Bab 30

3.3K 177 26
                                    

Hans Xavier & Nur Isabella

Cawan kopi di tangan, ditujukan ke mulut untuk dirinya sedut minuman tersebut. Suasana pagi di dunia Rusia ini berikan rasa lain untuk Nur Isabella.

Cuaca yang sejuk dan aman. Kawasan tempat tinggal makcik Haiqarl Daniel jauh di kawasan perkampungan jadi agak sunyi sedikit.

Dah nak masuk 5 bulan dia berada di dunia Rusia ini bersama-sama anak pertamanya, Putera Haidar Iffat.

Haidar yang jenis kurang meragam ini sangat memudahkan Isabella. Bagi susu je, terus tidur Haidar. Nak main pun kurang sebab Haidar jenis suka main sendiri.

Hasya Arianna datang dengan tangan mengusap perutnya yang semakin kedepan. Memang beranak ni dekat Rusia lah ni.

"Kau buat apa?" tanya Hasya sambil dia tarik kerusi dihadapan Isabella untuk duduk. Isabella pandang Hasya.

"Cuma ambik angin pagi."

"Kau macam mana sekarang? Okay?"

"Okay je. Makin sihat. Aku rasa gembira sangat berada dekat sini. Tempat aman dan cuaca pun baik"

"Baguslah. Aku tumpang bahagia. Suka aku tengok kau senyum sekarang"

"Kan? Entahlah. Walau aku rindu suami aku, tapi kemunculan Haidar, ubatkan rindu tu. Aku cuma nak Xavier rasa apa aku rasa" Isabella tunduk saat mulutnya menyebut Xavier.

Dia rindu akan cinta terakhirnya. Siapa je tak rindu suami sendiri kan?

Tapi nak buat macam mana. Isabella hanya inginkan Xavier rasa apa yang dia rasa selama ini.

Memang Isabella dah maafkan tapi sukar untuk Isabella hadap Xavier selepas apa yang Xavier buat. Perit sangat Isabella nak telan, apatah lagi memaafkan. Jadi, Xavier kena terima pilihan Isabella.

Isabella bersyukur dia masih belum bercerai dengan Xavier. Kalau tak, mesti dia menyesal habis.

Dia tahu, semua orang buat silap dan Isabella tak perlu nak minta cerai macam tu je. Dia pun dah tahu kisah sebenar.

"Aku faham Bella. Baguslah apa kau buat tu. Kau kena kuat dan dapatkan balik keceriaan serta kekuatan kau yang dulu tu. Kau dah makin lemah tau semenjak kahwin ni"

"Dah nak jadi isteri solehah, kenalah jadi lemah lembut. Aku tak nak Xavier lihat sisi ganas aku"

"Eleh kau. Aku rasa kalau Xavier tengok sisi ganas kau, mesti dia tak akan pandang Adriana tu kan?"

"Haahlah kan! Kenapalah aku bodoh sangat tak tunjuk sisi ganas aku tu?"

Mereka berbual sehingga Haiqarl datang dengan membawa dua mangkuk penuh spagetti. Dua mangkuk itu diletakkan di atas meja.

"Isabella"

"Hurm?"

"Nak pergi jalan-jalan tak?"

"Haidar mana boleh bawak jalan lagi. Dia masih awal lagi"

"Yee tahu. Ni cadangan makcik aku. Dia boleh jagakan Haidar asalkan kau tinggalkan susu badan. Kau nak tak?"

( ✔ ) Xavier's CupcakeWhere stories live. Discover now