B A B 15

35K 1.5K 51
                                    















BERWAKILKAN wali hakim, Eirene Anfisa sudah selamat menjadi isteri yang sah kepada Tengku Ferhad Mateen. Alhamdulillah, walaupun terdapat sedikit masalah sebelum mereka diijab kabulkan, Allah telah mempermudahkan urusan mereka.

"Alhamdulillah, dah selesai bab nikah. Sekarang boleh la kalau nak ke sesi pembatalan air sembahyang takpun ke sesi fotografi. Dah halal dah" kata tok kadi dalam nada berseloroh.

Tengku Ferhad memandang ke arah Eirene yang sedang berbual dengan Dhurah di atas pelamin. Riak wajah isterinya sedikit sayu ketika itu. Kemudian dua sahabat itu saling berpelukan.

"Cepat ah along pergi dekat kaklong. Make a move!" Arah Tengku Firhaz tak menyabar nak ambil gambar.

"Sabarlah Tengku Firhaz, tak nampak ke orang tengah buat apa tu" marah Tengku Ferhad geram. Hari bahagia dia pun menyempat lagi nak buat dia marah tau.

"Hye—assalamualaikum" sapa Tengku Ferhad penuh debar saat mengambil tempat duduk di sebelah isteri yang baru dinikahinya itu.

"Waalaikumsalam tengku, hye. Kejap photographer, balance tak kitaorang punya position ni?" Tanya Eirene pada jurugambar.

"Amboi akak ipar, dah sah dah takkan tengku lagi?" Usik Tengku Firhaz dari bawah pelamin sambil tersenyum kambing.

Tengku Ferhad menjeling adiknya itu tajam.

Sibuk betul.

"Habistu, nak kena panggil apa?" Soal Eirene yang tercengang sekejap.

"It's okay Anfisa. Drop the subject for a while. Give me your right hand" kata Tengku Ferhad.

Perlahan-lahan dia menyarungkan cincin permata itu ke jari manis Eirene supaya jurugambar sempat mengambil gambar. Tak payah dia kena ulang dua tiga kali nak sarung cincin pun.

"Okay great. Now the groom, kiss the bride's forehead please" Tengku Ferhad hanya menurut tanpa banyak soal.

Siap sesi pembatalan air sembahyang, barulah mereka bergambar bersama ahli keluarga. Meriah pula suasana bila ramai-ramai berkumpul. Paling kecoh siapa lagi kalau tak bukan Tengku Firhaz dan Tengku Ferisha. Masing-masing posing macam-macam gaya.

Tengku Hazzar dan Tengku Zahira  senyum redha sahaja dengan perangai budak bertuah dua orang itu. Mengalahkan Helena. Kalau tak dikenang hari bahagia anak menantu mereka, dah lama dah dilagakan kepala mereka berdua.













           SEHARIAN tak sempat nak letak punggung, lepas isyak terus Eirene tumbang. Mujur semua orang faham yang dirinya sudah keletihan. Tidurlah dia dua beranak di dalam bilik Helena.

Tengku Ferhad masuk ke dalam biliknya. Pelik. Kosong. Ada beg baju Eirene saja yang ditinggalkan Tengku Ferisha pagi tadi. Isterinya tak ada pula.

Kemudian dia keluar semula dan masuk ke bilik Helena. Barulah dia lega sikit bila ada dua manusia sedang tidur pulas tak sedar apa-apa lagi dah. Ini kalau tak dikejut, memang lepas subuh pun tak bangun.

"Hey, Anfisa bangun, you dah solat ke belum?" Kejut Tengku Ferhad perlahan dan berhati-hati. Tak mahu Helena terjaga sekali.

"Hm tak boleh solat. Period" jawab Eirene yang belum sedar sepenuhnya. Kemudian dia berpusing membelakangi Tengku Ferhad dan sambung bermimpi semula.

"Tak boleh solat pun bangunlah, tidur bilik I" kejut Tengku Ferhad yang mencuba menarik lengan Eirene.

