Ending 3 : Bab 40 : Last

4.8K 186 36
                                    

Hans Xavier & Nur Isabella

[ 🧁🧁🧁 ]

[ 3 tahun kemudian ]

Beg sekolah milik Putera Haidar Iffat diletakkan di bonet kereta, termasuk beg-beg anak-anaknya yang lain. Nur Isabella kalut susun segala keperluan untuk dibawa sebelum keluar rumah.

"Sayang! Anak-anak dah susun dalam kereta belum?!" jerit Isabella dari luar rumah. Mereka sekarang sedang bersedia untuk keluar satu keluarga ke hari pertama sekolah Haidar.

Isabella dan Hans Xavier bawa 10 anak mereka untuk hantar Haidar. Tahun lepas, Isabella melahirkan kembar iaitu Puteri Hawa Indah dan Putera Hayyan Irsyad.

Bukan sahaja Isabella, Ayra Medina juga beranak seorang anaknya, Putri Aazeen Xakira. Termasuk Nur Aaira yang bulan lepas melahirkan Nik Dianz Azmir.

"Kejap!" Xavier angkat satu-satu anaknya untuk diletakkan dalam kereta. Xavier bawa van yang khas untuk mereka sekeluarga keluar atau bercuti.

Tapi kali ni, dibawa untuk hantar Haidar ke sekolah. Isabella lah semangat nak hantar anak pertamanya.

Seorang demi seorang disusun di dalam kereta. Semua adik-adik Haidar di letakkan di kerusi budak. Hanya Haidar yang duduk tanpa kerusi khas untuk budak.

"Cinta tolong bawak Hayyan masuk kereta. Dia tak nak sayang bawak dia" satu sifat Hayyan adalah hanya mahukan mama daripada papa.

Hayyan antara lawan Xavier untuk dapatkan Isabella.

"Ha yelah" Isabella yang dah selesai masukkan semua barang-barang keperluan, masuk ke dalam rumah baharu mereka yang mereka baru pindah tahun lepas.

Sebuah rumah yang digelar mansion home dan rumah ini mempunyai 14 bilik tidur serta 17 bilik air. Setiap satu bilik, ada penghuninya.

Hanya 1 bilik sahaja yang disediakan untuk tetamu.

Alexander Iman tinggal dengan Xavier dan Isabella. Atas permintaan Isabella.

Mansion lama Alexander diberikan kepada Muhd Ikram dan Rosean Kim untuk tinggal disana.

"Ayahanda pergi dengan Haiqarl kan?" tanya Isabella. Haiqarl Daniel dan Hasya Arianna pun hantar Nur Husna dan Nur Huda ke hari pertama sekolah mereka yang satu sekolah dengan Haidar.

Cuma bezanya, Husna dan Huda masuk 6 tahun tadika manakala Haidar darjah 1.

Ayra dan Putra Aryan Xander pun hantar anak pertama mereka yang bakal satu kelas dengan Haidar, Putra Aatif Xakir, manakala Putri Aafiyah Xakira masuk tadika 5 tahun.

Ikram dan Rosean juga hantar Izyan Rais dan Izzara Raissa masuk 6 tahun, sama tadika dengan Husna dan Huda.

"Ye. Jangan risaulah Bella. Yang penting sampai sekolah tau?" Alexander dah semakin tua tapi masih nampak segak. Usia dah masuk 80 woi!

Tapi Alexander tua yang istimewa. Dia jarang dapat penyakit!

Cuma selalu penat dan suka tidur. Itu je sifat Alexander selepas dah berusia ni.

"Baiklah. Hati-hati tau ayahanda? Apa-apa nanti call je Bella" Isabella antara orang paling nak jaga Alexander ketika Alexander dah tua ni.

( ✔ ) Xavier's CupcakeWhere stories live. Discover now