B A B 33

34.7K 1.2K 43
                                    
















"THANKYOU Dhurah and Farris, for coming" ucap Tengku Ferhad sambil menghantar pasangan itu keluar dari wad. Ada jambangan bunga yang dibawa sebagai buah tangan.

"You're welcome tengku. Stay strong, inshaallah Eirene akan sedar tak lama lagi. Kawan saya tu kuat. Dia bukan jenis yang mudah mengalah" kata Dhurah yang turut bersimpati dengan nasib pasangan suami isteri itu.

"Thankyou again Dhurah, you memang kawan terbaik dia"

Usai pasangan kekasih itu pergi, Helena Malaiqa pula tiba bersama mangkuk tingkat. Tengku Ferhad tersenyum melihat karenah anaknya itu.

"Mommy tak bangun lagi?" Tanya Helena dengan riak yang terlajak comel.

"Not yet sweetheart. Mommy kena tidur lama sikit. Mommy penat. Sweetheart bawa apa tu? Untuk daddy?"

"Ohhh, kasihan mommy. Kena pukul dengan aunty jahat. Sampai adik baby pun hilang. Hm nah daddy, nenda suruh bagi nasi ayam ni dekat daddy" termuncung-muncung mulut becok itu berleter.

Tengku Ferhad hanya senyum. Sudah nampak dah wakil mulut murai di masa hadapan.

"Sweetheart tolong la bukakan untuk daddy. Goodgirl kan" sengaja dia mahu menguji anaknya itu. Tak sangka pula Helena menurut.

"Okay. Kejap okay daddy. Helena nak buka" berhati-hati tangan kecil itu membuka datu persatu mangkuk tingkat yang ada.

"Nah daddy makanlah, baca doa dulu"

"Sweetheart taknak suapkan daddy?" Helena tepuk dahi.

"Daddy suruh mommy rest, tapi daddy suruh Helena pula buat kerja. Apalah daddy ni" omel Helena sambil tangan membuat kerja juga.

Tengku Ferhad ketawa terhibur.

"Marah daddy ke?"

"Taklah, Helena okay je. Nak jadi goodgirl macam mommy selalu pesan. Cepatlah daddy, buka mulut" Helena menyudu nasi kemudian dia mencarik isi ayam lalu diletakkan di atas timbunan nasi tersebut. Barulah dia menyuap daddynya.

"Sedap tak daddy nasi ayam nenda buat?" Tanya Helena.

"Sedap. Lagi sedap sebab sweetheart yang suapkan daddy. Thankyou" puji Tengku Ferhad ikhlas. Helena apa lagi, terus sanggup menyuap daddy ya sehingga habis nasi di dalam bekas tersebut.

"Habis dah daddy, nah air" Helena menyua botol air mineral pula.

Alhamdulillah, kenyang perutnya.

"Thankyou sweetheart" Helena sengih sambil mengangguk.











              TENGKU FERHAD mendudukkan Helena di sisi katil. Kemudian dia mengambil sehelai tuala kecil yang bersih,  dicelupkan ke dalam air suam. Helena membantu membuka sedikit butang baju hospital yang dipakai Eirene.

"Mommy, Helena goodgirl kan?" Borak Helena walaupun dia tahu mommynya tidak sedar.

Tengku Ferhad mengelap bawah leher jinjang Eirene dengan penuh berhati-hati. Kemudian dia mengelap bahagian tangan pula. Lip balm yang dibawa Tengku Ferisha semalam dia oleskan sedikit pada bibir pucat merekah itu. Takut nanti kalau dibiar kering sangat boleh berdarah pula.

Godaan Encik Suami [C]Where stories live. Discover now