B A B 3

36.2K 1.5K 49
                                    













SEAWAL jam 8 pagi Eirene Anfisa sudah tercegat di hadapan pintu pagar utama rumah banglo mewah milik Tengku Ferhad Mateen. Semasa dia sampai tadi sempat dia baca nama tertera yang ditulis di pagar rumah tersebut. Bukan calang-calang rupanya orang yang dilanggar tempohari. Berdarah kerabat.

Tengku Ferhad Mateen bin Tengku Hazzar.

"Ya cik, cari siapa?" Tanya pengawal keselamatan yang muncul saat pintu pagar dibuka.

"Er saya nak jumpa Tengku...Fer..Had.
Haah, Tengku Ferhad" kata Eirene yang terlupa akan nama bakal majikan barunya itu.

"Oh inilah cik Anfisa ya?" Tanya pakcik pengawal tersebut ramah.

Mungkin Tengku Ferhad sudah memberitahu pengawal ini awal-awal lagi. Jadi tak perlu bercakap banyak Eirene cuma mengangguk sahaja walaupun panggilan namanya agak kekok di pendengaran. Memang Anfisa itu namanya juga tapi jarang orang memanggil dirinya dengan nama itu.Unik.

"Oh masuklah, Tengku Ferhad ada di dalam. Dia belum ke pejabat lagi"

Eirene menghadiahkan senyuman manis kepada pengawal tersebut sebelum berlalu pergi. Rasa berdebar pula mahu berjumpa pakcik sombong itu untuk kali kedua. Kerja apa la yang dia kena buat nanti hah. Eirene sendiri pun tertanya-tanya.

"Helena Malaiqa, turun sekarang" laung Tengku Ferhad sambil membetulkan cuff link di hujung lengan.

Tidak lama selepas itu, muncul seorang budak perempuan berusia 4 tahun menuruni tangga. Comel. Dengan cekak rambut bereben merah jambu menghiasi kepalanya.

"I'm here daddy"

Ting tong!

Loceng rumah pula tiba-tiba berbunyi. Rasanya Tengku Ferhad sudah dapat mengagak siapa yang datang ke rumah pagi-pagi begini.

"Assalamualaikum dan selamat pagi Tengku Ferhad" sapa Eirene Anfisa ceria saat kornea matanya menangkap susuk tubuh Tengku Ferhad di muka pintu.

Tengku Ferhad mengerling jam tangannya. Kemudian matanya kembali terarah pada Eirene yang tegak berdiri. Manis berbaju kurung moden bercorak bunga berwarna merah hati.

"Too early. I cakap pukul 9 kan?" Tanya Tengku Ferhad serius.

"Err, saja datang awal. Lagipun, saya tak tahu jalan. Takut sesat dan lambat pula untuk ke sini. Karang tengku potong gaji saya pula. Erm ke tengku masih belum bersedia untuk terima tetamu. Kalau macam tu, saya duduk di luar dulu lah maaf sebab datang terlalu awal" jelas Eirene panjang lebar.

"No. I'm just asking you. Come in" 

Eirene tayang sengih sebelum membuntuti langkah Tengku Ferhad di hadapannya.Terpegun sebentar dia melihat dekorasi dalaman rumah banglo itu.Dah macam istana. Ops lupa pula, Tengku Ferhad kan berdarah kerabat.

"Helena, sini dekat daddy" panggil Tengku Ferhad dan budak perempuan itu pun datang. Mangkuk coco crunch bersama susu diletakkan di atas meja makan terlebih dahulu.

Eirene sekadar memerhati. Sudah berkeluarga rupanya Tengku Ferhad Mateen ni. Sangkanya lelaki itu masih bujang.

"This is your new babysitter. Her name is Eirene Anfisa. Call her with a proper way and I hope you can behave yourself after this. Stop giving me a headache please. Or else, I will send you to grandma house"

Helena Malaiqa menggeleng laju saat mendengar ayat ugutan dari daddynya.

"Anfisa, this is my daughter Helena Malaiqa. Kerja you cuma jagakan dia sampai I balik kerja. Masak, kemas rumah apa semua tu you tak perlu buat sebab Mak Ilah ada. Gaji you dikira per day. Cukup bulan, I akan masukkan duit ke dalam akaun you and after two months, our deal is officially end. Ada apa-apa yang you tak faham?" Terang Tengku Ferhad.

"Baiklah Tengku, saya faham. Terima kasih" ujar Eirene sambil mengangguk.

"Alright you're welcome" balas Tengku Ferhad senada.

Tengku Helena Malaiqa menghampiri Eirene. Matanya terkebil-kebil memandang gadis yang menjadi penjaganya itu.Senyuman dia ukir.

"You're beautiful like mommy. Can I call you mommy?" Tanya Helena polos. Terkebil-kebil anak perempuan itu memandang wajah Eirene.

Eirene kejung. Matanya memandang Tengku Ferhad bagai bertanya. Dia tak tahu apa-apa tiba-tiba anak orang nak dia jadi mak express. Tengku Ferhad pula mengeluh perlahan melihat babak tersebut.

"Her mom passed away since she was born" beritahu Tengku Ferhad tenang.

"Oh, I'm sorry for your lost Tengku" ucap Eirene dan Tengku Ferhad sekadar mengangguk.

"Mommy?" suara Helena lagi.

Eirene Anfisa mengangguk mengiyakan panggilan tersebut. Dia duduk bagi menyama paras dengan si comel tersebut.

"Sure, you can call me mommy. Tapi Helena kena sentiasa ingat, mommy Helena yang betul sedang tunggu Helena di syurga tau" pesan Eirene sambil mengusap pipi anak kecil itu.

Helena Malaiqa mengangguk faham. Sebelum ini pun daddynya selalu berpesan begitu.

"You tak kisah ke?" Sapa Tengku Ferhad dari arah belakang.

"Ya, saya tak kisah. Kesian Helena tak sempat rasa kasih sayang seorang ibu sejak dia lahir. Lagipun, anak Tengku terlalu comel dan cerdik untuk saya tolak permintaan dia. Helena, can we be friends?" Eirene menyua sebelah tangannya di hadapan Helena.

"Sure mommy"  salam Eirene disambut baik nampaknya.

"Tengku pula okay ke Helena panggil saya mommy? I mean..."

"Yeah, I'm okay as long as Helena happy with it" potong Tengku Ferhad laju.

Ya, Tengku Ferhad tidak kisah jika anaknya itu mahu memanggil Eirene sebagai mommy. Asalkan anak kecil itu masih tahu siapa ibu kandungnya. Selepas pemergian arwah isterinya, bahagia Tengku Ferhad cuma terletak pada bahagia Tengku Helena. Sungguh, dia sayangkan puterinya itu.























To be continued...

Godaan Encik Suami [C]Where stories live. Discover now