B A B 6

31.8K 1.3K 21
                                    













            TAJAM mata Tengku Ferhad Mateen merenung tingkah laku anaknya Helena Malaiqa. Kebelakangan ini, dia rasakan puterinya itu semakin manja dan cengeng. Sikit-sikit dia nama 'mommy' yang meniti di mulut anak kecil itu.

"Helena, dengar cakap daddy. Jangan susahkan mommy awak lagi" keras nada Tengku Ferhad.

Helena sudah bersembunyi di belakang badan Eirene yang tegak berdiri. Cuak pula si 'mommy' tu apabila berada dalam situasi macam ni.

Apa salah dia?

"Tak apa tengku, saya larat lagi kalau nak dukung dia turun bawah" bela Eirene.

Helena Malaiqa memeluk erat kaki Eirene dan kadang-kadang anak kecil itu mengintai juga melihat wajah daddynya walaupun takut-takut. Comel sangat aksi Helena itu.

"No, I taknak ajar dia supaya jadi terlalu manja. Sampai bila dia nak berdukung macam tu. Lagipun dia dah besar. Makin berat" kata Tengku Ferhad.

"Tapi—"

"Tengku Helena Malaiqa anak I jadi I tahu nak ajar anak I macam mana,"

"Helena, turun sekarang. Ke nak daddy yang naik?" Suara Tengku Ferhad bertukar garang. Eirene kemam bibir bawahnya. Terasa hati juga dengan bidasan Tengku Ferhad sebentar tadi.

"Sayang mommy, jom mommy pimpin kita turun bawah eh? Jangan bagi daddy marah okay?" Pujuk Eirene sedikit bergetar nadanya.

Akhirnya Helena terpujuk juga. Dia memegang hujung t shirt yang dipakai Eirene lalu mereka sama-sama menuruni tangga. Tecebik-cebik dia memandang daddynya yang sedang dingin itu.

"Let's go, we are going to buy some books" ajak Tengku Ferhad dingin sambil memimpin tangan Helena keluar dari rumah banglo itu.

Eirene ditinggalkan dalam keadaan terpinga-pinga.

Lepastu, sekarang dia boleh balik ke tak?

"Daddy, mommy?" Terkebil-kebil Helena memandang wajah tiada senyum daddynya itu. Dia mengharapkan Eirene ikut mereka sekali membeli buku.

Tengku Ferhad hanya diam. Lebih kepada terkelu sendiri sebenarnya. Nampak sangat Helena sudah terlalu selesa dengan Eirene. Hendak kemana-mana pun mahu bersama 'mommynya' juga.

"Anfisa, let's go!" Keras nada itu mengajak Eirene mengikut mereka dua berana keluar sama-sama.

Eirene mencebik geram sambil mengekori mereka berdua dari belakang. Harini majikannya itu datang bulan kot. Tak ada mood semacam saja.

Di dalam kereta pun masing-masing diam melayan perasaan masing-masing. Baik si kecik, baik yang si tua bangka. Tengku Ferhad fokus dengan tab nipis di tangan, Helena pula diam tak banyak karenah dan Eirene pula diam sambil memerhatikan setiap objek sekali dengan figura yang ada di dalam kereta mewah itu.

Pertama kali rasanya dia merasa naik kereta mahal ni. Ada hikmah juga bekerja dengan orang kaya ni. Kalau tak lambat lagi dia boleh feeling-feeling queen naik kereta siap ada driver bagai.

Rolls-Royce kot nyah.





SESAMPAINYA mereka di sebuah kedai buku, kedatangan mereka itu disambut baik oleh pekerja yang menjaga pintu masuk kedai. Siap menunduk hormat pada mereka bertiga. Kekok pula Eirene rasakan.

"Tengku nak cari apa?" Tanya jurujual itu penuh santun.

Tengku Hades terus memberitahu apa yang ingin dibelinya kepada promoter yang ramah itu.

"Boleh tengku, sekejap ya kami carikan"

"Anfisa, you nak beli apa?" Tidak tertinggal Eirene Anfisa, gadis itu juga turut ditanya sama ada mahu membeli buku ataupun tidak.

"Tak apa, saya boleh pergi cari sendiri buku yang saya nak" jawab Eirene yang menunduk sedikit usai Tengku Ferhad mengangguk.

Pusing punya pusing, dari rak sini ke rak seterusnya akhirnya Eirene jumpa juga buku yang dia ada niat mahu beli. Kemudian dia bergerak menuju ke rak novel pula. Dipilihnya buku jualan paling laris yang hanya tinggal sebuah saja lagi di situ.

Mujur sempat ambil.

Sebaik dia berpusing tubuh, nyaris hidung terletaknya itu mahu berlaga dengan sekujur tubuh tegap yang berdiri berhadapan dengannya. Eirene tahan wajahnya dengan buku-buku yang ada di tangan.

"Eh, tengku dah siap beli ke?" Tanya Eirene yang cuba meneutralkan kembali riak wajahnya.

"Dah, tunggu you je. Cepat, kalau dah takda yang nak dibeli pergi letak buku tu dekat kaunter. Nah guna kad I" Tengku Ferhad mengeluarkan kad kreditnya dari wallet.

"Eh saya ke kena pergi bayar?"

Tajam Tengku Ferhad menjeling gadis itu.

"Habis, you ingat I dapat free ke semua buku tu?"

"Takkk! Maksud saya—"

"Pergi bayar sekarang. Sekalikan dengan buku you tu. No objection" keras lelaki itu memberi arahan.

"Okay baik tengku" terkedek-kedek Eirene berjalan ke kaunter mahu membuat bayaran. Jurujual wanita itu sudah tersengih-sengih ke arahnya.

Luku kepala baru tau.

"Erk yang dua ni plastik asing eh" pesan Eirene.

"Semua sekali RM 319.90 sen cik" sebut jurujual itu membuatkan Eirene terlopong sebentar. Datang kedai buku saja kot, habis 300 lebih. Dahsyatnya orang kaya beli buku.

"Pin or wave?"

"Erk..." Eirene lekas menoleh ke arah Tengku Ferhad yang menunggu tidak jauh darinya itu. Kemudian lelaki itu mulai menghampiri.

"Pin—" dari belakang Eirene, Tengku Ferhad membongkok sedikit ke hadapan mahu menekan pin. Berebut-rebut bauan maskulin itu memasuki hidung Eirene. Gadis itu mengemam bibir membuat 'ritual' menguatkan iman di dada.

"Let's go Anfisa"






















To be continued

Godaan Encik Suami [C]Where stories live. Discover now