Bab 18

2.7K 149 3
                                    

Hans Xavier & Nur Isabella

Hari ketiga dimulakan dengan bersarapan di sebuah cafe yang paling terkenal di France. Hans Xavier sewa cafe tersebut untuk satu hari bagi dia dan Nur Isabella sarapan bersama.

Cafe tersebut sangat terkenal kerana tukang masaknya adalah tukang masak yang paling tinggi kerjayanya dalam dunia masakkan. Semua pesanan yang ada juga sangat istimewa dan dicipta sendiri.

Xavier memang dah berniat ingin membawa si isteri merasai sarapan di situ. Benda sebenarnya boleh je makan dengan orang lain tapi Xavier ni duit banyak sangat, jadi dia gunakan lah.

Alasan nak memory tu ada untuk makan tanpa orang lain.

"Kita nak pergi mana lepasni, sayang?" soal Isabella sambil mulutnya mengunyah sandwich. Pelbagai hidangan dipesan oleh Xavier.

Kesemua hidangan tersebut juga adalah hidangan termahal di cafe itu.

"Sayang nak bawak cinta pergi shopping, nak?"

"Nak! Akhirnya! Kita keluar jugak. Penat sehari duduk dalam hotel tu layan sayang"

"Aip! Dosa tau ungkit balik. Tak ikhlas ke ha?"

"Kenalah ungkit! Sehari tahu tak. Fikirkan sayang ni suami cinta je tau, kalau tak, tak adanya cinta nak layan sayang satu hari tu! Duduk dalam bilik je!"

"Alah, cinta pun suka kan? Sedap en?" Xavier sengih gatal.

"Ey gatal punya suami!" Isabella jeling tajam suaminya. Gatal betul!

"Gatal dengan isteri sendiri je, tak akan tak boleh hm?"

"Boleh tu boleh tapi fikir sikit kita dekat mana. Dalam bilik tak apalah"

"Dalam bilik tu lebih dari gatal pun sayang buat tau"

Isabella makan tanpa membalas. Makin dilayan Xavier ni, makin menjadi-jadi!

Xavier minum segelas kopi yang dipesannya juga. Telefonnya dipegang dan dia mengambil gambar Isabella yang sedang makan sambil melihat permandangan yang ada.

Isabella bertudung sarung bawal putih dan berjubah hitam. Simple tapi matching dengan Xavier yang, berkemeja putih dan berseluar hitam.

Xavier yang sediakan pakaian tersebut. Isabella layankan je.

"Cintaaaa" panggil Xavier.

"Ye apa dia?" Isabella pandang suaminya.

"Cinta ada terfikir nak berapa orang anak?" soalan dari Xavier ini berjaya buatkan Isabella tersedak. Nescafe Latte yang dipesannya diminum cepat.

"Apa sayang ni!"

"Apa? Betullah soalan sayang kan? Salah ke?"

"Kita baru je kahwin sayang oi. Awal sangatlah nak fikir berapa orang anak ni"

"Okay apa. Lagipun boleh kita fikirkan awal-awal nama dan diorang sekolah mana nanti. Rumah pun nak beli macam mana. Tak akan nak tinggal mansion ayahanda tu je"

( ✔ ) Xavier's CupcakeWhere stories live. Discover now