Bab 14

2.7K 151 6
                                    

Hans Xavier & Nur Isabella

"Kahwin! Kahwin! Wooooo! Jantan playboy akhirnya kahwin guys!" jerit Putra Aryan Xander di sekitar mansion Alexander Iman dan Hans Xavier.

Hari ini, dilangsungkan majlis pernikahan Xavier dan tunangnya, Nur Isabella. Mereka akan bernikah di mansion dahulu dan majlis sanding di sebuah dewan.

Ini pun atas permintaan Isabella yang mahukan majlis simple. Walaupun simple, tapi tambah dengan idea mewah Alexander, jadi lain macam!

Haiqarl Daniel dan Rosean Kim yang sibuk setelkan majlis itu, menjeling tajam si Aryan. Suka sangat buat kecoh!

"Woi Aryan! Kalau kau tak nak tolong, baik jangan masuk majlis cucu aku!" tengking Alexander yang sakit telinga dia dengar jeritan Aryan.

Aryan sebenarnya tak puas hati, kenapa Xavier kahwin dulu dan bukan dia?

"Alahhhh ayahanda ni! Orang gurau je" Aryan pergi menolong Haiqarl.

"Ayahanda! Tok kadi dah sampai" Rosean yang handle bahagian tetamu dan tok kadi.

"Baik! Suruh dia masuk!" Alexander menarik tangan Hasya Arianna perlahan yang sedang susun gift di meja di hadapan pintu. "Pergi beritahu Isabella untuk turun."

"Baik ayahanda" Hasya berhentikan kerjanya dan naik tangga untuk ke tingkat dua.

Xavier salam tok kadi dan berjalan di samping tok kadi tersebut. Muhd Ikram yang juga berada di samping Xavier itu hanya diam.

Dia masih susah nak terima kenyataan yang adiknya nak kahwin.

Selepas beberapa minit, Isabella turun sambil dipimpin Hasya dan Ayra. Wajah cantik Isabella dengan berbaju kurung moden yang berwarna putih itu, dijadikan tumpuan semua orang.

Tetamu-tetamu penting yang hadir, tidak henti memuji kecantikan cucu angkat perempuan Alexander dan tunang Xavier.

Isabella duduk di atas pelamin yang disediakan. Disampingnya, Ayra dan Hasya menemani. Walaupun senyuman terukir di bibir, Isabella masih gementar di dalam hati.

Dia sedikit terkilan kerana tiada keberadaan arwah ibu dan ayahnya. Kalau ada, mesti lebih indah kan?

Tok kadi membaca beberapa syarat penting dalam Islam untuk perkahwinan. Xavier yang duduk berhadapan tok kadi itu menghadam segala yang dibicarakan tok kadi tersebut.

Dia ingin menjadi suami yang taat terhadap isterinya. Dia nak Isabella jadi gadis paling bahagia di dunia dan di akhirat.

"Ehem, boleh kita mulakan majlis sebenar?" soal tok kadi di situ. Alexander, Ikram dan Xavier mengangguk.

Ikram mengambil tempat. Dia yang akan menikahkan Xavier dan Isabella. Sebagai wakil keluarga selepas arwah ayahnya, inilah tanggungjawab sebenar Ikram untuk melepaskan adiknya.

Air mata ditahan. Rasa sebak di hati, sangat menekan jiwa Ikram.

"Putera Hans Xavier"

"Ye saya"

"Aku nikahkan dikau dengan adikku, Nur Isabella bin Muhammad Imran dengan maskahwinnya, 100 ribu ringgit tunai"

( ✔ ) Xavier's CupcakeWhere stories live. Discover now