Bab 1

9.8K 278 14
                                    

Hans Xavier & Nur Isabella

   Mata tajam helang milik jejaka tersebut, tepat dan dalam memandang target yang harus dicapai. Pistol kegemarannya dipegang erat sebelum dirinya menarik nafas.

Bang!

Sekali tembakan, dia berjaya mencapai target yang dia inginkan. Tidak pernah dia terlepas dan sentiasa berjaya.

Dialah Putera Hans Xavier. Jejaka idaman Malaya.

Siapa je yang tak kenal dengan dia?

Dia kacak, kaya, badan berotot, kacak, kacak dan kacak! Dia sangat sempurna dalam segalanya. Dahlah ketua mafia, lepastu ada syarikat yang sangat famous di Malaysia termasuk negara keturunannya iaitu Rome.

Semua gadis mahu berada di sampingnya tapi hanya sementara. Tiada lagi yang kekal bersama Xavier yang sangat terkenal dengan sikap berubah dalam pilihannya.

"Gempak la bro! Macam mana nak jadi macam kau? Tak pernah terlepas!" tinggi pujian ikhlas dari kawan baiknya, Haiqarl Daniel.

Bibir Xavier senyum sinis. Pistol kesayangannya disimpan di dalam beg dan rambut yang jatuh kehadapan itu, ditolak ke belakang.

'Rasa macam perlu potong rambut' bisik hati kecil Xavier. Kain lap pemberian pembantunya diambil dan dilap peluh.

"Kau nak pergi club tak malam ni?" tanya kawan baik yang lainnya, Putra Aryan Xander. Manakala seorang lagi sedang menikmati pemandangan disitu, siapa lagi kalau bukan Rosean Kim.

Haiqarl seorang yang selalu sibuk dengan dunia pekerjaan, Aryan pula playboy terkenal manakala Rosean juga playgirl berjaya.

Xavier memang kaki perempuan tetapi dia tak mencari melainkan gadis itu sendiri datang inginkannya. Jadi dia layan sahajalah sampai bosan. Lepas bosan, dia lepaskan gadis tersebut.

Xavier memang tak pernah merasai cinta. Bagi dia, cinta itu menyusahkan jadi dia hanya bercinta sekejap dan lepastu putus.

Putus cinta tidak langsung berikan dia rasa sakit melainkan gadis yang bercinta dengannya sahaja. Awal-awal Xavier dah pesan yang jangan letak harapan, tapi semua gadis aka bekas kekasihnya menaruh harapan.

Nak kata bodoh, tapi itu lumrah kehidupan.

"Club? Malam ni tak boleh lah, Lisa ajak aku lepak" Xavier mengambil kesempatan untuk mengemas barangnya.

Aryan mencebik, "ceh, bukan kau tak pernah ponteng date sebelum ni kan?"

"Malam ni aku nak putus dengan perempuan tu, dia melebih sangat jadi aku terpaksalah datang malam ni. Don't worry lah, esok malam aku janji aku datang club."

"Yelah-yelah. Jom pergi makan"

"Jom"

Skip

"Yah!" punching bag yang berada dihadapannya ketika ini, ditumbuk dan disepak. Tidak pernah kenal erti penat. Aktiviti kesukaan lah katakan.

Peluh yang merecik itu langsung tidak menghalangnya. Dia minat dan hanya ini masa dia ada sebelum pulang untuk berehat.

Selepas beberapa tumbukan, dia akhirnya berhenti. Beberapa mata lelaki tatap tajam memandang gadis tersebut.

( ✔ ) Xavier's CupcakeWhere stories live. Discover now