B A B 25

38.4K 1.3K 34
                                    













TENGKU FERHAD MATEEN menongkat dagu sambil fokus mendengar cerita dari isterinya itu. Adakalanya dia mengangguk faham. Eirene pun semakin semangat menerangkan dari A sampai Z apa yang di beritahu doktor padanya.

"Tapi macam mana boleh cepat sangat?" Soal Tengku Ferhad kebingungan.

"Sebelum kali terahir kita 'together' tu Eirene memang dah stop consume. Kan doktor ambil dari tarikh Eirene start period" terang Eirene semula agar suaminya faham.

"I've heard some rumours, diorang cakap kalau consume contraceptive pills tapi kita tak pernah pregnant lagi, boleh mandul"

"Tak semestinya. Cumanya tak digalakkan la. Kalau boleh biarlah pregnant ada anak dulu kalau nak consume pun. Tapi tulah, Eirene paranoid sangat" Eirene memuncungkan bibirnya.

"I see...."

"Tak payah la buat muka macam tu. Sayang sedih ke tak sedih ke dalam tu dah 6 minggu dah. I'm going to be a daddy again and you gonna be a mommy. Apa yang doctor cakap tu dengar la. Jangan lasak sangat. Tengok semalam apa dah jadi. Mujur Helena tak tanya lebih-lebih pagi tadi" bebel Tengku Ferhad.

"Oh abang pulak nak ganti Eirene cakap banyak sekarang ea? Semalam abang yang goda Eirene dulu. Abang yang gatal main mata. Eirene pulak yang dipersalahkan hmph!" Hambur Eirene taknak kalah.

"You tak tahu waktu you mamai tidur you buat apa kat abang. Sibuk nak cium bau badan orang" jeling Tengku Ferhad tak puas hati.

"Nak buat macam mana, baby yang nak bau badan daddy dia. Eirene wakilkan saja"

"Tak payah nak fitnah baby. Sayang memang selalu. nakal pun. Kalau tak dilarang makin menjadi-jadi" kata Tengku Ferhad.

"Eleh pakcik singa ni cakap orang. Dia pun sama" Eirene sudah habis modal mahu bertelagah dengan suaminya lagi.

"Sayang," seru Tengku Ferhad yang sudah malas nak berlawan mulut.

"Haa tengok tu, panggil-pangil kita pulak. Mula-mula panggil, lepastu ada la yang menyusul tu"

"Dah sudah sayang, jangan nak bagi I cakap banyak. Gigit kang" ugut Tengku Ferhad.













                TANGAN Eirene disambut mesra kemudian mereka berjalan beriringan memasuki dewan besar dan mewah itu. Kad jemputan diberikan kepada pengawal. Kemudian mereka mula masuk ke dalam dewan. Eirene dan Tengku Ferhad sudah menjadi para tumpuan para hadirin yang lain. Rata-rata tersenyum suka melihat kehadiran pasangan romantic itu pada malam ini.

"Abang, cuba abang senyum sikit" bisik Eirene bila Tengku Ferhad serius saja tak kena tempat.

Tengku Ferhad menoleh ke arah Eirene, lalu dia senyum ke arah Eirene sahaja. Terus Eirene tertunduk malu.

"Tengku, che puan, ini tempat duduknya" jemput pelayan yang datang kepada mereka dan menarik kerusi yang sudah ditanda dengan nama mereka berdua.

Sebelum duduk, Tengku Ferhad membetulkan kain dress labuh yang meleret di lantai itu. Risau jika Eirene tersadung.

"Thankyou abang"

Tengku Ferhad mengenyit mata nakal. Lagi berbahang wajah Eirene dibuatnya.

"Miss Barra, this is your seat"

"Thankyou"

Kedua-duanya menoleh bila di hadapan mereka sudah ada orang yang duduk. Tatkala itu Tengku Ferhad disapa mesra oleh wanita yang baru datang itu.

"Eh hye Mateen! Long time no see you, handsome guy"  selamba wanita itu menyapa seolah-olah Eirene tak wujud di situ.

Tengku Ferhad diam bersama anggukan yang jelas tidak mesra. Kemudian dia tunduk sedikit membisikkan sesuatu di telinga isterinya. Eirene simpul senyum lantas mengangguk faham.

"Btw, I'm Cailey Barra. Mateen's long lost best friends" gadis yang bernama Cailey itu memperkenalkan diri kemudian dia menyua tangannya mahu bersalaman dengan Eirene.

