Bab 4

3.8K 219 27
                                    

Hans Xavier & Nur Isabella

Siaran yang disiarkan di televisyen, ditonton oleh Nur Isabella sambil mulut mengunyah popcorn yang dibeli oleh Muhd Ikram. Seronok malam-malam makan sambil tonton TV.

Dengan secara tiba-tiba, fikiran Isabella teringat akan kenangan dia dan Putera Hans Xavier. Bukan kenangan manis tapi pahit!

"Haish! Asal aku boleh teringat jantan ego tu? Otak ni!" tangan kanannya digenggam penumbuk dan dia menumbuk kepalanya sendiri.

Dia tak nak ingat Xavier, dia benci adalah!

"Kau gila ke tumbuk kepala sendiri?" tanya Ikram yang baru sahaja habis mandi. Dia dengan bertshirt putih itu turun ke ruang tamu.

Sisi sebelah Isabella dijadikan tempat duduknya dan popcorn di dalam mangkuk yang dipegang Isabella itu dinikmati.

"Kau tahu tak abang, aku jumpa jantan paling ego dekat dunia ni tau!" kata Isabella. Dia nak bergosip!

"Bukan kau ke paling ego?"

"Itu lain! Dia ni lagi ego dari aku! Annoying tahu tak?" keluh Isabella. Sumpah dia benci Xavier. "Siapa jantan tu?"

"Seingat aku kan, dia sepupu Haikal. Nama dia Hans Xavier tak silap" jawab Isabella. Mendengar akan nama Hans Xavier, Ikram duduk tegak, "kau seriuslah? Putera Hans Xavier?!"

"Haah. Abang kenapa?"

"Dia ketua mafia dekat Malaysia ni tau! Syarikat dia pulak syarikat paling famous!" ujar Ikram dengan penuh semangat.

Dia tak sangka adiknya kenal dengan lelaki yang paling terkemuka di Malaysia.

"Dia ketua mafia ke, syarikat femes ke, aku tetap benci dia! Dia ingat aku akan hormat dia? Memang taklah!" Isabella langsung tak kisah, walau apa pun Xavier tu, dia akan tetap dengan pendiriannya.

Ikram menggeleng perlahan kepala, "hati-hati jelah. Dia tu bahaya tau"

"Kisah pulak aku? Ey pergilah ambik popcorn sendiri!" Isabella rampas mangkuk yang dipenuhi popcorn itu dari tangan Ikram.

"Alah abang jugak yang beli kan?" tak puas hati Ikram. Dia yang beli tau!

"Abang beli ke apa, ada kaki dan tangan kan? Pergi ambik sendiri" Isabella sambung makannya semula. Ikram tak mampu buat apa dan berdiri untuk mengambil popcorn di dapur.

Skip

"Apa maksud ayahanda? Hans kena kahwin?" ujar Xavier sambil matanya memandang atok angkatnya, Alexander Iman. Alexander masuk Islam selepas mengambil Xavier sebagai anak angkatnya.

Alexander minum segelas jus oren. Bagi dia, jus oren minuman yang berjaya buatkan dia lupakan minuman keras.

"Yes my child. You have to get married to take my empire" balas Alexander. Dia nak cucu sebenarnya.

Jadi dia letakkan syarat untuk Xavier kahwin. Kalau tak, sampai mampus lah Xavier tu tak akan kahwin.

"Lah ayahanda! Hans ni satu-satunya cucu ayahanda tau, ayahanda kurangkan lah sikit syarat tu!" Xavier cuba memujuk atok kesayangan. Dia tak nak berkahwin, apatah lagi ada anak.

( ✔ ) Xavier's CupcakeWhere stories live. Discover now