B A B 2

38K 1.4K 30
                                    












TENGKU FERHAD MATEEN sedang menghubungi seseorang di luar bengkel. Mungkin berkaitan dengan hal kerja kot. Eirene tidak ambil pusing tentang itu, susuk tubuh tinggi lampai itu di kerling sekilas saja. Geramnya tak habis lagi. Kesian Dhurah kena urus kedai sorang-sorang. Mujur sahabatnya itu faham situasi dirinya sekarang ini.

"Cik, mana big boss kita tadi?"

Eirene sedikit terperanjat mendengar sapaan dari belakang itu. Kus semangatnya sebentar. Eirene senyum nipis memandang mekanik di hadapannya. Kening dijongket bagai bertanya semula tentang soalan yang diajukan sebentar tadi.

"Big boss mana?" Ulang mekanik berbangsa cina itu lagi.

"Oh, tadi dia cakap telefon di luar. Kejap saya panggilkan"

Baru berura-ura mahu keluar memanggil pakcik sombong itu, tiba-tiba Tengku Ferhad sudah muncul di hadapannya. Eirene mengusap dadanya perlahan. Hampir-hampir mahu berlaga tadi. Mujur sempat brek dengan kaki.

"Macam mana dengan kereta I?" Tanya Tengku Ferhad tentang keadaan keretanya.

"Oh kereta you ah, kecil punya masalah saja. I dah settlekan" Jawab mekanik yang bernama Ah Soon itu.

"Ouh thank you. Dah baiki tu, berapa harga I kena bayar?" Tanya Tengku Ferhad.

Bila lelaki itu mula bertanyakan kos baiki, Eirene mula cuak.Dia tahu, kalau kereta mewah seperti itu, agak tinggi kosnya. Mana nak cekau duit ni? Duit simpanan cukup-cukup nak bayar balik pinjaman bulan ni. Duit belanja? Hm nanti kena kira-kira lain.

"Oh pasal payment, dengan big boss kita bagi RM8500 saja"

Tengku Ferhad memandang gadis di sebelahnya itu dari ekor matanya sahaja. Satu senyuman dia ukirkan. Yang pasti, senyuman yang menyakitkan hati.

Berderau darah Eirene mendengar sebut harga kos perbaiki kereta yang dilanggarnya tadi. Puasa lah nampaknya cik Eirene kita bulan ni. Eirene gigit bibir bawahnya sambil melarikan pandangan ke arah lain.

Tengku Ferhad memberi isyarat kepada mekanik tersebut untuk dia berbincang sebentar dengan Eirene Anfisa. Lengan Eirene yang beralas kain blaus itu dia tarik ke sudut yang sedikit privasi.

"So how? You ada cash nak bayar sekarang?" Tanya Tengku Ferhad.

Eirene Anfisa jeda sebentar. Lantai simen berlengas dengan minyak hitam itu lebih menarik pandangannya tika ini.

"Hello, I'm talking to you little girl not with the abandon rims there" tegur Tengku Ferhad.

Ceit!

Eirene berdecit perlahan.Satu,dia tak suka lelaki ini memanggil dirinya dengan panggilan 'little girl' itu. Keduanya, Eirene tak tahu nak minta diskaun bayaran ganti rugi tu macam mana. RM8500 tu bukan nilai yang kecil. Dia juga perlu bayar sewa rumah, duit kereta, sewa kedai dan belanja harian. Memang tak cukup.

"Tak boleh diskaun ke?" Soal Eirene selamba dengan pakej wajah minta belas.

"Wait"

Eirene Anfisa perhati saja tingkah Tengku Ferhad yang mengeluarkan telefon dari kocek seluar slack yang dipakainya.

"Hello Leena, I cannot attend the meeting with Dato' Dzulfiqar today. Emergency case. Can you ask Tengku Firhaz to represent me in the meeting? I'm so sorry" maklum Tengku Ferhad.

Selang beberapa minit, panggilan ditamatkan. Tengku Ferhad berbalik semula kepada perbincangan mereka sebentar tadi.

"Discount? You ask me for discount? Seriously? You ingat I tengah jual barang dekat supermarket ke?" Bidas Tengku Ferhad.

"Tongkang besi je pun, buat apa sampai lapan ribu lebih?! Ingat saya mampu ke? Bayar ansur-ansur saya boleh la consider lagi" jawab Eirene.

"What? Are you kidding me little girl?" Tengku Ferhad sudah mula membara. Apa ingat dia je tahu bagi cik Eirene kita panas. Cik Eirene Anfisa pun reti la.

"I tak suka kerja yang tertangguh.I nak you bayar duit tu cash. Yea, I might be cruel but I don't care" kata Tengku Ferhad lagi.

Melopong Eirene mendengarnya. Tubuh Tengku Ferhad dia pandang dari atas ke bawah seakan tidak percaya.

"Encik, jumlah lapan ribu lima ratus tu banyak tau bagi rakyat marhaen macam saya ni. Bertolak ansur lah sikit" rungut Eirene.

Tengku Ferhad mengeluh berat. Kasihan juga melihat gadis kecil ini. Tapi cara Eirene agak melampau dan menjengkelkan baginya. Tengku Ferhad berfikir sebentar.

"Okay fine. Lets make it easier. You mampu bayar cash atau tak?"

Eirene Anfisa senyum sinis.

"Encik sendiri tahu jawapan dia"

"Okay fine, kalau you tak mampu I ada pilihan kedua. Ini saja jalan untuk selesaikan masalah ni" cadang Tengku Ferhad.

"Apa?"

"Kerja dengan I. Automatic hutang you pada I akan langsai" beritahu Tengku Ferhad.

"Kerja apa? Halal ke tak kerja ni? Haram-haram taknak main eh" Tanya Eirene acuh tak acuh.

"Oh I hate illegal things. Of course the halal one. Nak ke tak? Or you rela nak bayar cash sekarang?" Duga Tengku Ferhad pula.

Aduh ingat zaman apa main kerja-kerja sambilan bayar hutang ni. Pakcik ni hidup zaman protosejarah ke apa.

Usai mengambil masa berfikir dan bertanya pendapat pada sahabatnya Dhurah, akhirnya Eirene terpaksa bersetuju juga dengan cadangan kedua tersebut.

"Okay then, give me your 'real' phone number as a guarantee. I takut you tipu I" pinta Tengku Ferhad yang menekankan sedikit perkataan 'real' itu. Sekarang musim scammer. Buatnya dia kena tipu, mana nak cari balik budak ni?

Mahu tak mahu, walau dalam keterpaksaan Eirene memberi juga nombor telefonnya pada lelaki itu. Tak pasal-pasal dah masuk dalam kandang buaya harini. Punah segalanya.



















To be continued...

Godaan Encik Suami [C]Where stories live. Discover now