Tengku Ferhad mengerutkan dahinya. Mengarut apa perempuan ni?

"I'm Eirene Anfisa, Mateen's wife. Nice to meet you Miss Barra" Eirene hadiahkan senyuman paling manis pada wanita itu.

"Ouh Mateen, you dah kahwin? Oh my God! I've thought she's your new girlfriend. Sampai hati kahwin tak jemput I"

Eirene ketawa terhibur manakala Tengku Ferhad pula berdecit kasar. Kalau jemput dia nak tajakan 10 biji khemah takpun satu grand ballroom untuk mereka berbaloi lah juga. Ini datang buat semak better takyah jemput.

"Abang" Eirene melunakkan suara memanggil suaminya.

"Yes sayang?" Sahut Tengku Ferhad menggoda. Dia dekatkam sikit wajahnya dengan wajah Eirene sambil tersenyum manis. Biar orang depan panas sikit.

"Abang taknak borak ke dengan kawan lama abang tu?" Tanya Eirene bersuara manja. Cailey sudah buat muka meluat.

Tudung Eirene yang sedikit tidak sempurna itu dibetulkan semula. Kemudian dia menggeleng kepala.

"Nope, kalau macamtu kawan lama abang, sekarang juga abang putus kawan" bidas. Tengku Ferhad dan Cailey terus ternganga luas.

"Abang ni, kenapala cakap macamtu" peha Tengku Ferhad di tampar manja.

Tengku Ferhad angkat bahu tidak bersalah.











EIRENE bangun dan meminta diri untuk ke washroom sebentar. Tengku Ferhad memandang kepergian isterinya itu bagai tidak mahu lepas. Risau juga kalau tersadung ke apa. Eirene Anfisa tu bukan cermat sangat. Dah la tengah mengandung.

"I pun nak ke washroom sekejap" ujar Cailey sambil memandang Eirene yang sudah keluar dari dewan.

Terhenti suapan Tengku Ferhad bila si Cailey pun tiba-tiba mahu keluar juga. Tidak boleh jadi, Tengku Ferhad pun beralasan sama. Dia minta diri atas alasan ada panggilan telefon yang perlu dijawab di luar disebabkan keadaan dalam dewan agak bising.

Eirene yang berjalan menuju ke tandas itu dikejutkan dengan suara seseorang dari arah belakang.

"Tak sangka pula yang taste Mateen sekarang nak yang bertutup litup macam you ni" sinis Cailey berkata sambil memandang Eirene atas ke bawah berulang kali.

"Sorry miss?" Eirene pura-pura tidak faham.

"Ye lah, I tak sangka taste Mateen sekarang yang muslimah. Bertutup litup" ulang Cailey berdongkol geram. Dengki sungguh dia pada Eirene.

Eirene tersenyum sipu sebelum menjawab.

"Mungkin suami saya pun dah bosan nak pandang yang terdedah sana sini kot. Ye lah, benda apa pun lah dalam dunia ni, selalunya yang terdedah tu kan cepat rosak. I kenal suami I dia seorang yang mementingkan quality" balas Eirene dalam nada bersahaja.

Cailey mengetap giginya kuat. Terpanah hatinya dengan ujaran wanita itu. Berani betul dia.

"Saya pergi dulu ya Miss Barra" pamit Eirene yang berura-ura mahu melangkah semula.

"You yakin yang you betul-betul kenal siapa suami you?" Cailey menyoal sinis.

Eirene menoleh sekilas. Dia dahla dekat hujung-hujung dah ni. Perempuan tak cukup kain ni pulak buat banyak tanya. Aduhla.

"Why? Miss Barra sekarang ni nak cakap buruk tentang husband I ke? Macamni lah miss, siapa pun husband I yang lepas, biarlah dia. Tak perlulah nak ungkit benda yang lepas untuk burukkan suami I. I isteri dia dan I kenal suami I macam mana. Sungguhpun ada orang duk bercakap buruk tentang dia, I tetap pilih untuk percayakan dia lagi sebab dia suami I. Trust is the key, miss. Bye" Eirene melambai mesra meninggalkan Cailey yang terpinga-pinga di situ.

Cailey menghentak dinding konkrit itu geram. Sangkanya, Eirene seperti lalang, mudah berbolak-balik. Tetapi  sangkaan dia meleset sama sekali. Wanita itu berani melawan dan menyindir dia semula. Tepat pula tu.

"Tak guna..."














to be continued•

Godaan Encik Suami [C]Where stories live. Discover now