B A B 16

36.3K 1.4K 85
                                    














EIRENE ANFISA duduk bersila di atas katil sambil membelek dan merepost gambar perkahwinannya yang ditag oleh rakan-rakan yang hadir ke majlis pernikahannya. Tengku Ferhad? Suaminya itu tengah mandi.

'Selamat pengantin baru Rene'

'Sweet couples. Congrats @Eirenef, I'm so happy for you'

'Semoga bahagia selalu sahabatku @Eirenef. Selamat pengantin baru'

Kesemua ucapan itu mampu membuat Eirene tersenyum sorang- sorang. Masakan tidak, dia sendiri rasa macam tak percaya saja yang dia sudah pun bersuami. Bekas majikan sendiri pulak tu suaminya itu.

"Hey, tak payah focus sangat dengan phone tu. Pergi mandi sekarang" arah Tengku Ferhad yang baru saja keluar dari bilik air.

"Keja— omo mata saya tidakkk!" Kalut Eirene menutup mukanya dengan kedua belah tapak tangan.

"What's wrong with you Anfisa?" Soal Tengku Ferhad pelik.

"Tengku tak pakai baju lagi. Pergi pakai baju sana. Sejuk ni, aircond 16 kot" celoteh Eirene seperti bertis goreng dipagi hari.

"Okay" selamba saja Tengku Ferhad menuju ke walk in wardrobe untuk memakai baju.

Dengan keadaan membelakangi, Eirene sempat curi-cuti melihat suami sendiri pakai baju. Dari belakang pun sumpah seggsy habis. Eirene meneguk liur yang terasa pekat.

Duda ke teruna lagi ni?

Gulp!

Kotor kau Eirene.

"Eirene Anfisa! I don't know what's in your mind now, but please I count in three, if you still there you better watch out" tegas Tengku Ferhad memberi arahan seraya mematikan lamunan Eirene yang sesat entah ke mana itu.

"One..."

"Oh-hah?" Eirene masih tercengang.

"Two..."

"Eh nanti-nanti tengku! Ya saya mandi sekarang" kalut Eirene mahu turun dari katil super king itu. Berdesup dia berlari masuk ke dalam bilik air.

Tengku Ferhad menggeleng kepala runsing. Baru sehari, dia dah tahu dah tahap kenakalan isterinya itu mampu pergi ke level mana. Bukannya dia tak nampak Eirene duk intai dia pakai baju tadi dengan muka yang merona merah. Saja je dia buat-buat tak nampak.









             "KENAPA semalam mommy tak teman Helena tidur? Shian Helena, bangun pagi tadi dah sorang-sorang" Helena Malaiqa sudah mula bersoal siasat dengan mommynya.

"Sweetheart, you kan dah 4 tahun. Kena la belajar tidur sendiri" sokong Tengku Ferhad dari tepi.

"Kenapa daddy yang dah tua kena tidur dengan mommy? Before this, daddy kan tidur sorang-sorang" balas Helena lagi.

Hah sudah....

Masing-masing tergenap sebentar.

"Sebab daddy dah jadi suami mommy. Sebabtu mommy kena teman daddy tidur. Kalau tak mommy berdosa, Allah marah mommy" giliran Eirene pula menjawab.

Godaan Encik Suami [C]Where stories live. Discover now