Bab 3

3.9K 235 15
                                    

Hans Xavier & Nur Isabella

   Setelah 20 minit di atas jalan raya yang sentiasa jem, Hans Xavier tiba juga di restoran yang disuggestkan oleh kawan baiknya, Putra Aryan Xander.

Nasib hari ni dia pakai kemeja je, kalau pakai kot baju, memang stress lah Xavier jadinya. Sudahlah restoran ni ramai orang!

"Aryan!" panggil Xavier apabila matanya dapat menangkap Aryan yang fokus memandang hadapan restoran.

Dari waktu Xavier dalam perjalanan, Aryan masih dalam posisi sama. Mata asyik terpaku melihat gadis yang diingininya aka Ayra Medina.

Mendengar panggilan Xavier, Aryan pusing dan memandang Xavier. "Ni lah Melayu, kata 10 minit, dah masuk 20 minit aku tunggu!"

"Jem duh! Kau ingat aku sengaja ke?" Xavier berlaga tumbuk dengan Aryan.

"Suka hatilah kaulah. Dah jom masuk" mereka berdua mencari-cari tempat duduk setelah masuk ke dalan restoran.

Apabila Xavier dah nampak satu tempat duduk yang kosong, tubuhnya dilanggar dari belakang. "Wei buta ke?!" tengking Xavier apabila dia dilanggar.

Nur Isabella pusing memandang Xavier apabila dia ditengking. "Aku buta? Kau yang berdiri macam orang bodoh tengah-tengah jalan dah kenapa?"

"Kau nak salahkan aku? Kau kalau tanya baik-baik, tak adanya aku ditolak macam ni. Bukan nak minta maaf, melawan lagi adalah!" satu pantang larang Xavier ialah orang melawan kata-katanya, lagi-lagi perempuan.

Isabella sengih, "aku nak minta maaf? Memang taklah! Kau yang salah, ada hati nak salahkan aku"

"Eh perempuan ni, kau memang sengaja cari gaduh kan?" Xavier kehadapan. Aryan yang menjadi penonton itu tidak langsung ingin membantu.

Isabella berjalan kehadapan juga. Xavier dan Isabella, masing-masing menghadap antara satu sama lain. Cuma beza ketinggian je. Isabella pendek paras bahu Xavier.

Xavier pulak tinggi kemain galah.

"Kau kan perempuan, susah sangat ke nak minta maaf?" dalam pandangan Xavier terhadap Isabella.

"Memang susah. Kau boleh je kan minta maaf?" giliran Isabella pula. Dia ada ego yang sangat tinggi!

Saat Xavier ingin membalas, Muhammad Haikal datang, "maaf lambat Bella. Tandas penuh tadi"

Xavier melarikan pandangan dan memandang Haikal. "Kau buat apa dekat sini Kal?" tanya Xavier. Pelik jugak Haikal kenal gadis dihadapannya.

Haikal gelak, "kau ni, aku datang sini dengan pekerja aku. Ni assistant aku, Nur Isabella dan dia ni sepupu kepada isteri aku. Bella, ni sepupu saya, Hans Xavier"

Isabella jeling sahaja Xavier, "tak apa bos, saya pun baru je dapat meja. Jomlah makan dari bercakap dengan lelaki ego tinggi ni"

Eh cakap dengan cermin ke?

"Woi perempuan! Kau tu pun ego tinggi, ada hati nak cakap aku ego. Nasib je restoran ni tak ada cermin tau!" makin tinggi kemarahan Xavier.

Aryan masuk campur akhirnya, "memandangkan meja pun tak banyak, apa kata kita makan sama-sama dengan Haikal dan Isabella kan? Ha okay tak Kal?"

Haikal mengangguk, "aku okay je, lagi meriah. Awak okay tak Bella?"

"Kalau bos dah cakap macam tu, saya terima je. Lagipun bos dah belanja makan. Jomlah duduk sana" Isabella jalan dulu meninggalkan tiga lelaki tersebut.

"Assistant kau tu memang perangai dia macam tu ke? Keras kepala" Xavier masih tak puas hati dengan Isabella.

"Maaflah. Lepas kejadian lelaki mainkan perasaan dia, dia jadi kasar. Lagipun dia baik dengan orang yang rapat dengan dia je" Haikal pun kesian dengan Isabella.