"Ishhh janganlah kacau. Orang nak tidur ni" rengek Eirene tanpa sedar. Tangan Tengku Ferhad diterpis. Helena pun ikut merengek sekali bila ada suara yang menganggu tidurnya.

"Yea, fine" Tengku Ferhad beralah juga. Penat sangat gayanya tu. Dia pun keluar dan masuk ke biliknya semula. Mengantuk. Nak rehat.










             JAM 11, Eirene terjaga. Terasa tidurnya lama sangat-sangat. Dipandang Helena yang masih tidur. Terbit senyuman nipis di bibirnya. Dah jadi mommy express dah dia. Anak rambut yang menutupi wajah Helena itu dikuak ke belakang. Sekilas dahi Helena dikucup lembut. Dengan penuh berhati-hati, Eirene turun dari katil dan menuju ke bilik Tengku Ferhad pula.

"Eh tidur dah ke?" Getus Eirene.

Terjengket-jengket di berjalan dalam samar-samar cahaya lampu tidur itu mahu mengambil sesuatu di dalam beg bajunya.

"Puas dah tidur?"

"Mama! singa sesat datang!" Latah Eirene yang terkejut dengan sapaan suara garau itu. Separuh nyawanya terbang sekejap.

Sekali dengan Tengku Ferhad terkejut masalahnya. Niat dia nak menegur saja.

"Tengku ni, bagilah salam dulu lain kali. Kalau saya teterkam tengku tadi macam mana? Hah? Hah?" Selamba Eirene menyoal.

"You pula I panggil singa betina" jawab Tengku Ferhad tanpa riak.

"Haih dahla. Tumpang lalu, saya nak ke toilet sekejap" Eirene meminta memberi laluan.












PUSING ke kiri tidak kena, ke kanan pun tidak kena juga. Itulah padah tidur awal lepastu terjaga. Nak tidur semula tu dah susah lagi-lagi dia tak ada bantal peluk macam dekat rumah sewa tu. Dijeling Tengku Ferhad di sebelah yang mungkin sudah masuk ke alam mimpi.

Eirene mengeluh lagi.

Pakcik sebelah ni memang tidur tak payah ada bantal peluk ke?

"Kenapa tak tidur lagi?" Serak- serak basah suara Tengku Ferhad ketika menyoal Eirene yang serba tidak kena itu. Dia nak tidur pun tak tenteram.

"Erk sorry kalau kacau tengku tidur" ujar Eirene bersalah.

"I tanya kenapa tak tidur lagi. Soalan I susah ke untuk you faham?"

Eirene menjuihkan bibirnya tak puas hati. Memang itu je ayat tagline pakcik singa ni kalau soalan tak menepati syarat.

"Ss-saya dah tak boleh tidur" jawab Eirene gagap.

"Kenapa? Aircond sejuk sangat ke?"

"Tak bukan masalah tu. Cumanya saya tak boleh tidur kalau takda bantal peluk saya. Saya tak biasa" beritahu Eirene jujur.

Tak bercakap banyak terus Tengku Ferhand menarik tangan Eirene lalu diletakkan di atas dadanya. Kaki kanan Eirene pun sama. Diletakkan bersilang dengan kakinya. Mata Eirene dicelik luas. Selamba saja perbuatansuaminya itu.

"Anggap je I bantal peluk you. Sekarang tidur. Esok kena bangun awal" arah Tengku Ferhad.

"Ba-baik tengku. Goodnight"

"Goodnight"

Eirene yang duduk menempel di badan suaminya itu cuba memejam mata serapat yang mungkin. Berpusu-pusu bauan maskulin itu menerjah masuk ke rongga hidung Eirene.

Menggoda betul.

Kemudian, Eirene dapat rasa belakang badannya ditepuk perlahan sehingga dia boleh tertidur dengan sendirinya.

Dengan mata yang terpejam, bibir Tengku Ferhad menyenget sedikit bila dia dah mula dengar dengkuran halus di tepi telinganya.
























•to be continued•

Godaan Encik Suami [C]Where stories live. Discover now