B A B 23

34.8K 1.3K 20
                                    














EIRENE ANFISA melepaskan ikatan jubah mandinya lalu dilempar ke tepi kolam renang yang bercahaya membiru itu. Yang tinggal di badan hanyalah baju renang wanita yang agak terbuka di banyak bahagian anggota badan itu. Seksi.

Dia masuk ke dalam kolam dan bila kakinya sudah tidak berjumpa dasar, Eirene mula meringankan badan membiarkan dirinya terapung. Eirene pejam mata menikmati ketenangan saat berada di dalam air itu.

Dush!!

Kedengaran seperti ada seseorang terjun ke dalam kolam tersebut juga. Eirena buka semula mata dan tiba-tiba pinggangnya dirangkul kukuh dan diheret ke tepi kolam.

"Eh kenapa ni? Abang, lepaslah" ronta Eirene namun tidak dihiraukan lelaki itu.

Dengan kudrat yang ada, Tengku Ferhad menyelitkan kedua belah tangan di bawah lengan Eirene lalu dia mengangkat isterinya itu didudukkan ditepi kolam.

Walaupun wajahnya dibasahi air, Eirene jelas boleh melihat wajah suaminya itu memerah. Tengku Ferhad meraup rambutnya ke belakang dan kemudia dia mengunci kedudukan Eirene dengan memegang paha Eirene yang terdedah itu.

"You depress setara mana sangat sampai buat aksi macamtu dalam air? Kalau lemas macam mana?! Boleh tak sehari jangan buat jantung I sesak" hambur Tengku Ferhad geram.

Awalnya Eirene sedikit pelik tapi lama-kelamaan dia dapat menangkap sesuatu. Eirene memegang wajah suami memaksa lelaki itu menatap wajahnya.

"You still care about me abang," ujar Eirene perlahan lantas dia tersenyum.

"No, I did not" nafi Tengku Ferhad serius.

"Yes, you did" kemudian, Eirene melompat turun ke dalam air.

"Anfisa!" Kalut Tengku Ferhad menyambut tubuh Eirene dengan wajah yang terpampang riak kerisauan.

"See, you still care about me" Eirene menyeringai suka.

"I am not. Stop manipulating my actions Anfisa. Get up now" arah Tengku Ferhad dengan nafas yang laju bila Eirene cuba menyelam ke dalam kolam.

"You loved me"

"I cuma takut kalau you lemas. Kolam ni dalam. Main ajelah dekat tepi sana!" Marah Tengku Ferhad hilang sabar.

"See? You scare of losing me. Abang cintakan Eirene. Abang marah Eirene sebab abang sayangkan Eirene kan?" ujar Eirene yang tersenyum suka melihat telinga Tengku Ferhad sudah merah.

"Siapa je tak sayang isteri? Tapi isteri pula sanggup belakangkan suami buat semua benda ikut kepala dia saja. Sanggup lukakan hati suami" bidas Tengku Ferhad.

Kemudian Eirene berenang ke tengah kolam. Tengku Ferhad tergamam sebentar. Dia masih berpaut di tebing kolam memerhatikan isterinya. Selama ini dia cuma nampak Eirene bermain di gigi air. Tidak tahu pula yang isterinya itu pandai berenang.

"Eirene minta maaf kalau Eirene dah buat abang terluka. Eirene sedar itu memang salah Eirene. But please, jangan jadikan Eirene isteri derhaka. Kalau perbuatan Eirene ni betul buat abang terluka sampai nak pandang Eirene pun abang dah tak sudi, okay fine. Eirene rela abang lepaskan Eirene. Tapi sebelum tu, Eirene harap sangat abang dapat maafkan Eirene" selepas berkata demikian, Eirene naik ke atas menyarung semula jubah mandinya lalu masuk ke dalam rumah.

Tinggal lah Tengku Ferhad sendirian di situ. Terkaku dia mendengar luahan isterinya tadi.

Selama mereka berkahwin, harini pertama kali dia lihat Eirene Anfisa serius. Tipulah kalau dia tidak terkejut.











Godaan Encik Suami [C]Where stories live. Discover now