Bab 13

2.7K 150 4
                                    

Hans Xavier & Nur Isabella

Barang-barang hantaran yang sudah dibeli itu, dihias oleh pekerja-pekerja yang dibayar oleh Rosean Kim. Sebagai pengatur majlis, Rosean akan lakukan yang terbaik.

Ketua mafia nak kahwin kot, mestilah wedding kena grant habis!

Duit pulak Alexander Iman tak kisah. Alexander berikan kad hitamnya kepada Rosean. Dia hanya perlukan majlis yang mewah dan terpaling istimewa.

Alexander langsung tak kisah harga barang-barang yang akan dibeli, yang penting, cucu kesayangannya itu dapat majlis yang terpaling mewah pernah dilakukan di Malaysia.

Itulah impian Alexander dari dahulu. Dia harap sangat Hans Xavier kahwin dan dapat menunaikan hasratnya.

Memang empire milik Alexander itu akan diberikan kepada Xavier, tapi Alexander sengaja buat syarat mengarut ini untuk Xavier kahwin.

Xavier pula jenis ikut je cakap orang tua. Jadi impian Alexander ditunaikan jua.

"Bunga tu nampak senget, betulkan balik" arah Rosean. Majlis ni kena sempurna.

Tak boleh ada cacat cela. Mereka hanya ada masa lagi tiga hari untuk siapkan majlis nikah.

Baju Nur Isabella dan Xavier pun disiapkan dalam masa seminggu. Tak kisahlah sesusah mana bajunya, kalau duit diberi tak kisah harga, memang cepatlah siap.

"Cantiknyaaaa!" Ayra Medina dan Hasya Arianna yang baru sahaja tiba, memuji pelamin milik Isabella dan Xavier.

Walaupun Ayra tunang dulu, majlis Ayra akan dijalankan bulan hadapan jadi Isabella dan Xavier kahwin dulu.

"Gempaklah kau Rosean! Cantik siot!"

"Mestilah. Kau tengoklah duit pun, memang gempak lah" Rosean bukan nak belagak tapi bila Alexander pesan buat je majlis tak perlu tengok harga, buatkan Rosean rasa bersyukur sangat.

Tak perlu susah-susah tengok harga barang. Dia rasa sesuai, dia beli terus.

"Haish untung sangat Bella ni. Aku entah bila nak merasa jadi isteri orang" keluh Hasya. Dia dah cuba try Haiqarl Daniel, tapi susah.

Haiqarl tu bagaikan batu. Tak ada perasaan.

"Kau kena sabarlah Hasya. Haiqarl tu memang macam tu orangnya. Dia sebenarnya suka kau, tapi tak tunjuk" pesan Rosean. Dia kenal sangat dengan perangai Haiqarl.

Haiqarl memang reti berkata manis tapi dia susah nak maksudkan setiap kata-katanya. Dah kalau dibesarkan tanpa kasih sayang yang cukup.

Memang dibesarkan oleh keturunan yang bagus tapi ibu ayah Haiqarl selalu sibuk 24 jam. Haiqarl perlu berdikari dari umurnya 7 tahun.

Semuanya tegas. Jadi Haiqarl sukar untuk luahkan rasa sayangnya.

"Yeah aku tahu. Hurm tak apalah. Yang penting, lusa malam berinai. Tak sabar aku nak join!"

"Untunglah boleh join. Aku kena tunggu malam berinai aku"

"Tabahlah Ayra. By the way, Rosean, ada yang kitaorang kena tolong tak?"

( ✔ ) Xavier's CupcakeWhere stories live. Discover now