Dulu Isabellalah orang paling ceria dalam syarikatnya. Senang mesra dengan orang dan mulut tu mudah keluarkan kata maaf.

Cuma sekarang je berbeza.

Xavier hanya mengangguk sebagai balasan. Cantik tu memang cantik cuma perangai dia yang buat Xavier tak suka.

Mereka saling duduk dimeja makan. Haikal bersebelahan Isabella dan berhadapan Aryan manakala Xavier berhadapan Isabella.

Mata mereka berdua saling membalas pandangan tajam. Dua-dua tak puas hati.

Waiter kesukaan dan yang dikejar Aryan tiba di meja mereka. Dia menghulurkan empat buku menu, "sila pilih menu yang awak semua mahukan" senyum diberikan oleh Ayra.

Isabella mengangkat kepalanya saat suara Ayra bergema di gegendang telinganya, "eh Ayra! Kau kerja sini ke?"

"Bella? Tak sangka pulak betul tekaan aku. Haah, aku kerja sini sementara tunggu keputusan syarikat yang aku mohon kerja" mudah sikit kerja Ayra.

Sedikit Aryan tak percaya apabila Isabella kenal dengan Ayra.

Mereka berempat membaca menu yang ada. "Dah siap pesan?"

Haikal memberikan pesanannya dahulu dan diikuti Aryan yang asyik menatap wajah Ayra. Sangat cantik.

"Encik dan Bella dah tahu nak makan apa?" tanya Ayra lagi.

"Bagi grilled lamb chop dan jus apple" serentak Xavier dan Isabella menyebut pesanan mereka. Setelah sedar dengan pesanan sama, mereka saling balas pandangan tajam.

"Asal sibuk makan apa aku makan?" kata Xavier.

"Kau ingat aku hamak nak ikut? Aku pun nak makan benda tu!" Isabella memang teringin nak makan daging hari ini walaupun dia tak suka daging.

"Baik kau tukar! Aku tak nak makan sama dengan kau!"

"Ni bukan restoran kau! Suka hati akulah!"

Mereka melawan mulut sehingga Aryan menghentak meja makan. Terdiam Xavier dan Isabella yang terkejut dengan hentakan meja.

Senyuman manis Aryan berikan kepada Ayra, "cik Ayra yang cantik serta manis rupanya, itu sahaja pesanan kami"

Memerah wajah Ayra setelah dipuji Aryan yang sangat kacak. Bukan dia tak perasan Aryan pandang dia.

Ayra mengangguk laju dan menunduk dihadapan mereka, "baiklah. Sila tunggu pesanan siap ye"

Selepas Ayra beredar, Aryan tajam memandang Xavier dan Isabella, "korang dua ni tak malu ke bergaduh dalan restoran? Ramai orang pandang tau"

"Perempuan ni yang mulakan. Melebih"

Eh?

"Woi jantan, kau yang start tau! Suka hati nak tuduh aku" Isabella rasa nak piat je telinga Xavier.

"Benda betul kan? Sejak bila aku tuduh? Kalau kau ikut je apa aku cakap, tak adanya jadi macam tadi" Xavier tetap ikut ego dia. Nak menang.

"Ah kau. Tak gentleman langsung! Dengan perempuan pun nak menangkan ego tu. Dasar tak tahu malu" balas Isabella.

"Kau kan-"

"Sudahlah tu! Ey asyik gaduh je dari awal jumpa sampai sekarang! Ada karang aku kahwinkan baru tahu!" Aryan dah lama tahan sabar.

"Tak nak aku kahwin dengan perempuan tak reti hormat orang ni" Xavier menjeling Isabella.

"Aku pun tak hamak nak kahwin dengan jantan tak reti mengalah ni" balas Isabella lagi.

"Benci lah benci, karang tuhan terbalikkan benci tu jadi suka baru tahu" Haikal yang menjadi penonton setia, mula membuka mulut.

"Memang taklah!" balas serentak Xavier dan Isabella.

"Jangan tirulah!"

Dan mereka serentak lagi.

Bersambung

( ✔ ) Xavier's CupcakeWhere stories live. Discover now