Bab 17

2.7K 142 3
                                    

Hans Xavier & Nur Isabella

Sunyi malam itu dengan bulan mengembang penuh. Di dalam sebuah bilik hotel, Hans Xavier dan isterinya, Nur Isabella, tidur berpelukkan di atas tilam.

Mereka baru sahaja melepaskan rasa cinta tadi. Apabila penat, akhirnya Isabella tidur nyenyak dan tidak langsung terganggu dengan telefon Xavier yang bingit berbunyi.

Xavier bangun dari tidurnya dan terus tangan mengambil telefon miliknya. Dia mengangkat panggilan tersebut. "Hello?"

"Xavier hai!" ceria suara Sofya Talina di dalam panggilan.

"Kau nak apa malam-malam buta ni Sofya?" keras suara Xavier berbicara. Dia tak suka orang ganggu tidurnya.

"By the way darling, I dekat France ni dan I betul-betul berdiri depan hotel you tengah menetap sekarang ni"

"Lepastu?"

"I nak jumpa you. Nak cakap sesuatu yang penting."

"Malas"

"I janji ni last. Tolonglah. Jumpa sekejap je lepastu I tak akan ganggu you"

"Fine" Xavier menamatkan panggilan. Dia kucup dahi Isabella sebelum bangun dari katil dan baju serta seluarnya dipakai. Kad kunci pintu diambil dan dia keluar.

Sofya yang berada dihadapan hotel itu tersengih-sengih gembira. Rancangannya akan menjadi.

Selepas beberapa minit, Xavier datang berjumpa dengan Sofya. Wajah Xavier betul-betul menunjukkan Xavier mengantuk. "Kau nak apa?"

Sofya tanpa kira orang sekeliling, dia peluk Xavier. Xavier yang sedar dengan pelukkan itu menolak Sofya kuat. Tanpa Xavier sedar, ada yang memerhati.

"I nak cakap terima kasih. Maaf sebab ganggu you malam-malam macam ni"

"Tu je?"

"Yup. Please peluk I buat kali yang terakhir?" pinta Sofya. Suara dia pun sengaja dibuat sedih. Ingin simpati Xavier.

"Tak nak aku. Aku dah kahwin."

"Please Xavier, sekali je. Lepastu I tak akan ganggu you lagi, I janji. I akan biarkan you bahagia dengan Isabella"

Xavier yang masih dalam ngantuknya mengangguk sebagai balasan. Sofya memeluk Xavier tanpa Xavier membalas.

"X-xavier" Isabella yang baru tiba di situ, terkaku berdiri di hadapan lift. Terkejut dirinya apabila melihat suami tercintanya sedang dipeluk wanita lain.

Xavier juga terkejut melihat Isabella. Bukan ke isterinya tidur?

Sofya cepat-cepat kucup pipi Xavier dan beredar dari situ. Dia tersenyum sinis. Rancangan berjaya!

"S-sayang, ni bukan seperti apa kau bayangkan" perlahan-lahan Xavier berjalan ke arah Isabella. Isabella menggeleng dan dia menekan butang lift.

"Awak jahat" lift terbuka dan Isabella masuk. Dia tekan butang tutup lift dengan cepat sebelum Xavier sempat masuk ke dalam lift.

( ✔ ) Xavier's CupcakeWhere stories live. Discover now