B A B 35

36.1K 1.1K 16
                                    











SEGAK Tengku Ferhad yang mengenakan kemeja batik dan seluar slack hitam. Eirene bula memakai baju kurung moden batik sedondon dengan suaminya. Harini mereka mendapat jemputan ke majlis perkahwinan sepupu kepada Tengku Ferhad.

Eirene melilit tudung bawal ke bahagian atas kepalanya. Tiba-tiba Tengku Ferhad menyua tangan di depan muka meminta jarum peniti.

"Sini biar abang pinkan"

"Terima kasih abang" Eirene tersenyum-senyum seperti orang mabuk cinta di hadapan cermin besar itu.

Siap memperkemaskan turung si isteri, dia melingkarkan tangan di bahagian pinggang Eirene dan melabuhkan dagunya di bahu isterinya itu.

"Boleh tak tak payah pergi?"

"Abang jangan buat pasal. Tak baik tau orang dah jemput, kita tak pergi. Lagipun dah bersiap elok dah ni"

"Sebab dah bersiap elok ni lah abang malas nak keluar. Rasa nak spend time dengan sayang dalam bilik je" selepas itu, Tengku Ferhad menyimpul sebuah senyuman yang agak misteri.

Aum!

"Haa mula lah tu. Siang-siang kala buat gatalnya. Jomlah abang, Eirene nak pergi tengok anak dara tu sorang. Dah lama dah dia siap, mommy dengan daddy pulak terkial-kial" bebel Eirene sambil berjalan keluar dari bilik mereka.

Eirene mengambil makanan di meja buffet kemudian dia kembali semula ke mejanya. Ada beberapa orang yang kebetulan duduk semeja dengan mereka berdua. Antaranya, mak saudara yang merangkap adik kepada Tengku Hazzar, bapa mertua Eirene.

"Ini isteri kamu yang haritu keguguran tu ya long?" Soal mak saudaranya itu tiba-tiba agak menaikkan suhu darah Tengku Ferhad.

Di bawah, Eirene sudah memegang tangan suaminya. Tidak mahu pakcik singa sebelah dia itu mengamuk pula dengat majlis orang. Eirene tersenyum lalu mengangguk.

"Saya lah tu maksu"

"Oh, lepastu tak mencuba lagi ke?" Eirene membalas dengan senyuman lagi.

"Tengah berusaha. Inshaallah, kalau ada rezeki Allah nak bagi adalah hendakNya"

"Alhamdulillah, baguslah tu. Bukan apa, maksu risau jadi macam anak saudara paksu kamu tu. Pernah gugur, lepastu dah try ikhtiar macam-macam masih tak mengandung juga. Sebabnya rahim dah tak kuat"

Tersiat terus hati Eirene mendengar ujaran itu. Tangannya dilarikan ke perut ratanya. Eirene tersenyum hambar. Tiada riaksi mahu digambarkan ketika itu.

"Sayang, kalau dah siap makan jom balik. Abang tak sedap badan pula" ajak Tengku Ferhad dengan wajah yang tegang tika itu.

"Tapi kan kita—"

"Okay kejap, Eirene nak pergi basuh tangan" Eirene terpaksa akur bila melihat wajah Tengku Ferhad yang bila-bila masa saja mahu memuntahlan lahar berapi di situ.

Di dalam kereta masing-masing diam. Hanya mulut becok Helena saja tak berhenti bercakap sedari tadi. Alhamdulillah, makin fasih bercakap melayu dah anak dara Tengku Ferhad sorang ni. Pelat bahasa ibunda Prince William sudah semakin berkurang.

Di balkoni bilik, Eirene berdiri mengambil angin petang sendirian. Tangan mengusap perut yang sudah rata tiada isinya. Macam mana kalau situasi dia sama dengan situasi anak saudara maksu tadi? Adakah Tengku Ferhad masih utuh cintanya terhadap Eirene?

Kalau betul dia tidak boleh mengandung lagi, mesti Tengku Ferhad akan sedih. Sunyi.

Di saat, drama air mata baru bermula, bunyi pintu sliding door ditolak dan bunyi derap kaki seseorang menghampirinya kedengaran. Makin lama makin jelas.Selepas itu, ada lingkaran kemas dari pinggang ke bahagian bawah abdomennya terasa.

Godaan Encik Suami [C]Where stories live. Discover now