B A B 27

34.9K 1.2K 37
                                    














CAILEY datang ke pejabat jejaka pujaannya itu dengan gaya yang angkuh sekali. Beg tangan ditarik semula disangkutkan di pelipatan siku. Meja kaunter di sebelah pintu pejabat CEO itu dituju. Bibirnya terkumat-kamit membaca sebaris nama di atas meja itu.

Iffat Haleena Binti Idris.

"Eww the name...old school!" Kutuk Cailey dengan memek wajah sekali.

Bengkak saja hati Leena melihat gadis kekwat di hadapannya itu. Dengan rambut kelabu asap, keras kejung macam berus tonyoh bontot kuali, tak sedar diri nak kutuk nama orang.

"Ya, ada apa miss datang ke pejabat ketua pengarah?" Tanya Leena cuba menjadi professional.

"Erm Mateen ada? I nak jumpa dia" tanya Cailey seolah-olah dia sudah kenal rapat dengan bos besar syarikat ini.

"Tengku tak ada, dia masuk lewat sebab teman 'wife kesayangan' pergi check-up" sengaja Leena menekankan status Eirene tadi. Biar padan muka minah rambut dawai ni.

"What? Oh wife dia yang sombong tu sakit apa? Dah nak mati ke? Huhuh, padan muka dia" Cailey ketawa jahat.

"Che puan tak sakit apa pun. Mengandung saja. Tapi sakit la juga. Sakit terkena buatan tengku sendiri. Ada masalah apa ya miss?" Soal Leena semula. Puas dapat melihat wajah tak boleh terima hakikat di hadapannya itu.

Leena tersenyum sinis.

"What? Pregnant?! How can?!" Seringai Cailey terkejut barangkali.

"Ya la, boleh aje kalau dengan suami sendiri miss" Leena senyum lebar. Lebih kepada menyakitkan hati.

"No no no! I tak percaya" nafi Cailey melawan hakikat yang terbentang.

"Ikut suka miss la. Bos saya tu tengah bahagia sekarang. Jangan berani-berani nak ganggu dia ya miss. Kalau tak ada hal penting miss balik ajelah" bidas Leena yang semoat memberi amaran pada si 'Charlie' tu.

Cailey jongket bahu tanda dia sedikit pun tidak terkesan dengan ugutan tersebut.

"Well, larangan adalah suruhan. Ciao" Cailey melambai gedik ke arah Leena. Gadis itu hanya membalas dengan jelingan tajam.









EIRENE terpaksa mengikuti Tengku Ferhad ke kedai aiskrim yogurt yang pernah dia singgah waktu mereka berdatinh di dalam mall ini. Katanya, teringin nak makan benda masam- masam. Eirene layankan saya selera suaminya itu. Kut mana pun, nanti suaminya itu akan muntah semula.

Kasihan.

Tengku Ferhad yang sedang menyudu ais krim ke mulut itu dioandang ralit oleh Eirene. Suka betul kehendak tekak dilunaskan.

"I didn't expect this yogurt ice cream was so good. Sayang?" Tengku Ferhad mengangkat sudu mempelawa isterinya di sebelah.

Eirene nganga mukut sahaja lalu disuap Tengku Ferhad.

"Sedap kan?" Tengku Ferhad mengangguk setuju.

"Abang ni, makan ice cream pun Eirene rasa sexy" puji Eirene meluahkan apa yang dia rasa bila berdua-duaan dengan suaminya begini.

Serta-merta darah menyerbu ke wajah. Sipi-sipi Tengku Ferhad menjeling si isteri di sebelah yang sedang fokus memandang dia.

"Stop it sayang, jangan nak sexualised kan ice cream I. We're in public" tegur Tengku Ferhad.

Godaan Encik Suami [C]Where stories live. Discover now