Kalau Anfisa takut nak ajak along, bonda boleh temankan. Kejap lagi kita pergi nak?" Ajak Tengku Zahira bersemangat.

Lambat-lambat Eirene mengangguk.

Serba-salah dia jadinya.










               "MACAM mana keputusannya Anfisa? Doktor cakap apa?" Tengku Zahira bangun menghampiri Eirene yang baru keluar dari bilik pemeriksaan. Eirene senyum hambar.

"Negative bonda"

Tengku Zahira terus memeluk tubuh Eirene erat. Belakang Eirene diusap. Eirene tidak dapat tahan untuk menitiskan air mata.

"Jangan sedih ya sayang. Bonda, ayah semua ada untuk Anfisa" pujuk Tengku Zahira penuh dengan sifat penyayangnya.

"Eirene minta maaf. Eirene membelakangkan suami Eirene dalam membuat keputusan yang macamni. Kalau jadi abang pun, Eirene akan kecewa" luah Eirene kesal.

"Jangan cakap macamtu. Kita semua tak terlepas dari buat silap sayang. Along pun ada silap dia juga. Jangan terus menerus salahkan diri sendiri Anfisa. Dengar cakap bonda. Bonda percaya Anfisa boleh mengandung lagi"

"Tapi kalau abang nak pandang muka Eirene pun tak sudi, nak buat apa lagi bonda? Eirene ada Helena je penguat semangat Eirene sekarang"

"Anfisa goda lah dia. Mustahil sangat dia taknak layan" yakin Tengku Zahira berkata. Eirene sekadar senyum nipis. Dia tak mengharapkan Tengku Ferhad akan tergoda dengan dia lagi.

'I pun akan guna protection juga lepasni...'

Ayat itu masih terngiang-ngiang di telinga. Eirene takut kalau benar Tengku Ferhad berbuat demikian untuk menghukum dia.

"Jom balik"



















to be continued•

Godaan Encik Suami [C]Where stories live. Discover now